PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kerjasama bangunkan rumah mampu-milik kat Sungai Besar, Selangor.

Anak syarikat Angkasa (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad), MyAngkasa Bina Sdn Bhd bekerjasama dengan Koperasi Usahasama Kuala Selangor Berhad untuk bangunkan 73 unit rumah mampu-milik kat Sungai Besar, Selangor.

Projek ini bakal dimajukan Panca Minda Sdn Bhd akan dibina atas kawasan seluas 2.12 hektar. Ia membabitkan pembangunan rumah mampu-milik dengan keluasan 1,420 kaki persegi, yang mempunyai 4 + 1 bilik.

Datuk Abdul Fatah Abdullah (Presiden Angkasa) berkata, projek ini bakal beri peluang kat seluruh koperasi kat kawasan Sabak Bernam untuk memiliki rumah dengan harga yang berpatutan.

“Kami menjangkakan ia akan mendapat sambutan kat kalangan ahli koperasi sebab ia terletak kat lokasi yang strategik, berdekatan dengan institusi pendidikan dan bandar berdekatan.”

Ini respon beliau, selepas ditanya pada majlis menandatangani perjanjian antara Panca Minda dan MyAngkasa Bina, serta Koperasi Usahasama Kuala Selangor.

Projek bakal bermula bulan depan.

Projek ini akan bermula pada bulan Ogos ini, dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Ia bakal ditawarkan kat ahli koperasi di kawasan berdekatan pada harga bawah RM400,000.

Dalam majlis yang sama, anak syarikat Angkasa lagi satu (MyAngkasa Services Sdn Bhd, MSSB) turut tandatangan perjanjian dengan Yontai Hardware Sdn Bhd.

Ini sebagai mementerai kerjasama untuk menubuhkan syarikat yang dikenali sebagai YT Hardware Sdn Bhd.

Tambah beliau, syarikat ini akan bekalkansemua bahan dan industri pembinaan terutama sekali kat Kumpulan Angkasa, melalui MSSB yang memegang 30% saham syarikat terbabit.

“Syarikat ini akan melantik koperasi yang terbabit dalam industri pembinaan dan pembangunan sebagai sub pembekal,” jelasnya.

(Sumber asal: Harian Metro)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *