Masalah ni biasa berlaku kat ramai orang.
Bagi yang tak uruskan kewangan betul-betul untuk menyambut musim perayaan, memang ada kemungkinan korang kena ikat perut sebelum nak tunggu gaji bulan depan.
Biasanya, mereka yang ‘terkena’ ni suka pandang rendah kat fungsi bajet dan tak sedar duit keluar macam paip air bocor.
Tok berani gerenti kat korang, yang korang takkan kecundang macam tu lagi lepas baca perkongsian Tok ni.
Tok dapat idea artikel ni daripada pembacaan Tok kat blog Pakdi.net dan perkongsian ilmu oleh Rebecca Choules. Semoga ia bermanfaat.
Siapa tak pening kepala bila tiba masa kena uruskan belanja Hari Raya?
Dan seperti yang korang dah jangka awal-awal, part ni memang akan telan duit korang sebanyak yang mungkin kalau korang diurus dengan baik.
Tok tak nak korang berhutang semata-mata untuk menyambut musim perayaan. Korang kena buat tip-tip ni kalau korang serius tak nak ‘terkena’ :
Tok cadangkan, korang buat benda ni sebelum korang melangkah ke shopping complex untuk beli baju baru.
Kalau ada yang masih cantik dan elok (sebab baru pakai sekali dua), tak payah la membazir untuk beli yang baru lagi.
Lagipun, orang dewasa takde keperluan sangat untuk sentiasa beli baju baru. Lain cerita kalau anak-anak kecil. Bila besar sikit, kena beli baju baru sebab dah tak muat.
Bukan apa. Banyak lagi perkara penting yang korang boleh settle-kan dengan duit yang ada tu.
Utamakan yang perlu dulu, baru korang boleh layan kemahuan korang tu.
Beribu-ribu tahniah kat korang yang gunakan kelebihan ni. Mesti banyak gila duit yang berjaya korang jimatkan.
Bagi yang belum buat, ini masa yang terbak untuk korang tebus balik segala poin yang terkumpul dalam kad Tesco (atau lain-lain supermarket yang ada).
Loyalty card boleh bagi penjimatan yang cukup hebat kat korang. Dan kalau nak tambah best lagi, korang boleh gunakan kod kupon diskaun digital.
Laman web seperti malayvouchercodes.com dan cuponation.com.my akan bekalkan korang macam-macam kod diskaun yang menarik. Antara vendor yang terlibat termasuk :
Selain tu, cara yang biasa orang guna adalah bagi perhatian kat annoucement jenama yang korang minati, setiap kali menjelang musim perayaan. Mesti ada punya diskaun menarik yang mereka tawarkan.
Kalau tak bersedia awal-awal, korang akan jadi mangsa pusat membeli-belah yang rakus menyedut duit korang.
Dah banyak kali terjadi. Kalau pergi shopping tanpa senarai, tangan kita mudah meraba dan main angkut saja barang yang kita nampak dan suka.
Akhir nanti, diri sendiri terkejut kat jumlah duit yang dah belanjakan.
Kalau malas sangat nak tulis kat kertas, gunakan aplikasi Note dalam smartphone korang pun boleh.
Kalau tak tulis, kita ada potensi untuk berbelanja secara berlebihan. Dan ini jelas tak elok untuk poket korang.
Selepas membuat anggaran perbelanjaan, andaikan bajet baju untuk anak-anak adalah RM500.
Maka, sehari dua sebelum berbelanja, pergi ATM dan keluarkan RM500 itu siap-siap. Letak dalam sampul-sampul, misalnya:
Dan seterusnya.
Tok rasa, perkara yang banyak makan duit kita setiap kali musim perayaan, adalah makanan.
Ia yang paling banyak makan duit kita, dan ia juga yang paling banyak kita bazirkan.
Dah jadi kes biasa, ada banyak makanan yang tak habis dan terbuang begitu saja. Ini perkara yang tak elok kita buat.
Sentiasa buat portion makanan sekadar yang perlu je. Supaya kita tak terlebih bajet dan bazirkan makanan secara berlebihan (atau lebih baik, korang tak akan membazir langsung).
Bagi yang gunakan khidmat katering, dapatkan info kedatangan pengunjung ke majlis korang. Kat sini, kita boleh buat bajet dan bahagikan ‘portion’ makanan untuk setiap orang yang hadir.
Kalau ada lebihan makanan juga, tak salah sedekahkan kat mereka yang datang mengunjung. Lagi bagus daripada makanan itu jadi penghuni tong sampah.
Pilihlah masa yang paling selesa untuk korang sekeluarga keluar membeli-belah.
Jika berbelanja pada bulan puasa, pilihlah pada waktu pagi (orang yang pertama masuk kedai) atau pada waktu malam.
Beritahu anak kecil sehari sebelum berbelanja, dan ketika sudah mahu keluar dari pintu rumah. Apakah tujuan keluar rumah dan berapa lama masa yang diperlukan, supaya mereka dapat beri kerjasama ketika membeli-belah.
Semua ni akan elakkan masa korang terbazir (sebab traffic jam) dan jimatkan banyak duit. Sebab korang dah buat bajet dari segi masa dan wang.
Emosi ibu bapa kurang terganggu, sebab anak-anak kecil pun tak berapa nak meragam.
Ingat tak Tok pesan tentang sampul duit dekat tip #4 tadi?
Bila tiba masa nak keluar rumah untuk membeli-belah, bawa sampul tadi tu je. Segala kad kredit dan kad ATM, simpan dalam laci rumah tu.
Baru korang tak berbelanja tak lebih bajet. Selamat duit korang, dan boleh survive sampai hujung bulan sebelum gaji baru.
—
Masa musim perayaan, kewangan semua orang berpotensi tinggi untuk bocor. Tapi tak bermakna kita tak boleh ambil sebarang inisiatif.
Memang korang akan keluarkan sejumlah duit yang agak banyak. Tapi korang masih dalam kawalan (in control) dalam berbelanja. Kan bagus tu?
Kalau korang tak sanggup nak telan megi sampai hujung bulan, amalkan apa yang Tok kongsikan ni.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]