PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA
Sumber Gambar - SELANGORKINI

‘Gadai’ Rumah SelangorKu? Jaga-jaga kalau tak nak ‘terkena’

Isu pemilik rumah SelangorKu yang sewakan unit mereka (untuk tujuan pelaburan) bukan lagi isu baru. 

Banyak dah berita hangat berkaitan isu ini. 

Salah satu kes yang ‘famous,’ adalah Pangsapuri Azaria kat Bandar Parklands. yang disewakan oleh pemilik tak bertanggungjawab kepada warga asing. 

Bukan sebiji dua ya. Tapi 10 daripada 240 unit untuk dijadikan sebagai asrama. Memang tak patut. 

Ini pandangan Tok tentang isu ini. 

Tak malu ke rampas hak orang lain?

Seperti yang ramai sedia maklum, Rumah SelangorKu adalah inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam negara ini. 

Pendek kata, skim ni diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah. 

Inisiatif ni diuruskan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), dan diperkenalkan pada tahun 2014. 

P/S: Korang boleh dapatkan maklumat terperinci tentang Rumah SelangorKu dengan klik sini.

Tapi, biasalah. Akan ada segelintir individu yang tak bertanggungjawab akan ambil kesempatan atas kemudahan yang disediakan ni. 

Rumah murah, kena pulak dengan kawasan yang ‘hot’ untuk disewakan. Pasti ada golongan yang gila duit tak senang duduk, kan? 

4 masalah besar yang Tok jumpa

Ini antara masalah yang berlaku mengikut kajian Tok tentang kes Pangsapuri Azaria ini: 

#1: Kes curi semakin menjadi-jadi 

Ini paling tak best sebab melibatkan soal keselamatan penduduk kat situ. 

Dilaporkan, ada kes kecurian motosikal, kasut, dan sebagainya walaupun ada khidmat pengawal keselamatan 24 jam. 

#2: Potensi berlaku kes jenayah berat yang tinggi

Sedia maklum, ramai penghuni yang dah berkeluarga menetap kat sini. 

Tapi bila berlaku masalah seperti ini, soal keselamatan anak-anak (terutama sekali anak gadis dan golongan wanita) akan menjadi isu. 

Mereka rasa tak selamat, walaupun dalam kawasan rumah yang mereka huni. Mereka patutnya rasa tenang dan selamat, betul? 

#3: Gangguan bunyi dan masalah sosial

Penghuni kat sini jugak ada buat laporan tentang masalah bunyi bising, dan bersekedudukan antara lelaki dan wanita secara terang-terangan. 

Hal ni dah tentu menjadi isu buat penduduk yang beragama Islam. 

#4: Ejen tak bertanggungjawab buat perangai

Ada beberapa ejen hartanah yang menghubungi pemilik rumah disini, dan tawarkan harga sewaan tinggi buat mereka yang sudi menyewakan unit mereka. 

Dan masalah ini, bukan sekadar berlaku kat Pangsapuri Azaria ni je. Antara yang ada masalah yang sama seperti: 

  • Pangsapuri Putra, Taman Putra Prima Puchong, 
  • Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hill Kajang, 
  • Pangsapuri De Palma, Setia Alam, 
  • Pangsapuri De Kiara, Setia Alam, dan
  • Pangsapuri Trifolis, Bandar Bukit Tinggi Klang. 

LHPS dah pun buat siasatan dan operasi khas untuk menangani masalah ni, dan 10 pemilik telah diberikan notis untuk mendapatkan keterangan mereka. 

Apa LPHS buat untuk selesaikan masalah ini?

Akibat dah jadi banyak macam ni, pihak LPHS nampaknya dah mula ambil langkah drastik untuk mengekang masalah ni. 

Buat yang ‘langgar’ mandat yang diamanahkan kerajaan Selangor ini, korang wajib takut dengan apa yang Tok bakal sampaikan. 

Menjelang akhir tahun ni, kerajaan Selangor akan keluarkan satu manual bernama Manual Pengurusan Rumah SelangorKu. 

Manual ni bertujuan untuk mengawal unit kediaman tersebut daripada salah guna pihak tak bertanggungjawab, dan mengelakkan unit disewakan kepada pihak ketiga. 

Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Talha menjelaskan, garis panduan ini adalah bertujuan untuk menetapkan tindakan yang bakal diambil kepada pemilik yang melanggar syarat Rumah Selangorku. 

Antara isi kandungan penting dalam garis panduan ini adalah: 

  • Pihak pemaju kena adakan sesi taklimat dengan pembelian sebelum penyerahan kunci (vacant possession, atau VP), 
  • Larang membela haiwan peliharaan, 
  • Tanggungjawab menjaga harta secara bersama, dan
  • Larangan sewakan unit kepada pihak lain. 

Manual ini juga melibatkan pangsapuri lain, yang diuruskan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) rumah berstrata. 

LPHS juga akan merangka satu mekanisme yang mensyaratkan permohonan Rumah SelangorKu, bersetuju dengan akujanji bahawa unit yang dibeli adalah untuk kegunaan sendiri, bukan untuk disewakan. 

Jadi, siapa yang langgar peraturan asal Rumah SelangorKu ini, wajib mula risau. Korang sekarang dalam radar LPHS untuk dikenakan tindakan tegas menjelang tahun depan. 

Pada pandangan Tok, masalah ini tak sepatutnya terjadi. Rumah SelangorKu disediakan khas untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk membeli rumah. 

Tapi akibat takde mekanisme kawalan untuk mengatasi masalah ini, maka ramai yang cuba buat untung dengan membeli unit yang dijual pada harga murah. 

Tok harap, pembaca GH tak buat perkara tak bermoral ni. Salah untuk kita ambil hak orang lain yang lebih memerlukan. Cuba bayangkan, kalau kena kat batang hidung kita sendiri?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed