Hari ini, Tok nak kongsikan analisa kawasan dari otai pelabur hartanah Azlan Majid, yang sudah agak lama berada dalam dunia pelaburan hartanah.
Kawasan yang dimaksudkan adalah Seri Kembangan.
Untuk yang tinggal di Selangor, mesti tahu pasal tempat ni kan?
Tapi mesti ada beberapa benda yang korang, hatta penduduk Seri Kembangan sendiri pun tak tahu tentang kawasan yang didiami mereka sebenarnya.
Jadi, untuk yang bercadang nak kerja, berpindah, atau menetap di Seri Kembangan, perkongsian ini adalah satu kemestian untuk kalian hadamkan.
Bagi mereka yang tinggal di Selangor dan Seri Kembangan khususnya, Taman Equine sudah pastinya bukanlah kawasan yang asing apabila bercakap tentang daerah dan kawasan sekitar Seri kembangan.
Puchong Selatan ni apa pula? Puchong Selatan adalah penamaan semula dari nama asalnya iaitu Seri Kembangan memandangkan kawasan ini lebih dekat dengan Puchong dan beberapa projek yang boleh dikatakan berjaya sekaligus mengembangkan lagi keluasan Puchong itu sendiri.
Kelebihan utama yang ada pada Taman Equine ini adalah lokasinya yang berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur dengan jarak perjalanan yang hanya mengambil masa 15-20 minit sahaja.
Selain itu, dari Taman Equine ini juga kalian boleh ke Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Puchong dan bandar Seri Kembangan dalam tempoh masa yang agak singkat iaitu sekitar 5 ke 10 minit sahaja.
Kelebihan yang dimiliki ini datang dengan jaringan beberapa buah lebuhraya utama yang ada dan merupakan faktor utama kebolehaksesan yang baik ke mana jua destinasi utama dalam kawasan bandar khususnya. Berikut adalah lebuh raya utama yang memberi akses kepada penduduk di kawasan ini:
Nak pergi KLIA pun takde la jauh sangat.
Kawasan ini juga giat membangun hasil dari komposisi kaum campuran. Perbandaran sekitar Taman Equine seperti Taman Puncak Jalil, Taman Lestari Perdana dan Taman Lestari Putra telah lama dibina lebih kurang 15-20 tahun yang lalu.
Seri Kembangan juga digelar sebagai ‘Segitiga Emas’ seterusnya dalam Projek Pembangunan Koridor Selatan. Dilaporkan pada tahun 2006, jumlah penduduk kediaman di Seri Kembangan dengan mengambilkira 15 minit jangkauan perjalanan di sekitar Seri kembangan (menjangkau ke Subang Jaya, Cyberjaya, Kajang, Mines, Serdang) adalah sebanyak 1 juta orang.
Jumlah populasi penduduk di Seri Kembangan sendiri saja dianggarkan sekitar 235,000 orang & sedang meningkat.
Berdasarkan kajian, kawasan ini juga banyak didiami oleh kebanyakan pegawai kerajaan muda, ahli profesional muda, ahli perniagaan & ahli politik memandangkan hanya 10-15 minit ke pusat pentadbiran Cyberjaya dan Putrajaya
Julat purata gaji pula berada di paras RM3,000.00 sehingga RM8,000.00.
Walaupun datang dengan pakej seperti yang dinyatakan awal tadi, kawasan ini tidaklah diiktiraf sebagai antara kawasan pembangunan bertaraf mewah atau elitis. Ada projek pembangunan dan perumahan dalam kategori rendah sederhana dan sederhana atas.
Variasi projek hartanah berupa kediaman dan komersial ini meningkatkan lagi nilainya dari kacamata rakyat marhaen dan juga pelabur hartanah secara amnya selain antara faktor yang membuatkan kawasan ini dilihat agak menarik dan berpotensi untuk berkembang dengan lebih pesat lagi ditambah pula dengan peningkatan populasi di kawasan tersebut.
Beberapa buah institusi pendidikan tinggi seperti IACT College, Universiti Tenaga Nasional (UTN), Inti International College (IIC), Pujangga Management Institute, Taylors University, dan banyak lagi kolej swasta yang lain dibangunkan di kawasan berhampiran Seri Kembangan ini.
Prasarana asas yang lain seperti sekolah, hospital, dan klinik tu tak payah cakaplah, memang kat mana-mana daerah dan kawasan pun wajib ada benda ni.
Di bawah ini disertakan graf data berkenaan purata harga untuk hartanah landed dan high rise di Seri Kembangan:
Dalam mengkaji dan menganalisis kebolehpasaran suatu hartanah, keberadaan pengangkutan awam adalah antara elemen penting dan terutama dalam memberi nilai tambah kepada suatu projek pembangunan sekaligus memberi satu rantaian kesan berbentuk positif kepada kawasan berhampiran.
Di Seri Kembangan, kalian ada akses pengangkutan awam ke:
Laluan MRT 2 atau Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) bermula dari Sungai Buloh ke Putrajaya dengan Serdang Raya Utara, Serdang Raya Selatan, Seri Kembangan, Universiti Putra Malaysia, Taman Universiti, Taman Equine dan Taman Putra Permai.
Bagi memudahkan kalian memahami apa yang ada di kawasan Bandar Putra Permai yang merangkumi Taman Equine, Seri Kembangan ini, berikut disediakan rangkuman kemudahan dalam bentuk point.
a) Restoran:
AEON Jusco, GIANT McDonald · Barisan kedai-kedai (Gerai Mamak, restoran-restoran lain [tom yam], dobi, barangan runcit, bekalan perubatan tradisional, 7-Eleven, KFC, Pizza Hut, Domino’s, Papa Rich.
b) Bank:
d) Balai Bomba dan Balai Polis:
e) Hospital:
f) Pusat membeli-belah:
g) Pengangkutan Rel Moden (sedia ada & beroperasi):
h) 6 International Schools:
i) 7 Universities:
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]