Tok rasa, ini soalan yang ramai orang suka tanya:
“Kenapa orang kaya bertambah-tambah kaya?”
Dalam kebanyakan kes, mereka tak bergantung kat nasib semata-mata. Nak kata mereka mewarisi kekayaan keluarga, pun tak juga.
Jadi, sebab apa ya?
Salah satu sebab adalah, mereka buat sesuatu perkara yang berbeza berbanding orang lain.
Tok ada baca satu artikel Brandon Turner.
Beliau menemubual Jeff Rose, seorang pengurus kewangan yang bertauliah, penulis buku, dan juga pemilik blog goodfinancialcents.com.
Dan beliau sendiri adalah seorang jutawan, yang berdedikasi membantu orang lain jadi kaya, dan kekalkan kekayaan mereka.
Beliau kongsikan 5 tabiat yang orang kaya amalkan ini, yang tak ramai orang sanggup buat.
Rose jelaskan, orang kaya amalkan gaya fikir ‘melempar spagheti kat dinding, dan tengok yang mana akan melekat’.
Dengan kata lain, mereka akan cuba buat macam-macam perkara yang berbeza. Dan dah sedia tahu semua tindakan ini ada potensi untuk gagal.
Tapi, mereka kisah apa. Mereka buat juga tanpa rasa takut.
Orang kaya berani ambil risiko, sebab mereka tahu kegagalan adalah satu proses dalam mencari strategi (atau idea) yang berkesan.
Bila dah jumpa yang berkesan, ia akan buatkan mereka bertambah kaya.
Rose juga jelaskan, kegagalan hanya akan buatkan mereka lebih bersemangat memburu strategi yang berkesan.
Yang sedihnya, ramai orang tak amalkan sikap ini. Orang biasa akan lihat kegagalan sebagai satu sekatan. Ini yang jadi penghalang untuk mereka capai kekayaan.
Menurut Rose, mereka (orang kaya) tak anggap duit yang mereka keluarkan untuk ‘personal growth’ sebagai satu perbelanjaan yang sia-sia.
Mereka lihat perkara ini sebagai satu bentuk pelaburan.
Benar. Ramai orang suka simpan duit. Dan ini adalah satu tindakan yang baik untuk kita amalkan.
Tapi, orang kaya tak kedekut untuk laburkan duit yang disimpan untuk ‘personal growth’ mereka.
Dengan melabur kat diri mereka secara berstrategi, ia akan berikan pulangan yang lebih baik berbanding pelaburan saham, hartanah, atau perniagaan.
Pendek kata, ilmu adalah perkara utama bagi mereka.
Tak kira dengan membeli buku, menggajikan pelatih kejayaan, sertai ‘mastermind group’, atau lain-lain strategi untuk tujuan ‘self-development’, mereka sentiasa lihat perkara ini sebagai satu pelaburan yang terbaik.
Bila badan kita dah terlampau panas, ia akan keluarkan peluh sebagai satu cara untuk sejukkan badan.
Lain pula bila badan kita sejuk. Badan kita akan menggigil untuk panaskan badan.
Dengan kata lain, badan manusia sentiasa sesuaikan diri untuk kekalkan suhu yang stabil. Ini adalah proses biologikal yang dikenali sebagai homeostasis, dan ia ada dalam pelbagai aspek kehidupan sekitar kita.
Homeostasis adalah hakikat dalam kehidupan, yang mengawal hampir semua aspek kewujudan kita sebagai manusia. Dalam bahasa mudah, kita sentiasa beradaptasi dengan situasi sekeliling kita.
Dan orang kaya sedar yang homeostasis ini boleh bantu mereka mencapai kekayaan.
Rose jelaskan dengan mudah:
“Kalau nak jadi kaya, banyakkan bergaul dengan orang kaya.”
Ini pula kata-kata Dave Ramsey yang beliau selalu ulang:
“Kalau ada 4 orang yang tak berduit dalam satu bilik, kita ada potensi besar menjadi yang ke-5.”
Ramai orang kaya tahu yang mereka boleh kembangkan kekayaan, dengan bergaul dengan orang yang lebih kaya daripada mereka.
Dah lumrah manusia. Kita akan terpengaruh dengan tabiat dan cara fikir (mindset) orang yang dekat dengan kita. Orang kaya sedar perkara ini boleh bantu mereka jadi lebih kaya. Korang pula macam mana?
Cuba tanya diri kita sendiri dengan soalan ini:
“Berapa kali kita tekan ‘snooze’ setiap kali penggera berbunyi pada waktu pagi?”
Masa ramai orang masih lagi kecundang kat atas katil, orang kaya dah bersiap sedia menambah kekayaan mereka.
Rose menambah:
“Ramai orang kaya yang saya kenal ada rutin dan ritual tersendiri, dan mereka buat semua ini setiap pagi.”
Ritual atau rutin ini adalah seperti bersenam, bersarapan, membaca buku, menetapkan matlamat baru, atau lain-lain perkara yang bantu kuatkan semangat untuk hadapi hari mereka.
Cara ini akan kekalkan momentum mereka untuk siapkan tugasan sebelum masuk waktu tengahari, dan mereka boleh selesaikan lebih banyak kerja berbanding orang biasa.
Untuk mereka yang ‘struggle’ mulakan pagi dengan baik, Rose cadangkan untuk cari dan baca buku ini:
Rose sendiri akui, amalan ini ada kebenaran yang sangat kuat dan bersifat logikal.
Sejak Rose mulakan rutin dan ritual pagi ini, beliau berjaya:
Menurut Rose, orang kaya akan tentukan matlamat agar benar-benar jelas dan sentiasa mengkaji semula matlamat ini, dengan tujuan untuk mengesan tahap kemajuan mereka.
Dengan ini, mereka boleh buat sebarang perubahan dan merangka strategi untuk capai matlamat mereka itu.
Proses ini berikan kelebihan kat mereka, untuk mengambil tindakan segera dalam mengubah pelan sedia ada. Dan cara ini sesuai dengan keadaan semasa dunia yang serba pantas.
Walaupun ramai yang kurang ambil kisah (atau paling teruk, tak kisah langsung) dengan masa depan mereka, orang kaya pula sentiasa ingatkan diri mereka kat matlamat yang nak dicapai.
Mereka bagaikan dah ada peta perjalanan yang jelas. Apa yang perlu mereka buat adalah ikut saja peta itu.
—
5 tabiat ni dah berjaya hasilkan ramai orang kaya kat dunia ini, pada masa yang sama, menambah kekayaan mereka.
Dan korang juga ada potensi yang tinggi untuk jadi orang kaya kalau amalkan 5 tabiat ini. Ia tak mustahil untuk dicapai.
Yang penting, sentiasa berserah dan bertawakal kat yang Esa. Kalau usaha, pasti boleh dapat. In Shaa Allah, Tok doakan yang terbaik untuk korang sentiasa.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.