Sebelum capai jumlah simpanan yang lebih ohsem, elok untuk kita mulakan secara kecil-kecilan dulu.
Baik lagi bermula sikit-sikit, daripada tak menyimpan langsung.
Jujur Tok cakap. Kalau boleh, Tok nak korang ada simpanan lebih daripada jumlah kat atas tu.
Sebab tu, paling kurang, Tok nak korang capai at least RM10,000 dulu.
Tip perkongsian Cikpuan Syafieqah A’lya ni akan berikan idea kat korang, untuk merancang tindakan pada peringkat awal.
Setiap orang punya matlamat kewangan tersendiri. Ada yang tak heran pun simpanan untuk jangka masa panjang, sebab rasakan ia tak penting untuk mereka.
Masa saya tamat belajar dulu, saya harap bila dah bekerja nanti, boleh shopping macam-macam. Boleh makan sedap selalu, boleh pergi travel selalu.
Tapi sangkaan saya meleset bila saya mula buat kira-kira kewangan saya. Takde siapa yang paksa atau suruh saya menyimpan.
Cuma dalam fikiran saya sejak belajar lagi, saya berharap nak buat keluarga saya hidup senang.
Kita nak berubah untuk jadi yang lebih baik dalam masa kurang 5 tahun. Jadi, biar kita rasa pahit dulu dengan kesusahan sekarang. Namun, manisnya akan tiba kemudian dengan Izin-Nya. In shaa Allah.
Saya nak berkongsi sedikit kata-kata hasil pembacaan buku “Mudahnya Menjemput Rezeki,” nukilan Tuan Fathuri Sallehudin.
Masyarakat kita ada 2 jenis golongan.
Golongan pertama adalah golongan yang berserah kepada Tuhan, dan kemudian barulah berusaha.
Yang golongan kedua pula, adalah golongan yang berusaha dahulu, dan akhirnya bertawakal kepada-Nya.
Kita golongan yang mana satu?
Percaya tak? Bila kita letakkan yang Maha Esa pertama dalam hidup kita, In shaa Allah urusan kita akan dipermudahkan.
Kita diberi kekuatan seiring dengan doa yang bersungguh-sungguh dan usaha kita ke jalan yang di redhaiNya.
Inilah ‘The Power of believe’.
Bawah ni, saya share beberapa tip menyimpan duit yang boleh kita praktikkan:
Simpanan bulanan yang kita perlukan = RM660.
Biasanya bila gaji masuk dalam akaun bank, hari pertama je hampir separuh dari gaji kita habis bayar hutang.
Cuba kali ni kita tambah pula simpanan wajib disimpan dan ditolak dari gaji bulanan kita.
Contohnya:
Lagi satu, simpan duit kita dalam:
Jadikan ia sebagai simpanan wajb. Dan selepas lima tahun kita kekalkan teknik ni, kita akan peroleh RM50,220.
Simpanan bulanan yang kita perlukan = RM820.
Kemudian, buat ini:
Jumlah keseluruhan: RM6161 + RM3989 = RM10,150.
Simpanan bulanan yang kita perlukan = RM810.
Simpanan yang kita perlukan = RM16 sehari.
Labelkan tabung warna kita untuk pelbagai tujuan.
Contohnya:
Simpanan sehari: RM10 (merah).
Simpanan setahun: RM10 X 365 hari = RM3,650.
1 hari, kita simpan RM1. Hari ke-2 pula, RM2. Hari ke-3, RM3 dan seterusnya.
Simpan ikut tarikh setiap bulan. Dan ulang cara ini setiap bulan selama tempoh 1 tahun. Kita boleh dapat jumlah RM5,797.
Jumlah keseluruhan: RM11,272 (RM1,825 + RM3,650 + RM5,797).
Siapa kata simpan duit bawah bantal tak berkesan? Boleh je kalau kita pupuk sikap berdisiplin dalam menabung.
Katakan, kita nak menabung untuk simpanan perkahwinan.
Simpanan bulanan yang kita perlukan = RM833.
Ada macam-macam tip yang dikongsikan. Tapi boleh tahan ramai yang cakap:
“Lambatlah cara ni. Ada cara yang lebih cepat tak?”
Bila ditunjuk cara simpanan yang lebih tinggi untuk dapat profit tinggi, merungut pula cakap tak mampu.
Stop bagi alasan. Langkah terbaik yang kita boleh buat adalah MULAKAN TINDAKAN SEGERA.
Sila share laju-laju supaya lebih ramai tahu pasal ni.
—
Tok tak perlu lagi nak berceloteh banyak. Ayat kat atas ni pun dah cukup kot bagi korang terasa, kan?
Alasan adalah produk keluaran orang yang gagal. Orang yang berjaya tak cipta alasan. Mereka cipta result.
Korang nak jadi yang mana satu?
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]