Alhamdulillah. Lepas dah bertungkus-lumus selama 3 tahun (atau lebih), korang berjaya juga buatkan mak ayah korang bangga.
Tahniah Tok ucapkan. Tapi, Tok rasa bertanggungjawab nak ingatkan korang. Proses belajar tak berhenti lepas korang dah berjaya dapatkan skrol menara gading itu ya.
Lepas ini, korang akan hadapi macam-macam dugaan yang lebih gila cadbury. Lebih-lebih lagi bab berkaitan kewangan.
Dengan ekonomi yang semakin tak menentu, ilmu uruskan duit akan jadi penyelamat korang. Walaupun gaji lebih RM2,000 (tangga gaji standard untuk pelajar lepasan universiti), ia tak akan pernah cukup kalau tak tahu cara betul nak uruskan duit.
Tak apa. Korang boleh banyak belajar lepas baca perkongsian Cikpuan Diana Chai ini. Tok baca ilmu ni kat blog Save Money, dan Tok nak kongsikan kat korang sekarang.
Ramai graduan baru ingat mereka tak boleh beruding dengan majikan tentang gaji permulaan.
Pada pandangan Tok, kalau korang boleh berikan nilai yang terbaik kat syarikat itu, apa salahnya?
Cuma, bila bercakap bab berunding ini, korang kena berhati-hati. Tak perlu pula demand lebih-lebih. Tak logik pula korang minta gaji pangkat pengurus, sedangkan korang baru saja habis belajar, kan?
Korang boleh fokus untuk dapatkan gaji yang setaraf dengan kepakaran dalam bidang yang korang ceburi. Tapi, ini juga bukan satu-satunya matlamat utama korang tau.
Yang paling utama adalah, korang nak dapatkan faedah yang setimpal daripada syarikat yang korang minta kerja itu.
Bagi Tok, yang paling berharga adalah peluang pembelajaran yang syarikat itu berikan. Syarikat yang baik akan sediakan peluang ini kat korang, dan korang boleh gunakan ilmu ini sampai bila-bila. Setuju?
Sebelum korang pergi ke temuduga, pertimbangkan perkara kat bawah ini:
Korang boleh dapatkan maklumat ini kat laman web seperti Glassdoor atau Kelly Services. Mereka ada buat laporan tahunan dalam bab tangga gaji untuk kebanyakan jawatan kat negara ini.
Ada syarikat yang tawarkan faedah lain sebagai nilai tambahan, walaupun gaji pokok tak begitu besar, seperti:
i) cuti tambahan (ada yang berikan cuti berbayar kat pekerja mereka),
ii) kerja secara fleksibel (boleh kerja kat rumah, atau tak ikut waktu pejabat),
iii) elaun tambahan,
iv) tanggungan bil telefon,
v) claim (untuk petrol, tol, parking, atau lain-lain),
Ia adalah peluang pembelajaran dan pertumbuhan.
Walaupun ada syarikat yang tak tawarkan gaji permulaan yang besar, tapi mereka ada tawarkan kenaikan gaji dalam waktu terdekat.
Ini tak termasuk lagi dengan peluang pembelajaran seperti latihan intensif atau kursus yang baik untuk karier korang. Semua ini boleh jadi nilai yang berharga buat korang, sebab korang boleh gunakan ilmu ini sampai bila-bila.
Kalau korang betul-betul sayang dengan kerjaya korang, hal ini tak akan pernah jadi masalah.
Ambil sebahagian gaji yang korang dapat setiap bulan, dan laburkan ia untuk perkara ini. Lebih baik lagi korang habiskan masa membina portfolio daripada habiskan duit kat benda yang lagha.
Korang boleh daftarkan diri ke kursus atau bengkel luar (yang bukan syarikat korang tawarkan) sebagai salah satu usaha kuatkan portfolio ini.
Mungkin korang akan rasa sedikit terbeban, sebab tak banyak kursus atau kelas seperti ini berharga murah (bukan tak ada, tapi kurang).
Tapi kalau kita fikirkan dari segi jangka masa panjang, ia adalah sebuah pelaburan yang sangat bermanfaat untuk perkembangan dan kuatkan perjalanan karier korang.
Sebabnya? Peluang untuk korang kembangkan karier lebih cerah dengan ada pelbagai sijil daripada luar. Gunakan segala sijil ini bila korang nak beralih ke syarikat yang lebih besar dalam industri yang korang ceburi.
Banyak syarikat besar sekarang lebih pentingkan pengalaman dan skil bekerja, berbanding sekadar menerima sijil universiti dengan CPGA yang tak janjikan apa-apa. Jadi, ambil tindakan dan sambar peluang ini segera.
Perkara biasa. Bila dah dapat kerja, mulalah pasang angan-angan nak beli itu ini. Kalau boleh, nak terus keluar kereta atau motor kuasa tinggi supaya kawan-kawan rasa hormat kat kita.
Padahal, ini adalah gaya fikir (mindset) murah yang tak patut korang amalkan. Kenapa korang rela jadi biasa-biasa, walhal korang layak dapatkan hidup yang lebih luar biasa?
Tok faham. Korang nak nikmati kehidupan dengan gaji yang korang dapat itu. Tapi itu bukan hal utama. Kalau dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T, panjang lagi perjalanan hidup korang.
Dari pengalaman Tok sendiri, ada yang Tok dengar dah umur berpuluh tahun, tapi masih tak ada simpanan lagi. Takkan dah nak pencen, baru nak mula menyimpan?
Elok lagi kita bermula awal. Dan yang paling terbaik, adalah bermula lepas korang dah berjaya dapatkan kerja.
Duit simpanan itu, korang boleh laburkan untuk buat lebih banyak duit. Ada macam-macam instrumen pelaburan yang korang boleh ceburi seperti hartanah, saham, perniagaan atas talian, atau lain-lain yang berkaitan.
Walaupun sekadar buat bisnes konsep dropship pun, boleh buat pulangan 4 atau 5 angka sebulan. Janji korang pandai bahagikan masa secara efektif.
Selalu ingat ayat ini:
“Masa bukan kawan baik aku. Kalau apa-apa jadi kat aku nanti, apakah aku dah bersedia?”
Baik lagi bersedia untuk masa sukar. Bukan dah terhantuk baru nak terngadah.
Perkara terbaik lepas dapat kerja nanti, adalah belajar dan terus belajar tentang cara terbaik untuk uruskan duit korang.
Atas sebab ini, korang mula celikkan mata dan mencari ilmu dengan membaca blog Tok ini (atau blog-blog kewangan lain) kan?
Bagus. Ini bermakna, korang dah mula nak jadi bertanggungjawab mengurus duit korang dengan baik!
Sebagai permulaan, belajar cara untuk buat bajet perbelanjaan yang betul, cara menyimpan duit yang efektif, dan teknik kembangkan duit korang supaya dapat hasilkan pendapatan pasif.
Dan lebih awal korang mula, lebih baik.
Tak salah korang nak enjoy dengan gaji pertama. Tok pun buat benda yang sama dulu. Cuma, kita kena belajar kawal supaya ia tak terbawa-bawa untuk gaji seterusnya.
Belajar cara kawal nafsu berbelanja, supaya kita dapat menahan tangan kita daripada senang-senang keluarkan duit. Nanti bila susah, belum tentu lagi orang lain boleh tolong kita.
Banyak anak muda jadi takut dengan produk yang bank tawarkan seperti kad kredit dan pinjaman.
Semuanya kesan daripada cerita seram yang korang dengar kat media sosial, rakan-rakan, atau orang tua korang, kan?
Hakikatnya, kalau korang tahu nak gunakan produk bank ini dengan betul, ia tak akan susahkan hidup korang. Malah, korang siap boleh buat duit lagi kalau gunakan ia selaras dengan ilmu.
Semakin korang gilap kemahiran ini, semakin sayang pihak bank kat korang. Lebih senang kalau tiba masa korang nak buat pinjaman perumahan atau perniagaan nanti.
Ini adalah beberapa perkara asas yang korang boleh mula tumpukan dulu:
Bila dah buat nanti, tak perlu pula korang senang-senang swipe sana-sini. Kalau rasa tak mampu nak kawal gunakan kad kredit, abaikan tip ini dulu.
Sebab apa kita buat ini?
Kad kredit boleh ktia gunakan untuk mencipta kedudukan kredit yang stabil, supaya pihak bank tak banyak cerita nak luluskan permohonan pinjaman yang lebih besar (seperti pinjaman perumahan) pada masa depan.
Kalau tak ada aliran kredit ini, ia boleh buatkan kita susah nak lulus pinjaman. Dan ini juga termasuk rekod kredit yang buruk. Sebab itu, Tok pesan awal-awal tadi. Kalau tak mampu, tak perlu memohon kad kredit dulu.
Bank perlukan sebab yang kuat untuk luluskan permohonan pinjaman kita. Kalau tak ada, pinjaman kita ada potensi besar tak akan lulus, dan ini akan susahkan kita kelak.
Sebelum memohon pinjaman untuk beli kereta atau rumah, pastikan kita fahamkan dulu konsep kadar bunga yang dicaj oleh pihak bank.
Ada banyak blog kewangan yang terangkan perkara ini untuk kemudahan orang ramai. Korang boleh baca perkongsian kat blog Tok, atau blog lain seperti Ringgit Plus dan macam-macam lagi.
Tak kurang juga ada ramai mentor bertauliah yang selalu kongsikan perkara ini kat Facebook. Daripada korang bazirkan masa membaca perkongsian pasal politik atau hiburan yang entah apa, baik lagi baca benda macam ini. Lagi berbaloi.
Zaman tok kaduk dulu-dulu orang suka simpan duit kat bawah tilam atau bantal. Tapi kalau korang buat ini pada zaman sekarang, korang boleh jadi rugi.
Sebab bank nak tengok bukti yang korang betul-betul berdisiplin dalam bab menyimpan. Segala rekod duit keluar masuk adalah salah satu sebab yang buatkan bank senang hati nak luluskan pinjamam korang nanti.
Simpan duit kat dalam satu akaun khas, supaya bank senang nak kesan balik aliran keluar-masuk duit korang. Kalau korang boleh senangkan kerja pihak bank, tak ada sebab untuk mereka susahkan korang.
—
Tok nak bagi satu nasihat untuk korang yang baru nak bermula:
“Tak usah takut untuk mengurus kewangan korang dengan baik. Lebih baik mula buat sekarang, daripada terus menunggu.”
Mudah saja. Dengan sedikit usaha, korang akan dapat lihat segala tindakan ini membuahkan hasil pada masa depan.
Cuma, satu je yang Tok takut.
Takut korang dah suka sangat kat bab ini, korang “terpaksa” terima segala kekayaan yang mendatang (yang ini, korang mesti suka dengar kan?). Apa-apa pun, Tok doakan korang cepat-cepat berjaya, In Shaa Allah.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.