Tok rasa, masing-masing ada pandangan tersendiri dalam bab memilih dan membeli hartanah yang terbaik.
Ada yang tak sanggup laburkan duit kat kawasan lain selain daripada kawasan tertentu.
Ada pula yang tak kisah ambil risiko. Asalkan mereka tahu kendalikan risiko (risk management) supaya pelaburan mereka sentiasa jana untung.
Tiba masa untuk kita jawab soalan utama. Apakah poin-poin penting yang kita boleh ambil kira, supaya pelaburan hartanah kita jauh daripada rugi?
Korang bertuah hari ini, sebab Tok nak kongsikan tip memilih hartanah yang sentiasa untungkan korang. Terima kasih Tuan Charles (pemilik blog kopiandproperty.com) untuk tip bermanfaat ini.
Ini adalah kawasan yang dah sedia lengkap dengan segala-galanya.
Kawasan “matang” ini ada akses mudah ke pelbagai kemudahan seperti:
Kejiranan yang baik juga boleh kita masukkan sebagai poin penting.
Ini boleh buatkan kita selesa untuk menetap kat sesebuah kawasan dan rasa lebih selamat. Lebih-lebih lagi kalau korang dah berkeluarga.
Tak perlu nak beli hartanah yang terletak betul-betul sebelah stesyen LRT atau MRT. Tapi kalau ada kapasiti dan peluang, tak salah nak beli.
Cukup dengan membeli hartanah kat dalam radius kemudahan ini.
Kalau boleh menapak dalam masa 10 atau 15 minit ke stesyen LRT atau MRT, ia dah lebih daripada cukup.
Bila projek MRT dah siap nanti, ia pasti akan mengubah cara hidup (lifestyle) orang sekeliling kat kawasan itu. Dan adalah satu keputusan yang baik untuk beli hartanah yang dekat dengan kemudahan ini.
Ini ada satu nasihat bonus yang Tuan Charles berikan.
Kemudahan ini semakin meningkat berbanding dulu. Jadi, tak perlu terikut-ikut orang lain. Ada banyak kawasan yang berpontensi, selain daripada kawasan yang ramai orang beli.
Yang penting, tahu dan jelas dengan objektif kita terlebih dulu.
Tak semestinya kalau ramai orang beli, ia adalah pelaburan yang jana untung untuk korang. Lain orang, lain matlamat.
Dan dah pasti ia tak sama dengan matlamat yang kita nak capai. Setuju?
Kalau kejiranan kat sesuatu hartanah yang korang nak beli itu sedang meningkat, gunakan peraturan ini.
Contohnya, dalam masa 10 minit:
Kalau jawapan korang “ya”, nampaknya korang dah berjaya temui hartanah yang baik dari segi capital appreciation (peningkatan nilai hartanah).
Tapi, tak perlu pandang rendah kat kawasan yang baru pula tau.
Sebab setiap kawasan ada potensi untuk berkembang dan menjadi kawasan “matang”. Cuma, kita kena buat kajian dengan terperinci sebab tak semua kawasan ada potensi macam ini.
Adakah kawasan hartanah itu ada tasik, padang, atau taman permainan?
Kemudahan seperti ini khusus untuk orang awam (termasuk kita atau penyewa).
Jadi, tak perlu lagi nak berjalan jauh-jauh untuk beriadah atau sekadar berjongging. Ini akan jadi satu kemudahan yang berfaedah untuk pemilik hartanah kat kawasan ini.
Kalau tak pasti, luangkan masa untuk melihat kawasan ini pada waktu petang atau hari minggu. Supaya kita boleh kaji situasi keadaan sekeliling.
Korang boleh saja bawa keluarga dan anak-anak berkelah atau bermain kat taman permainan.
Pada masa yang sama, perhatikan orang ramai kat sini. Lebih bagus kalau korang bertegur sapa dan berkenalan antara satu sama lain.
Poin ini boleh dikira penting. Sebab kita boleh beriadah secara percuma, dan berikan lebih nilai kat hartanah itu.
Kunci utama bagi tip ini adalah jangka masa, dan bukannya jarak perjalanan.
Sebabnya?
6KM atau 20KM tetap tak ada beza, kalau dua-dua jarak ini ambil masa 20 minit untuk sampai ke pusat bandar.
Lagi bagus kalau hartanah yang nak dibeli ada pelbagai jalan alternatif untuk kita gunakan.
Tak bermakna kalau kita beli hartanah kat Petaling Jaya, kita dah berjaya membeli kawasan yang terbaik berbanding kawasan pinggiran.
Kalau mampu, tak salah kita nak beli.
Yang penting, beli hartanah yang berikan kelebihan kat korang dari segi masa untuk ke pusat bandar (atau lebih tepat, ke tempat kerja).
Pada pandangan Tuan Charles sendiri, beliau lebih suka beli hartanah kat kawasan baru. Sebab ia penuh dengan potensi pembangunan yang tanpa had.
Kita tak tahu kalau-kalau ada pembangunan baru yang akan dibina kat sesuatu kawasan. Dah tentu perkara ini akan tingkatkan nilai hartanah kat kawasan itu.
Kat Pulau Pinang, beliau sentiasa nasihatkan pelabur untuk beli hartanah kat kawasan yang murah, berbanding hartanah kat kawasan yang mahal.
Pada kebanyakan masa, idea ini akan dapat tomahan negatif yang bertubi-tubi. Kena gelak pun ada.
Tapi bagi beliau, ia akan berikan untung pada masa depan. Sebab bila ada pembangunan baru, nilai hartanah akan turut meningkat sama.
—
Tuan Charles tak pernah percaya kat hartanah yang sempurna (perfect). Dan kita juga patut terapkan idea yang sama dalam minda.
Mungkin maksud hartanah yang perfect adalah hartanah yang berikan untung pada 5 tahun akan datang. Namun, ia tetap bergantung kat individu.
Sentiasa beli hartanah yang kena dengan matlamat korang. Dan kurangkan perangai terikut-ikut orang. Semoga korang berjaya jadi pelabur yang baik lepas baca tip ini, Tok doakan.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.