PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Awas! Sebelum beli hartanah pelaburan, kaji dulu 5 faktor ini

Dunia pelaburan hartanah semakin mencabar dari hari ke hari. Tak macam dulu, beli apa pun confirm boleh untung.

Banyak pelabur hartanah otai selalu ulang nasihat berharga ini:

“Korang buat untung semasa membeli. Bukan semasa menjual semata-mata”

Logik tindakan ini, adalah supaya korang dapat menikmati kenaikan nilai (capital appreciation) dan untung sewa (rental yield) yang baik.

Ini 5 petanda supaya korang lebih berjaga-jaga. Tersalah beli, korang sendiri yang susah nanti.

#1: “Beli apa hartanah pun, pasti boleh buat untung punya”

Hidup ni, sentiasa akan melalui perubahan. Sama jugak dengan strategi pelaburan hartanah. Ada banyak perkara yang berubah.

Strategi yang ramai orang gunakan 5 tahun lepas, mungkin banyak yang dah ‘ketinggalan zaman’ mengikut standard masa kini. Bermakna, strategi main beli je, dah tak boleh diguna pakai sekarang.

Dalam kebanyakan perkara, korang kena fleksibel dan banyak mengkaji sebelum membeli sesebuah hartanah. Semua ni bertujuan untuk merendahkan risiko yang ada.

Cuma, satu je Tok pesan. Apa pun, jangan lupakan prinsip pelaburan hartanah yang paling penting:

“Nombor tak pernah menipu” (Numbers don’t lie).

#2: “Kenapa lama sangat berada dalam pasaran (susah nak terjual)?”

Tak nafikan, ada hartanah yang bagus-bagus dalam pasaran second-hand (subsale). Dan yang pasti, akan ada banyak hartanah yang tak terjual walaupun dah lama berada dalam pasaran ini.

Antara sebab ini berlaku, mungkin tuan rumah dapat ejen yang buat perangai sebelum ini, tak bermotivasi untuk jual rumah dah (sebab lama sangat tak terjual), atau mereka senang-senang naikkan harga rumah melebihi harga pasaran.

Tapi, mungkin ada sebab lain rumah tu tak terjual untuk satu jangka masa yang panjang. Kalau tak, mesti ada orang lain dah beli.

Ini adalah peluang korang untuk beli rumah pada harga terbaik.

Korang boleh mula hubungi tuan rumah, dan mulakan proses rundingan (negotiate). Pastikan korang tahu dulu kenapa rumah tu susah dijual, baru mulakan. Rajinkan mengkaji hartanah tu, supaya korang boleh cari poin untuk dapatkan harga yang lebih rendah.

#3: “Kenapa harga hartanah A, murah gila?”

Kadang-kadang, korang akan jumpa hartanah yang bagus pada harga yang sangat murah. Mungkin penjual nak jual cepat-cepat agaknya.

Tapi, elakkan tabiat terburu-buru. Ingat, harga mencerminkan nilai. Dan konsep ini diguna pakai dalam pelaburan hartanah dan hartanah yang kita nak beli.

Mungkin korang boleh beli dengan harga yang murah. Tapi kalau kondisi rumah barai, pun tak elok jugak. Banyak pulak benda yang korang kena repair (baiki).

Atau lebih teruk, hartanah tu dah bertahun tak bayar cukai dan penjual nak alih masalah ini supaya pembeli tanggung.

Adalah tugas korang untuk siasat dan tahu benda ini. Selagi tak tahu, tahan dulu nafsu membeli tu.

#4: Ada masalah berkaitan pemilikan (title)

Isu berkaitan pemilikan (title) boleh mendatangkan masalah yang besar kepada pelaburan korang.

Masalah biasa yang korang akan dengar adalah berkaitan Master Title dan Strata Title.

Master Title adalah geran yang masih belum dipecahkan kepada pemilik unit. Bangunan yang masih dalam pembinaan (under construction) berada di bawah Master Title dan pemaju adalah pemilik bangunan itu.

Untuk Strata Title pulak, pembeli unit akan mendapat geran agihan yang ditukar nama daripada pemaju kepada nama mereka (pembeli). Biasanya, pembeli akan dapat Strata Title selepas dapat kunci rumah (VP, atau vacant possesion).

Kenapa Strata Title ni penting? Tok kongsikan sebabnya kat bawah ni:

  • Bank susah bagi loan (pinjaman) kalau hartanah tu masih di bawah Master Title. Lebih 10 tahun, hampir semua bank takkan bagi loan (pinjaman),
  • Kalau hartanah masih di bawah Master Title, proses jual beli wajib mendapatkan kebenaran pemaju,
  • Akan ada masalah untuk sahkan pemilik hartanah yang sebenar,
  • Korang akan berdepan dengan masalah pengagihan harta,
  • Susah nak dapatkan insuran untuk hartanah tu.

#5: Lokasi hartanah, tak ada sebarang pemacu aktiviti ekonomi

Kadang-kadang, bukan salah hartanah tu sendiri. Tapi keadaan lokasi sekeliling tak sesuai untuk menjadi hartanah itu sebagai hartanah pelaburan.

Antara perkara yang korang kena kenal pasti dan kaji seperti:

  • Kadar pengangguran yang tinggi di kawasan tersebut,
  • Kurang peluang dan pertumbuhan pekerjaan,
  • Kadar jenayah yang tinggi,
  • Populasi penduduk yang semakin berkurangan,
  • Banyak kedai yang atau bangunan komersial yang kosong.

Tok tak nafikan. Ada banyak je hartanah yang bagus-bagus dekat luar sana. Tapi sekarang ni, korang kena usaha lebih sikit untuk kenal pasti hartanah yang ada ciri-ciri tu.

Kalau ada pun, korang kena berunding gila-gila dengan tuan rumah, baru dapat beli pada harga yang berpatutan.

Tapi sebelum buat keputusan membeli, kaji dulu 5 faktor ni kalau korang serius tak nak rugi. Selamat beramal!

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *