PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Macam mana nak kenal ejen hartanah kaki kelentong?

Sekarang ni, bersepah-sepah yang akui diri mereka sebagai ejen hartanah berlesen.

Cuma, korang kena berjaga-jaga. Ada sesetengah daripada golongan ni ada niat nak ambil duit korang dengan cara menipu.

Ada banyak kes penipuan jual beli hartanah yang dah pernah berlaku kat negara kita ini. Dan angka kerugian ini bukan kecil.

Tok nak kongsikan cara-cara kenal pasti ejen hartanah kaki kelentong, supaya korang tak senang-senang jadi mangsa.

Hadamkan sekarang perkongsian Cikpuan Mangalesri Chandrasekaran yang cukup berharga ini.

Sanggup ke hadap penjara 3 tahun dan denda RM300,000?

Dek aduan yang semakin meningkat, The Board of Valuers, Appraisers, and Estate Agents Malaysia (BOVAEA) mula ambil tindakan drastik dan langkah proaktif untuk tangani masalah ini.

2 tahun lepas, BOVAEA ada lancarkan kempen anti C.A.M.P untuk mendidik orang awam tentang kaedah yang conmen ini gunakan.

Oh ya. Sebelum Tok lupa nak terangkan, C.A.M.P ini bermaksud:

  • Cheating (menipu): Bertindak curang atau tak adil untuk ambil kesempatan kat pelanggan,
  • Absconding (menghilangkan diri): Larikan diri dengan wang pelanggan (biasanya wang deposit),
  • Misrepresentation (beri maklumat yang tak betul): Beri fakta palsu, yang boleh jejaskan keputusan pembelian pelanggan,
  • Profiteering (pencatutan): Cuba ambil kesempatan kat pelanggan, untuk buat untung berlebihan (manipulasi harga).

Bawah Seksyen 30 Akta Penilai, Pentaksir, dan Ejen Harta Tanah 1981, tertuduh boleh dikenakan:

  • denda RM300,000,
  • penjara selama 3 tahun,
  • atau kedua-duanya sekali.

6 cara kenal pasti ejen kaki kelentong

Cara terbaik nak elakkan berurusan dengan ejen palsu, adalah dengan mendesak untuk periksa kad ejen mereka.

Kalau betul mereka tak tipu, kenapa nak kena takut nak bagi kita tengok kad tu, kan?

Ini 6 aspek yang korang boleh periksa kat tag tu, untuk elakkan diri korang jadi mangsa.

Cara #1: Periksa warna kad

Kad ini datang dengan dua (2) warna sahaja.

Kad bewarna merah tunjukkan pemegang kad itu adalah Ejen Percubaan Hartanah (Probationary Estate Agent), atau ejen Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator).

Kad warna biru pula membuktikan orang itu adalah Ejen Hartanah Berdaftar (Registered Estate Agent).

Cara #2: Kenal pasti kod QR ejen

Kad ini ada kod QR yang tersendiri.

Tok rasa, ramai orang gunakan telefon pintar (smartphone) pada masa kini.

Jadi, mudah untuk kita periksa ketulenan kod ini dengan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas kod ini. Dan sahkan perunding itu berdaftar secara sah dengan BOVAEA.

Cara #3: Periksa nama agensi atau firma ejen

Apa-apa hal sekalipun, periksa dulu ejen itu berdaftar dengan agensi atau firma yang mana satu.

Kalau nama agensi (atau firma) pun kita tak pernah dengar, nampak sangat ejen tu nak kelentong korang.

Satu perkara yang korang kena tahu. Kad ejen akan digantikan dengan yang baru apabila perunding hartanah itu bertukar agensi atau firma.

Cara #4: Nama REN ejen

Terdapat dua (2) nama yang dicetak pada kad.

Nama cetakan yang paling besar adalah nama ‘pseudo’ yang digunakan oleh perunding, dalam menjalankan kerja sebagai ejen hartanah.

Nama lagi satu (yang dicetak lebih kecil) adalah nama penuh mengikut kad pengenalan individu.

Cara #5: Nombor REN ejen

Setiap perunding hartanah akan ada nombor REN yang tersendiri.

Dan nombor REN ini wajib dipaparkan oleh setiap ejen semasa kerja perundingan, atau kerja-kerja lain yang berkaitan. Sama ada secara verbal, atau dengan tunjukkan kad mereka.

Kita boleh periksa nombor REN ejen kat laman web BOVAEA untuk pengesahan.

Cara #6: Hologram kat kad ejen

Imej hologram ini dicipta oleh BOVAEA sebagai cara untuk bezakan kad palsu dengan kad tulen.

Dan hologram ini bukan senang-senang untuk ditiru begitu saja.

Ini adalah salah satu karakteristik kad yang paling ketara. Kalau kantoi bab ini, jelas ejen tu bukan ejen yang sah dan diakui BOVAEA.

Gambar kat bawah ni adalah contoh kad ejen yang sah dan diperakui. Perhatikan betul-betul supaya korang boleh periksa kad ejen yang korang jumpa tu, sama dengan kad ini.

Real estate card

Sumber gambar: PropertyGuru

Tok harap, korang lebih berhati-hati lepas ini.

Ekonomi dunia nampak gayanya semakin parah. Makin bertambah ramai orang jadi tak betul, dek terkesan oleh tekanan hidup.

Kalau tak nak mudah ditipu, ubatnya adalah ilmu. Tok nak korang jadikan ia sebagai pendinding, supaya korang tak jadi mangsa si kaki kencing dekat luar sana.

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook terbaru GH
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *