Bermula 1 Januari 2016, tambang ERL (Express Rail Link) akan dicaj RM55 untuk satu trip daripada KL Sentral ke KLIA (Kuala Lumpur International Airport) dan KLIA2.
Ini bukan perkara yang mudah ramai orang nak telan. Kos sara hidup semakin meningkat naik.
Lihat sahaja kadar tol, GST, dan nilai ringgit yang semakin melemah. Paling tak best, gaji kita tak pula naik-naik.
Ini buatkan ramai rakyat Malaysia semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang dan servis. Berjimat adalah salah satu inisiatif untuk mengawal masalah ini.
Saudara Adrian Sim kongsikan strategi jimatkan duit tambang ERL ini (sehingga RM30), yang boleh kita gunakan serta-merta lepas habis baca artikel ini.
Kalau ada info yang salah, mohon tegur Tok ya. Boleh Tok betulkan segera.
Yang pertama adalah dengan mengambil tren dari KL Sentral ke Salak Tinggi. Kos perjalanan ini hanya menelan belanja sebanyak RM18.30.
Kemudian, ambil tren dari Salak Tinggi ke KLIA/KLIA2 dengan harga RM4.90.
Jumlah kos yang kita keluarkan baru RM23.23. Ia RM31.80 lebih murah daripada bayar RM55 untuk servis ERL.
Ini satu lagi strategi yang korang boleh gunakan.
Ambil tren dari KL Sentral dan berhenti kat stesyen Putrajaya/Cyberjaya.
Kos perjalanan ini hanya telan belanja RM14.00 sahaja. Kemudian, sambung perjalanan ke KLIA/KLIA2 dengan harga RM9.40.
Kos total perjalanan ini pula adalah RM23.40, dan ia tak banyak beza dengan strategi sebelum ini. Dan ia jimatkan duit korang sebanyak RM31.60.
1. Diskaun sehingga 10% bila korang membeli tiket gunakan kiosk ERL.
2. Beli tiket secara online atau gunakan aplikasi smartphone (Google Play atau App Store), dan jimat 10%.
3. Pengguna kad Touch ‘n Go juga boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% (hingga tamat tempoh promosi).
Bonus info: Bagi pemilik Travel Card pula, korang boleh nikmati diskaun purata sebanyak 45%. Orang tua serta orang kurang upaya masih menerima diskaun 30% untuk perjalanan sehala KLIA Transit.
Ini adalah jadual perjalanan tren KLIA Transit.
Kalau nak jimatkan RM30 ini, korang kena tunggu 30 minit (untuk waktu “non-peak”) dan 20 minit (untuk waktu “peak-hours”).
Jadi, strategi ini Tok tak galakkan korang guna kalau nak ke KLIA dengan segera.
Kalau korang pandai susun masa, waktu menunggu ini tak akan jadi masalah. Malah, korang dapat jimatkan RM30 dengan strategi ini. Itu yang penting kan?
Korang boleh lihat jadual perjalanan yang penuh dengan klik kat sini.
Kalau ada tip yang serupa seperti ini, Tok akan kongsikan lagi kat sini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang semua.