PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA
Cara berkesan simpan duit syiling di atas meja

Cara berkesan simpan duit. Walaupun nafsu belanja kuat mengalahkan harimau buas.

Letih juga kalau Tok asyik cerita pasal hartanah dalam blog ini.

Penulisan Tok kali ini tidak menyentuh tentang pelaburan hartanah. Tetapi lebih kepada aspek kewangan.

Buat pengetahuan anda, Tok selalu terima e-mel daripada pembaca-pembaca blog Tok.

Boleh Tok katakan, 9/10 daripada mereka mengalami masalah duit. Khususnya tidak tahu cara menguruskan duit.

1 Cara berkesan simpan duit (walaupun nafsu belanja kuat).

Tok ada 1 jalan penyelesaian yang mungkin boleh bantu para pembaca.

Lebih-lebih lagi kalau anda hadapi masalah seperti ini:

  1. Pendapatan tidak selalu melebihi perbelanjaan bulanan.
  2. Bila dapat duit bonus, nafsu selalu terkejut. Semua barang rasa penting untuk dibeli.
  3. Susah rasa mahu kawal nafsu untuk beli sesuatu. Biasanya nafsu melebihi akal atau rasional.

Jalan penyelesaian ini Tok dapat daripada seorang penulis namanya Karen Bruce. Ia bukan jalan penyelesaian yang “dijamin” jadi. Tetapi sekurang-kurangnya Tok mahu lihat anda semua guna teknik ini.

Teknik penjara poket 30 hari.

Karen Bruce gelarkan teknik ini sebagai “Peraturan 30 Hari.”

Tok pula lebih selesa gunakan ayat “Penjara Poket 30 Hari.”

Maksudnya, apa sahaja yang kita mahu beli (lebih-lebih kalau barang mahal), jangan beli cukup. Cakap pada diri sendiri bahawa perlu tunggu 30 hari lagi untuk buat keputusan.

Tok rasa lagi senang kalau bagi contoh.

  1. Tok baru dapat duit lebih (ekstra RM10,000) bonus sebab Tok merupakan pekerja cemerlang yang bos tidak sanggup lepaskan Tok untuk bekerja di tempat lain (Tok sengaja bagi hype. Baru gempak).
  2. Tok pun pergi ke kedai barang elektronik. Nampak pula smartfon baru berkilat boleh lipat. Harga RM8,000.
  3. Kalau ikutkan nafsu Tok, beli smartfon ini masih dapat lagi baki RM2,000.
  4. Tetapi Tok akan cakap pada diri sendiri, “Aku perlu bagi masa pada diri aku 30 hari, baru aku boleh buat keputusan yang rasional.”
  5. Selepas 30 hari, biasanya Tok akan terlupa pada smartfon itu. Dalam masa sama, sepanjang tempoh 30 hari itu, Tok akan cari jalan untuk simpan duit supaya duit Tok nampak macam tidak cukup.

Kenapa cara berkesan simpan duit ni menjadi? Apa rahsia di sebalik tip ni?

Kalau ikuti kisah ringkas Tok di atas, tingkah laku pembelian itu adalah tingkah laku yang normal berlaku pada majoriti manusia.

Ia adalah tingkah laku “impulse”, iaitu tingkah laku yang tidak rasional. Kita tidak berfikir semasa buat keputusan.

Kita hanya berfikir selepas dapat barang. Biasanya, ia berakhir dengan penyesalan.

Tok harap anda semua dapat manfaat daripada perkongsian tip kewangan ringkas ini. Akhir sekali, Tok mahu kongsi 1 pesanan daripada kawan Tok yang memang seorang usahawan hebaat,

“Kalau engkau tidak pandai uruskan RM1, jangan mimpi engkau boleh uruskan RM1 juta.”

Korang ada cara berkesan simpan duit yang korang sedia amalkan? Cuba share dengan Tok, nak tahu jugak apa lagi cara lain yang Tok boleh belajar daripada korang.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *