PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Gaji ‘basic’ tak lepas nak buat loan rumah? Strategi pendapatan proksi ini akan tinggikan peluang bank luluskan permohonan anda

Sekarang ni, pihak bank semakin susah nak luluskan permohonan pinjaman yang pembeli buat.

Banyak kali dah kes seperti ni terjadi, walaupun pembeli layak untuk dapatkan pinjaman. Nampaknya, syarat lulus pinjaman dah jadi semakin ketat berbanding dulu.

Tapi, tak bermakna kita tak boleh buat sesuatu.

Setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaian. Tok percaya perkara ni, dan Tok harap korang pun sama.

Semoga perkongsian ini berikan sinar harapan baru kat korang. Nukilan Cikpuan Bella Leana ini boleh bantu korang selesaikan masalah ini, dengan izin-Nya.

Nota: Artikel ini khas untuk korang yang bekerja, dan gaji pokok tak cukup untuk permohonan pinjaman. Kalau korang berniaga atau tak ada slip gaji (dan nak buat loan), boleh klik sini dan baca artikel ini.

Strategi #1: Bonus sebagai pelincir luluskan pinjaman

Ada 2 jenis bonus yang boleh kita gunakan untuk perkara ini:

a) Bonus secara ‘contractual‘ (kontrak)

Ini bermakna dalam kontrak korang itu, ada tertulis jumlah bonus (yang tetap) yang wajib korang dapat setiap tahun.

Contohnya, korang akan dapat bonus sebanyak 3 bulan gaji setiap tahun, dan perkara ini jelas tertulis dalam kontrak.

Jadi, korang boleh sertakan bukti (contohnya, surat pengesahan daripada majikan, atau borang EA (penyata pendapatan) selama 2 tahun) bila nak buat permohonan pinjaman kat bank.

b) Bonus secara ‘non-contractual

Yang ini pula, kita kena sediakan EA terkini (untuk tempoh 2 tahun). Sebab bonus jenis ini tak diberikan secara tetap.

Dan ia terhad untuk mereka yang bekerja di bawah syarikat GLC, PLC, dan MNC.

Bagi korang yang bekerja dalam syarikat biasa (bukan syarikat yang besar dan gah), sediakan dokumen EA (untuk tempoh 2 tahun) ini.

Nota tambahan: Biasanya, pegawai bank akan rekomen pinjaman yang layak korang dapat, berdasarkan bonus yang korang terima.

Strategi #2: Elaun – Berikan ‘boost’ kat permohonan pinjaman anda

Ada 2 jenis yang boleh kita gunakan:

a) Fixed allowance (Elaun tetap)

Korang boleh sediakan penyata gaji (payslip) 3 bulan sebagai bukti, masa nak buat permohonan pinjaman nanti.

b) Variable allowance (Elaun tak tetap)

Yang ini pula, korang boleh sediakan payslip selama 6 bulan sebagai bukti.

Nota tambahan: Kalau korang dibayar gaji guna baucar pembayaran (payment vouchers), sediakan ia untuk tempoh 6 bulan. Minta bantuan majikan korang untuk sediakan dokumen ini, ok?

Strategi #3: Gunakan komisyen dan mata perkhidmatan (service points)

Untuk ini pula, korang boleh sediakan penyata bank (bank statement) selama 6 bulan, beserta dengan penyata pendapatan (income statement).

Contohnya, korang bekerja sebagai ejen insurans. Sebelum nak buat permohonan, sediakan dulu 2 dokumen yang disebut tadi.

Strategi #4: Dividen ASB pun, boleh guna juga

Kalau nak gunakan ASB, sediakan buku akaun (passbook), atau sijil ASB.

Pada yang buat loan ASB, ia boleh dikira sebagai pendapatan tau. Dan lebih bagus lagi kalau korang boleh sediakan LO (Letter of Offer) loan ASB yang korang buat tu.

Strategi #5: Faedah (interest) dari akaun simpanan tetap yang kita ada

Korang boleh sediakan salinan akaun simpanan tetap, atau sijil FD Account ini sebagai bukti.

Strategi #6: Simpanan kat Tabung Haji

Nak gunakan Tabung Haji? Sediakan salinan buku akaun Tabung Haji sebagai bukti.

Strategi #7: Pendapatan dari rumah sewa

Sediakan perjanjian sewa (tenacy agreement) beserta duit setem, salinan penyata bank (untuk tempoh 6 bulan) dimana duit sewa itu didepositkan, dan surat Perjanjian Jual Beli (Sales and Purchase Agreement)  sebagai bukti.

Strategi #8: Pencen pun jangan dilupa

Ya. Pencen pun boleh kita gunakan. Sediakan salinan penyata bank selama 3 bulan (dimana duit pencen itu dimasukkan), dengan surat pengesahan dari kerajaan sebagai bukti korang dapat pencen.

Strategi #9: Pelaburan dan simpanan anda sebagai strategi ekstra

Dan akhir sekali, korang juga boleh gunakan pelaburan dan simpanan yang ada untuk buat permohonan.

Sediakan dokumen yang sah untuk setiap pelaburan dan simpanan korang, sebagai dokumen sokongan pendapatan (supporting income).

Dan kalau semua berjalan lancar, dengan izin-Nya, makin mudah permohonan korang untuk lulus. In Shaa Allah.

Dah habis baca?

Tok harap, korang gunakan ilmu ini supaya perjalanan korang nak memiliki rumah senang tercapai. Tak mustahil semua strategi ini akan cairkan bank, dan bagi korang pinjaman dengan senang hati.

Apa-apa pun, Tok doakan yang terbaik untuk korang semua. Selamat berjaya.

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook terbaru GH
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Ahmad says:

    Salam tok,

    Saya nak tny,
    Saya ada 1 tanah lot yg nak dijual oleh pakcik dlm setengah ekar. Saya cadang nak buat 1 banglo dan 1 semi-d atau teres 3 biji utk disewakan..
    Boleh ke sy buat loan untuk kesemua tu sekali?

    Maksudnya:
    Loan utk
    1) tanah
    2) banglo 1
    3) rumah sewa (semid atau teres 3 buah)

    Terima kasih tok.