PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Mantapkan ilmu kewangan anda dengan 4 channel YouTube ini

Lebih kurang sebulan lepas, YouTube dah selamat lancarkan servis baru yang diberi nama YouTube Red.

Ia adalah servis berbayar, dimana korang tak payah risau lagi diganggu iklan (yang selalu kacau emosi Tok masa melayan video kat YouTube).

Tok rasa, ramai yang suka layan video kat YouTube kan?

Sekarang, YouTube bukan setakat platform untuk hiburan semata-mata. Ia juga sarat dengan saluran (channel) bermanfaat yang bantu tingkatkan tahap ilmu kewangan kita.

Saudara Muzakir Xynll kongsikan 4 channel YouTube ini, yang boleh membantu kita jadi lebih bijaksana dalam bab kewangan.

Channel YouTube #1: Crash Course: Economics

ilmu kewangan

Seindah namanya, Crash Course adalah channel YouTube untuk korang yang nak belajar dan tambah ilmu tentang kewangan dengan cepat.

Mereka sampaikan maklumat dengan cara yang menarik, sangat santai, dan mudah untuk kita faham.

Dengan hos yang bijak menyampaikan informasi secara menyeluruh serta dengan sentuhan animasi yang berkualiti, video mereka direka khas untuk menarik minat pelayar web masa kini.

Cara ini boleh mudahkan kita untuk fahamkan idea kewangan yang kompleks tanpa banyak masalah. Kita boleh hadam maklumat dengan lebih cepat dan efisyen.

Kat sini, banyak benda yang kita boleh belajar (seperti konsep “supply vs demand”, bagaimana inflasi berlaku, dan kenapa kita gunakan duit dalam kehidupan kita).

Bila kita faham pasal asas ekonomi, ia akan membantu kita menilai kewangan diri sendiri secara lebih jelas.

Ia juga dapat bantu selesaikan masalah kewangan peribadi kita, serta tolong kita buat keputusan yang baik berkaitan duit.

Channel YouTube #2: Ramit Sethi

Ramit Sathi

Ramit Sethi adalah seorang penasihat kewangan peribadi, dan juga penulis buku “I Will Teach You To Be Rich” (buku ini dapat anugerah “New York Times Bestselling”).

Video Ramit kat YouTube banyak berbincang pasal strategi untuk dapatkan matlamat yang kita nak capai sebagai seorang usahawan, beserta pelan tindakan yang praktikal di akhir video.

Selain itu, Ramit juga selitkan kisah kejayaan dan pengajaran daripada mereka yang belajar dengan beliau (yang kita boleh banyak belajar dan aplikasikan dalam hidup kita).

Channel ini sediakan jawapan ringkas dan segera kepada soalan-soalan seperti:

  • bagaimana nak mula bekerja sendiri,
  • tutorial selama 15 minit untuk berunding dapatkan gaji yang lebih tinggi,
  • nasihat tentang “soft skills” yang boleh kita gunakan segera, dan lain-lain yang berkaitan.

Kalau tak ada niat nak jadi seorang usahawan sekalipun, banyak informasi dan ilmu dalam video beliau yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.

Ya, orang bekerja pun masih boleh tengok dan belajar. Best kan?

Channel YouTube #3: The Cheap Life

The Cheapn Life

Channel ini pula kongsikan ilmu bagaimana nak hidup secara berjimat-cermat.

Ia dihos oleh Jeff Yeager, dan beliau menyandang gelaran “Ultimate Cheapskate” (sama taraf maksudnya dengan perkataan bakhil atau kedekut dalam bahasa Melayu).

Setiap video Jeff ditabur dengan lawak jenaka secara liberal, dan ia seronok untuk kita tengok dan hadam. Boleh jadi kita tak bosan nak tonton video beliau berulang kali.

Kandungan informasi dalam channel ini terdiri daripada tip yang pelik (yang ramai orang tak terfikir nak buat) sebagai strategi jimatkan penggunaan duit dalam kehidupan seharian kita.

Antara tip beliau termasuk cara gunakan sabun buku lama, bagaimana jimatkan duit membeli kat laman web, tip memandu yang jimatkan minyak, serta lain-lain tip yang bermanfaat.

Channel YouTube #4: Entrepreneur Magazine

Entrepreneur Mag

Sesuai digelar sebagai “hub maklumat untuk para usahawan”, Entrepreneur adalah badan penerbitan yang lahir kat Amerika Utara.

Mereka sajikan berita terkini tentang aspek pengurusan bisnes kecil, hingga ke trend yang terdapat dalam dunia perniagaan.

Kandungan dalam channel YouTube ini lebih kurang sama sahaja seperti yang ada dalam majalah yang mereka terbitkan.

Tapi, tak semuanya. Ada juga informasi yang disediakan khas dalam bentuk video kat channel mereka.

Kita boleh dapatkan informasi terkini tentang berita dunia perniagaan, ramalan, nasihat serta strategi praktikal yang boleh kita aplikasikan kat bisnes kita sendiri.

Video mereka dibuat secara profesional dengan kadar muat naik yang tinggi (lebih daripada 1 video setiap hari).

Ia adalah platform yang bagus untuk kita yang nak mendalami ilmu kewangan yang baik.

Suka tak perkongsian Tok ini? Lepas selesai baca artikel Tok, terus langgan 4 channel ini dan layan “content” bermanfaat yang mereka kongsikan.

YouTube sama sahaja seperti media sosial yang lain. Gunakan ia untuk kebaikan, dan kita akan dapat hasil yang baik-baik belaka. Setuju?

Daripada korang “binge-watching” benda bukan-bukan kat YouTube, baik lagi korang menuntut ilmu.

Semoga ilmu kewangan korang semakin menjadi-jadi lepas belajar daripada 4 channel ini. Ameen.

Tok nak tanya.. Apa lagi Youtube video atau channel yang korang rasa bermanfaat untuk ilmu kewangan dan pelaburan? Boleh kongsi kat ruangan komen bawah ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *