PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Jenis insuran kenderaan yang anda wajib ambil tahu. Semua orang patut gunakan No. #3

Penting untuk kita ada perlindungan insuran untuk diri sendiri, ahli keluarga, rumah, dan juga kenderaan.

Alhamdulillah, Tok tengok bertambah ramai yang sedar akan kepentingan insuran dalam kehidupan mereka.

Buat korang yang belum tahu lagi pasal ni, korang boleh belajar banyak perkara daripada perkongsian kali ini.

Tok akan fokus 100% pada 3 jenis polisi insuran kereta yang biasa orang Malaysia gunakan.

Tok dapat maklumat ni dekat blog iMoney.

Semoga ia membantu korang buat keputusan nak gunakan insuran yang mana satu.

Ada 3 jenis yang semua orang wajib tahu

Kereta dah jadi satu keperluan pada zaman sekarang. Memilih kereta yang sesuai dengan korang adalah penting, sama juga dengan pemilihan insuran untuk kereta tu sendiri.

Korang wajib tahu perbezaan dan persamaan yang pada semua jenis insuran kereta yang ada di pasaran.

Secara asas, ada tiga (3) jenis insuran kereta yang ada dekat Malaysia ni, daripada yang paling basic hingga yang paling advance.

#1: Perlindungan jenis third party (third party insurance)

Sumber gambar: mahonefirm.com

Sumber gambar: mahonefirm.com

Dalam dunia insuran, terma first party merujuk kepada korang sebagai pemilik/pemandu kereta.

Second party pulak merujuk kepada syarikat insuran kereta tadi. Dan third party bermaksud semua pihak lain yang terlibat.

Jadinya, third party ni adalah insuran yang melindungi korang daripada sebarang kemalangan dan kerosakan yang berlaku kepada orang lain dan hak milik (kereta) mereka.

Secara mudah, insuran third party memberi perlindungan yang paling minimum apabila berlaku kemalangan.

Bawah insuran third party, korang tak boleh nak claim sebarang kerosakan yang berlaku dekat kereta korang.

“Berbaloi ke guna insuran third party ni?”

Oleh sebab tu, polisi third party ni selalunya lebih murah daripada insuran kereta yang lain.

Jenis insuran ni adalah requirement yang paling minimum untuk orang renew cukai jalan dan memandu di jalan raya secara sah.

Orang yang selalu guna third party coverage ni adalah orang yang guna kereta lama, yang mana dah bukan di bawah apa-apa jadual bayaran sewa beli dan sebagainya.

Walaupun, insuran ni lagi murah, kereta lama selalunya lebih senang nak terlibat dalam kemalangan. Bermakna untuk jangka masa panjang, kosnya akan jadi lebih mahal.

Dari segi proses pulak, nak dapatkan third party coverage ni lebih susah sikit daripada insuran lain.

Silap-silap, ada yang anda kena tambah lagi

Sebab tu la kebanyakan syarikat insuran lebih suka untuk menawarkan comprehensive coverage (perlindungan komprehensif).

Kebelakangan ni pulak, kemalangan jalan raya makin kerap berlaku. Dan dari segi jumlah claim-nya tak berbaloi bagi syarikat insuran.

Tambahan lagi, susah untuk syarikat insuran menilai kereta lama yang perlu bagi menentukan jumlah premium yang perlu dibayar.

Bagi korang yang consider untuk ambik third party cover, akan ada kos premium load yang mana perlu ditanggung oleh korang.

Premium load adalah jumlah ekstra yang ditambah kepada jumlah keseluruhan premium untuk menanggung risiko yang tinggi.

Sesetengah syarikat insuran memerlukan pemandu untuk mengambil insuran tambahan (seperti insuran perlindungan peribadi) untuk mereka layak memohon third party cover.

Untuk memastikan korang layak dan senang untuk memohon insuran third party, pastikan korang ada insuran kenderaan dan juga insuran bukan kenderaan, dan mempunyai rekod yang baik untuk keduanya.

#2: Insuran third party, kebakaran dan kecurian (third party, fire and theft)

Sumber gambar: blog.toyotaofnorthcharlotte.com

Sumber gambar: blog.toyotaofnorthcharlotte.com

Polisi ini lebih murah daripada insuran komprehensif, tapi lebih mahal daripada third party cover.

Apa yang ada dalam polisi ini adalah perlindungan pemandu kereta, termasuk segala kecederaan dan kematian, kerosakan dan kehilangan harta yang disebabkan oleh kenderaan korang.

Asasnya sama seperti third party cover, cuma dengan tambahan perlindungan dalam kes kebakaran dan kecurian.

#3: Insuran komprehensif (comprehensive insurance)

Sumber gambar: Clem Onojeghuo

Sumber gambar: Clem Onojeghuo

Insuran kereta kompehensif merangkumi perlindungan yang lebih besar dan pelbagai, terutamanya kepada first dan third party.

Asasnya, perlindungan yang ditawarkan oleh insuran kereta komprehensif merangkumi third party, kebakaran dan kecurian, dengan tambahan perlindungan kepada kerosakan yang berlaku kepada kenderaan korang sendiri.

Dalam industri insuran kenderaan, selalunya apabila kereta kena curi, pemilik akan membuat claim bersamaan dengan harga pasaran atau jumlah yang dipersetujui dalam kontrak polisi insuran.

Namun begitu, tak semua pemilik kenderaan boleh gunakan insuran jenis ini. Sebab insuran ini selalunya memerlukan kenderaan yang tak melebihi jangka hayat (umur) yang tertentu.

Pemilik kereta yang mahal seperti Biyemdabelyu dan seangkatan dengannya, Tok galakkan untuk ambil insuran jenis ini.

Tok tolong simpulkan kat bawah ni supaya mudah korang nak faham:

Sumber gambar: iMoney

Sumber gambar: iMoney

NOTA: Klik sini kalau korang nak semak insuran kereta yang ada di Malaysia.

Perlindungan insuran adalah penting. Lebih-lebih lagi kalau korang dah berkeluarga.

Paling kurang pun, gunakan insuran yang paling murah pun dah okay.

Bukan apa. Malang tu tak berbau. Tau-tau dia datang je tak bagi salam. Baik kita bersedia dulu sebelum apa-apa hal. Selebihnya, tawakkal.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *