PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Cara betul nak beli kereta baru harga RM65,000. Siap dapat duit lebih minimum RM5,000

Kalau diberi pilihan, siapa saja yang tak nak berkereta baru, kan?

Tapi Tok perhatikan, ramai anak-anak muda sekarang yang bergaya bukan main. Nak kereta jenama Jepun saja. Myvi atau Saga, dah tolak tepi siap-siap. Tak stylo katanya.

Bagi yang bukan jenis orang yang macam Tok cakap ni, tahniah. Sebab korang berjaya kawal nafsu dengan baik, ini ada hadiah tip ohsem untuk korang.

Tip kali ni bukan biasa-biasa tau. Sambil pakai kereta baru, korang dapat simpan duit untuk bayar baki ansuran kereta, dan dapat duit lebih lagi. Suka tak?

Kalau nak tahu, jom baca perkongsian Tuan Redzwan Khairudin ni. Rugi woi tak baca dan belajar ilmu macam ni.

Hadamkan dulu amaran ini sebelum teruskan bacaan

Amaran: Segala pengiraan dalam posting ini sesuai dibaca untuk yang masih tercari-cari point kukuh, kenapa tak perlu beli kereta yang harga lebih dari RM65,000.

Dengan syarat, jika kereta tersebut semata-mata untuk digunakan bagi memenuhi tuntutan keperluan disamping mendambakan sedikit keselesaan.

Dunia kewangan taklah zalim sangat, kalau korang bijak membahagi darabkan antara keperluan dan kemahuan. Panjang pulak amaran saya ni. Hehe.

Antara kereta yang saya sarankan korang beli adalah seperti:

  • Proton Suprima Medium Spec (bukan highest spec yang siap dengan skirting),
  • Proton Persona Medium Spec,
  • Proton Neo Medium Spec,
  • Proton Saga Highest Spec,
  • Proton Iriz Highest Spec,
  • Perodua Alza Medium Spec,
  • Perodua Myvi Highest Spec,
  • Perodua Axia Lowest Spec (korang boleh beli 2 buah tau),
  • Perodua Bezza Highest Spec,
  • Atau lain-lain kereta yang harga bawah RM65,000 (korang boleh tambah sendiri list ni).

Ini dia game plan yang anda boleh gunakan

1) Kita assume harga kereta kat atas ni ikut selera masing-masing tetapkan pada harga RM63,400 sahaja. So, sediakan deposit 10% sebagai duit muka bayaran kereta.

Total RM6,340 tu, korang pandai-pandai sediakan. Samada duit kutu ker, hasil buat kerja part time ke, hasil jualan melalui dropship ke, atau lain-lain. Janji rezeki tu halalan toyyiban.

2) Cari bank yang tawarkan rate 3.0% untuk CL (Car Loan) korang bagi kereta lokal yang bertaraf nasional.

Ya, sesetengah orang akan cakap mana ada bank nak bagi 3%. Sekarang, kereta lokal je dah 3.3% ke atas.

Okay, macam ni. Kalau tak jumpa mana yang nak bagi 3% tu boleh contact Abam RK.

Kalau abam carikan ada yang nak bagi 3% atau kurang lagi, alamatnya korang memang kena deal dengan Abam RK untuk proses-proses seterusnya.

So, cari sampai jumpa okay?

3) Secara tak langsung korang buat pinjaman dengan pihak bank, untuk baki harga kereta setelah dibayar duit mukanya itu tadi.

Saya assume RM57,000 ikat bank 9 tahun dengan kadar bunga 3% setahun. Maka bayaran bulanannya ialah RM602.89. Sap sap sui, RM600 kasi senang cerita.

Ini surprise yang anda bakal dapat lepas dah beli kereta nanti

4) Next korang cari Abam RK. Bagi abam test drive kereta korang tu. Abam nak tekan minyak laju-laju, lepas tu buat drift satu kali.

Lepas siap buat drift, Abam keluar kereta terus bagi korang borang ASB Financing.

Pasti korang terpinga-pinga, kan? Dalam hati, eh pokemon betul RK ni.

Dah la hentak pedal dalam-dalam. Habis minyak kereta aku. Lepas tu buat drift tak beragak.

Tup-tup, suruh buat ASB Financing. Sakai ke ape mamat ni? Insuran nyawa dah berlambak kot?

Okay. Pendek cerita, korang buat RM110,000 ASB Financing, ikat 30 tahun. Monthly bayar RM604.02 Sap sap sui, RM600 senang cerita.

5) Teruskan membayar bulanan Kereta untuk RM602.89 dan ASB Financing untuk RM604.02. Total komitmen bulanan untuk kedua benda ni ialah:

  • RM602.89 + RM604.02 =
  • RM1,206.91.

Senang kira, RM1,200 lah ya.

6) Jaga kewangan dengan penuh tanggungjawab. Bayar kepada bank untuk kedua benda ni selama 4 tahun.

Layankan saja kalau ada model-model kereta baru yang keluar selepas ni dalam pasaran. Kau siul jer kuat-kuat, jangan bagi kata nafsu memenangi perperangan saraf di kotak minda tu.

4 tahun pun berlalu…

7) Selepas 4 Tahun, korang terminate (jual semula) sijil pembiayaan ASB Financing RM110,000 itu tadi.

Secara tak langsung akan menghasilkan dividen terkumpul sebanyak RM35,500, dan hasil jualan semula sijil sebanyak RM6,800. Total Cash in Hand hasil termination ASB Financing ketika ini ialah RM42,300:

  • Dividen Terkumpul + Surrender Value,
  • RM35,500 + RM6,800 =
  • RM42,300.

8) Sekarang semak semula berapa outstanding balance untuk hutang kereta selepas 4 tahun solid membayar.

  • Total Car Loan at beginning – 48 bulan hasil bayaran telah dibuat,
  • RM65,112 – (RM602.89 X 48 Bulan) =
  • RM36,170 (Baki @ Outstanding Amount).

9) Gunakan total cash in Hand melalui hasil ASB financing tadi untuk setelkan terus outstanding figure car loan korang.

Maka, akan ada sedikit lebihan:

  • RM42,300 – RM36,170 =
  • RM6,130.

Antara contoh strategi yang anda boleh gunakan

10) Kereta Suprima (contoh berdasarkan list kat atas tadi) yang korang beli dan ikat tepi selama 9 tahun dengan pihak bank, dapat disetelkan dalam masa 4 tahun solid saja.

11) Lebihan wang keramat sebanyak RM6,100++ tercipta.

12) Jika kereta Suprima itu tadi anda jual pada market, nilainya masih ada sebab baru saja berusia 4 tahun (kebanyakan kereta terpakai berharga RM yang masih acceptable jika usia 4 tahun ke bawah).

Jika kita ambil 40% sahaja dari harga asal, maka kereta korang akan memberi pulangan tunai sebanyak RM25,360.

Maka secara asasnya, total wang tunai akan menjadi:

  • Lebihan dari game plan 4 tahun + hasil step up game plan,
  • RM6,130 + RM25,360 =
  • RM31,490.

13) Jika kereta Suprima itu tadi korang jadikan untuk dibuat sewa kepada pelajar universiti (ataupun dipajakkan untuk dibuat sewa oleh bisnes kereta sewa), maka korang deal sendiri dengan tokey bisnes tersebut.

Ini bertujuan untuk dapatkan constant passive inflow of cash darinya untuk setiap bulan.

Carilah deal yang tak menindas dan tak menyukarkan diri korang sendiri. Jika positive cash flow utk deal macam ni boleh bagi pulangan RM1,000 setiap bulan, itu pun dah cukup bagus.

14) Korang pilih antara point (12) & point (13) atas ni.

Lepas tu, apa nak buat?

15) Kalau pilih point (12), maka korang akan ada cash almost RM32,000.

Kalau saya, buat Financing untuk ASB dan ASB2 nilai maksimum RM200,000 setiap satu, dan kemudiannya apply teknik Rolling Dividen selama 29 Tahun akan datang.

Sekurang-kurangnya selepas 30 tahun dari sekarang, saya bakal ada dana persaraan sebanyak hampir RM520,000. Banyak kan?

16) Jika pilih point (13), maka korang get ready pelan untuk melabur dalam pelaburan hartanah, atau lain-lain jenis pelaburan. Maintain agreement pajakan kereta untuk sewa tu (maintain at least 5 tahun).

Dapatkan positive cash flow RM800 ke RM1000 setiap bulan. Jadikan sebagai holding power untuk property sebelum korang jual untuk dapatkan capital appreciation.

Tips tambahan: Jual BMV (below market value) untuk elak risiko tak terjual. Decor bagi cun, pada masa yang sama, dalami ilmu hartanah dalam-dalam.

Ini kerugian yang anda kena tanggung kalau tak buat strategi macam ini

17) Jika tak buat strategi macam ni, maka korang beli kereta ikat 4 tahun saja dengan kadar bunga yang sama 3%, maka bayaran sebulan ialah RM1,261.

Lepas habis bayar, korang kekurangan RM9,000 ++ sebenarnya. Ini yang dinamakan sebagai opportunity lost. Jom kita kira.

  • Hasil lebihan jika guna ASB yg tak dapat + bayar lebih RM61 selama 48 bulan,
  • RM6,130 + (RM61 X 48 Bulan) =
  • RM9,058 (ini jumlah peluang yang korang rugi).

Kesimpulan yang boleh dibuat

18) Beregu itu memang baik jika kena pada caranya. Potensi mereka amat besar. Jika digilap secara berterusan, In shaa Allah pasti akan menyinar.

19) Hapuskan hutang jahat dengan convert ia menjadi hutang yang baik.

20) Istiqomah dalam berdakwah. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Nanti segala perancangan akan pergi ke laut.

21) Sesuaikan ikut kewangan poket masing-masing. Saya cuma bagi gambaran sahaja. Usah banyak bicara jika mahu berjaya.

Kalau rasa-rasa tak boleh hadap, anda muhasabah balik diri tu. Tanya balik apa tujuan utama kita hidup dimuka bumi. Nak enjoy lebih, atau nak berjaya sesama kita dan bantu lebih ramai orang yang seagama?

Saya minta maaf kalau ada salah dan silap. Mohon tunjuk ajar mana yang terkurang.

Barbalik kita pada soalan paling asas sekali, sebelum korang bertindak beli kereta:

“Adakah korang BELI sebab KEPERLUAN, atau sekadar menurut KEMAHUAN?”

Kalau korang dapat jawab soalan ni dengan baik, In Shaa Allah kewangan korang boleh selamat. Tok doakan kejayaan korang ya. Ameen.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *