PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 cara mudah simpan RM500 sebulan. Ikut tip ini

Selagi kita tak buat, selagi tu kita tak akan tahu.

Dalam setiap perkara, pasti akan ada titik permulaan. Tak kira dalam apa jua perkara sekalipun.

Dan dalam usaha menyimpan duit, perkara paling susah yang kita nak buat adalah untuk membina disiplin dan komitmen yang tinggi.

Tak cukup dengan itu, kebolehan menahan nafsu juga akan diuji setiap kali. Dalam kebanyakan kes, ramai yang kecundang bab ini.

Buat yang baru nak mulakan simpanan, Tok ada 7 tip confirm jadi yang korang boleh amalkan. Jemput hadamkan tanpa ragu-ragu.

Tip #1: Sentiasa rekod setiap perbelanjaan anda

Tok mulakan dengan yang paling asas (basic) dulu.

Sebelum menjurus kepada teknik yang lebih advance, adalah wajib untuk korang mulakan dengan merekod setiap perbelanjaan yang korang buat.

Bila Tok cakap ‘rekod,’ Tok maksudkan semua perbelanjaan. Tak kira daripada sekecil-kecil barang seperti kopi, tip yang korang berikan kepada pelayan restoran, dan sebagainya.

Bila korang dah rekod segala data ini, susun balik mengikut kategori seperti kos minyak kereta, barangan runcit, ansuran bulanan rumah dan sebagainya.

Lepas dah susun ikut kategori, korang jumlahkan setiap kategori. Lebih mudah, korang boleh gunakan resit (penting untuk ambil resit untuk setiap perbelanjaan korang).

Tip Tambahan: Korang juga boleh gunakan aplikasi bajet yang ada dalam AppStore atau Google Play Store. Ada yang berbayar dan percuma.

Tip #2: Buat bajet berdasarkan jumlah perbelanjaan setiap bulan

Bila dah dapat kenal pasti berapa banyak duit yang korang belanjakan setiap bulan, korang boleh mulakan proses membuat bajet.

Korang boleh merangka bajet berdasarkan perbelanjaan korang setiap bulan.

Sebagai contoh, katakan perbelanjaan bulan lepas korang adalah sebanyak RM1,500.

Dengan jumlah ini, korang boleh merangka bajet supaya tak melebihi perbelanjaan yang sepatutnya dan merancang perbelanjaan dengan lebih baik.

Sebagai tambahan, korang juga boleh mengambil kira faktor luaran seperti kos penyelenggaraan kereta dan masukkan sekali dalam bajet bulanan.

Tip #3: Berapa banyak anda nak menyimpan setiap bulan?

Sekarang, korang dah selesai buat bajet. Apa lagi yang korang boleh buat?

Korang boleh merancang untuk jimatkan perbelanjaan dalam setiap kategori yang ada tadi.

Cuba untuk jimatkan perbelanjaan sekitar 10% hingga 15% daripada gaji bulanan korang.

Kalau perbelanjaan korang memang tinggi dan tak boleh nak jimat, ini masa untuk korang potong perbelanjaan yang tak patut.

Contoh perbelanjaan yang tak patut? Beri perhatian kepada perbelanjaan seperti hiburan, atau makan di luar. Sambil-sambil tu juga, korang boleh jimatkan perbelanjaan dalam rumah seperti bil eletrik dan sebagainya.

Tip #4: Tetapkan matlamat untuk setiap simpanan

Lumrah manusia. Kalau susah nak mencapai matlamat kalau matlamat itu sendiri tak (atau kurang) jelas.

Mulakan dengan menjawab soalan:

“Kenapa aku patut menyimpan?”

Antara matlamat yang popular seperti:

  • Nak melangsungkan perkahwinan,
  • Pergi bercuti,
  • Sediakan simpanan sebelum pencen, dan sebagainya.

Selepas dah tetapkan matlamat yang jelas, korang boleh merangka pelan tindakan untuk mencapai matlamat yang korang tetapkan. Korang juga boleh kira berapa lama masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.

Dekat bawah ni, Tok sediakan juga contoh matlamat jangka pendek dan juga matlamat jangka panjang:

  • Matlamat jangka pendek (1 hingga 3 tahun)
    • Simpanan kecemasan (3 atau 9 bulan daripada gaji bulanan korang),
    • Simpanan untuk melancong / bercuti,
    • Simpanan untuk bayaran pendahuluan (down payment) beli kereta, dan sebagainya.
  • Matlamat jangka panjang (4 tahun ke atas)
    • Bayar pendahuluan rumah pertama (atau modal pengubahsuaian rumah),
    • Simpanan untuk pelajaran anak-anak,
    • Simpanan persaraan, atau lain-lain.

Tip #5: Tetapkan keutamaan dalam setiap perbelanjaan

Selepas jumlah perbelanjaan dan pendapatan, matlamat korang adalah perkara utama yang akan berikan impak terbesar dalam bab menetapkan jumlah simpanan.

Sentiasa fokus dalam mencapai matlamat jangka masa panjang (seperti simpanan persaraan, atau yang berkaitan).

Pada masa yang sama, belajar juga cara dalam menetapkan keutamaan dalam mencapai matlamat simpanan. Perkara ini akan membantu korang mencapai matlamat dengan lebih mudah dan pantas.

Nah, selesai sudah Tok kongsikan 5 cara untuk korang simpan duit sehingga RM500 sebulan.

Apa yang penting adalah komitmen dalam mengamalkan segala tip yang dikongsikan. Tak apa kalau lambat bermula. Yang penting, korang berusaha.

Apa pun, Tok ucapkan selamat berjaya dalam perjalanan memulakan simpanan. Mana tahu, lepas ni boleh simpan lebih daripada RM500 sebulan. Takkan korang tak nak, kan?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. zamri shaari says:

    Terbaik info yg sangat berguna untuk saya amalkan, terima kasih tok semoga dpt diaplikasikan untuk semua yg baru nak cuba belajar menyimpan duit.