PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Edisi buat ‘duit tepi’ – Jarum dan benang, jadi penjemput rezeki?

Wahai kaum wanita, ini peluang ‘baik punya’ untuk korang jana pendapatan tambahan.

Kos sara hidup yang semakin meningkat dari hari ke hari, buatkan ramai orang pusing. Serba-serbi tak cukup.

Kalau setakat bergantung kat satu sumber pendapatan, memang tak cukup nak tampung semua benda.

Tapi Tok percaya, korang mampu ubah perkara ini. Dengan syarat, kena rajin je.

Nah. Buat korang yang ada skil menjahit, Tok sarankan korang hadam perkongsian ini laju-laju.

Menjahit – Bukan sekadar skil biasa-biasa? 

Pada pandangan personal Tok, bagus kalau salah seorang ahli keluarga ada skil menjahit ni.

Kenapa Tok cakap macam ni?

Sebab senang nak buat persiapan keluarga untuk menyambut musim perayaan, atau sebagainya. Tak payah dah keluar duit dan tempah kat orang lain. Semua boleh settle sendiri.

Tambahan lagi, korang boleh tengok anak-anak membesar dengan pakaian hasil jahitan korang. Dah tentu pakaian yang korang jahit tu ada sentimental value.

Dan pada masa yang sama, korang jugak ada peluang untuk jana pendapatan sampingan yang baik dengan skil ni. Teruskan bacaan.

“Wajib ada Diploma sebelum buat bisnes menjahit?” – Rena

Sumber gambar Pinterest

Sumber gambar – Pinterest

Benar, korang boleh jana banyak ‘duit tepi’ dengan skil menjahit. Dan paling best, korang tak perlu jadi pereka fesyen bertaraf dunia pun untuk capai semua ini.

Tak kira korang baru menjahit atau dah berpengalaman, korang ada peluang untuk jana pendapatan sampingan dengan kemahiran ini.

Dan skil korang ini akan meningkat dari masa ke semasa. Takkan la skil berhenti pada takat yang sama je, kan?

Pada masa yang sama, keuntungan jugak akan turut ikut sama. Lebih tinggi kemahiran menjahit korang, lebih banyak jumlah keuntungan yang korang boleh dapat.

Korang ada 2 pilihan, sama ada nak buat kerja menjahit ni secara part-time (separuh masa) atau full-time (sepenuh masa). Yang ni, terpulang kat korang nak buat yang mana satu.

3 kelebihan buat ‘duit tepi’ dengan menjahit

Ada beberapa sebab korang patut jadikan hobi ni, sebagai sumber pendapatan sampingan korang:

#1: Ini sebab utama ramai suka kerja dari rumah?

Kalau kerja biasa, korang tak boleh lari dari terlibat dengan kos luaran (seperti kos minyak, parking, masa, dan sebagainya).

Dan jumlah ini, boleh jadi akan makan sebahagian besar gaji bulanan korang.

Nak Tok tambah lauk lagi? Katakan, korang dah berkahwin dan ada anak. Kena keluarkan modal lagi untuk tanggung kos pengasuh pulak.

Itu tak termasuk lagi dengan kos makan tengahari, atau lain-lain kos seperti membeli baju kerja dan sebagainya. Dah kerja pejabat, kena la pakai kemeja supaya nampak segak bergaya.

Daripada korang cari kerja part-time kat luar, korang boleh buat sendiri dari rumah saja. Dengan cara ni, korang boleh jimat macam-macam perbelanjaan. Nak buat kerja sambil pakai baju tidur pun, boleh.

#2: Anda tentukan masa bekerja sendiri

Bila korang mulakan bisnes menjahit ni, korang akan jadi bos kepada diri sendiri.

Bermakna, korang boleh kerja pada bila-bila masa dan selama mana yang korang larat. Korang ada pilihan untuk bahagikan masa dengan lebih efektif berbanding bekerja dengan orang.

Korang ada kebebasan masa untuk buat apa saja yang korang rancang, seperti bercuti bersama keluarga dan anak-anak. Kalau sakit pun, korang tak perlu risau bos marah sebab tak datang kerja.

#3: Sebagai permulaan, buat secara kecil-kecilan

Dah ada kerja sepenuh dan separuh masa? Ini tak bermakna korang tak boleh mulakan bisnes menjahit ni.

Korang masih boleh buat duit dengan menjahit, walaupun korang hanya ada masa terluang selama beberapa jam saja untuk setiap minggu.

Nak mulakan bisnes menjahit adalah lebih mudah, kalau nak bandingkan dengan bisnes lain. Tak perlu pun tinggalkan kerja hakiki dan kerja sampingan yang korang ada sekarang.

Dan korang jangan terkejut kalau bisnes ni, dapat tempahan yang banyak pada masa akan datang. Sebab menjahit adalah kepakaran yang ada demand (permintaan) yang baik.

Tok faham. Mungkin korang tak tahu macam mana nak uruskan bisnes secara efektif pada fasa permulaan. Tapi selagi korang tak mula buat, sampai bila-bila korang takkan tahu. Setuju?

Mulakan dengan yang asas dulu. Lama-lama nanti, pengetahuan korang akan berkembang dan korang boleh uruskan bisnes ke peringkat yang lebih tinggi.

Nota: Kebanyakan tukang jahit berpuas hati dengan pendapatan yang mereka dapat, dengan hanya meluangkan masa selama beberapa jam seminggu.

5 cara jana ‘duit tepi’ dengan skil menjahit anda

Korang boleh pilih salah satu niche yang ada dalam senarai ini:

#1: Baik pulih dan alteration pakaian

Sumber gambar iStock

Sumber gambar – iStock

Ini adalah sisi praktikal dalam bidang menjahit.

Kalau ada pakaian yang rosak dan perlukan proses baik pulih, korang boleh penuhi permintaan ini. Lagipun, menjahit pakaian yang rosak lebih murah berbanding beli pakaian yang baru.

Antara masalah yang biasa berlaku seperti:

  • Pakaian terkoyak,
  • Zip rosak,
  • Butang hilang (dan perlu diganti),
  • Baju baru yang tak fit, dan sebagainya.

Dan nak betulkan masalah ni, tak susah mana. Korang yang ada skil asas pun, boleh buat tanpa banyak masalah.

Kalau hasil kerja korang kemas, korang tak payah risau tentang pelanggan. Kuasa word of mouth antara pelanggan korang, boleh rancakkan lagi bisnes korang tu.

#2: Terima tempahan pakaian pelanggan

Sumber gambar Sew4Home

Sumber gambar – Sew4Home

Suka menjahit dan hasilkan pakaian sendiri? Ini skil jana ‘duit tepi’ yang bagus untuk korang.

Biasanya, servis ini ada banyak permintaan semasa musim perayaan. Dan lebih awesome, korang tahu buat baju perayaan untuk pelbagai jenis kaum di Malaysia ini.

Baju melayu, kebaya, cheongsam atau sari, adalah antara contoh mudah yang Tok boleh bagi.

Ada juga segmen pelanggan yang nak baju ala designer, tapi tak mampu. Ini jugak boleh jadi peluang buat korang.

Dan jangan lupakan persalinan untuk perkahwinan. Biasanya, pertengahan atau akhir tahun adalah waktu yang ada banyak permintaan untuk servis ni.

#3: Jadi pakar barangan dekorasi rumah

Sumber gambar My healthy addiction

Sumber gambar – My healthy addiction

Korang suka buat barangan dekorasi rumah seperti langsir, bantal, kain meja, selimut, dan sebagainya? Ini satu lagi peluang bisnes yang tak patut korang lepaskan.

Kebanyakan barangan dekorasi rumah yang ada dalam pasaran, tak menepati ciri-ciri yang pelanggan mahukan. Dah jumpa reka bentuk bantal yang mereka suka, warna pulak tak kena dengan citarasa.

Jalan penyelesaian paling mudah untuk masalah ini, adalah dengan membeli barangan bahan mentah (raw material), dan jahit sendiri.

Ini adalah masa untuk korang penuhi permintaan ini.

Korang pulak, tak perlu tahu semua perkara tentang barangan dekorasi rumah. Sebaliknya, korang boleh tumpukan perhatian pada jenis barang dekorasi yang korang mahir buat. Contohnya seperti barangan hiasan dalaman bilik tidur, atau sebagainya.

#4: Buat kelas dan kongsikan ilmu menjahit

Sumber gambar Shannon Krieger Studios

Sumber gambar – Shannon Krieger Studios

Tok percaya, ramai orang berminat nak ceburi bidang menjahit ini. Kalau bukan untuk tujuan berbisnes, mungkin sekadar nak menjahit pakaian untuk ahli keluarga sendiri.

Korang yang mahir, boleh saja buka kelas dan kongsikan ilmu menjahit kat mereka. Kalau mereka ada mesin jahit kat rumah, korang boleh datang dan ajar kat rumah mereka.

“Boleh laku ke idea bisnes ni Tok?”

Betul. Nak belajar apa pun sekarang ni, dah senang. Korang boleh layari blog atau beli buku yang pelbagai di pasaran sekarang.

Tapi kena ingat. Ada sebab orang sanggup bayar kelas mahal-mahal, untuk belajar secara direct dengan guru atas sebab human interaction (interaksi sesama manusia).

#5: Jual produk jahitan anda

Sumber gambar exPress o

Sumber gambar – exPress-o

Masa al-Marhumah nenek Tok hidup dulu, beliau memang suka hasilkan macam-macam produk jahitan. Kualiti jahitan pulak, memang awesome.

Tapi bila dah banyak sangat produk yang dibuat, tempat simpanan pulak jadi isu. Nak bagi kat ahli keluarga yang lain pun, banyak mana boleh bagi, kan?

Jadi, apa kata korang jual produk yang ada tu?

Antara satu cara adalah dengan gunakan pasaran online (online marketplace). Antara yang korang boleh gunakan seperti:

  • Mudah.my,
  • Lazada,
  • Shopee,
  • Lelong.my,
  • Zalora, atau sebagainya.

Jualan pertama, mungkin agak susah nak buat. Tapi bila dah dapat pelanggan pertama, semakin senang nak jual semua barang ni secara online. Kata kunci perkara ni, masih lagi word of mouth (seperti kat poin #1 tadi).

Apa bisnes pun, tak ada jaminan yang korang akan berjaya selagi tak ada usaha. Idea hanya sekadar idea, kalau tak disertakan tindakan yang sepatutnya.

Tok boleh kongsikan 1001 idea. Tapi yang seterusnya, korang yang tentukan.

Bukan senang nak jadi senang, dan bukan susah nak jadi susah. Ingat pesan Tok ni ya.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *