5 tip berjimat semasa musim perayaan, supaya tak sesak sampai hujung bulan.

Selamat menyambut Gong Xi Fa Cai kat semua pembaca Tok yang berbangsa Cina.

Benar. Ia adalah hari perayaan. Tapi, ia tak pernah jadi lesen besar untuk kita berbelanja tak ingat dunia.

Ekonomi sekarang tengah sakit. Langkah terbaik yang korang boleh buat adalah berbelanja dengan baik.

Tok nak kongsikan tip yang ditulis Rebecca Choules ini. Ia tentang cara nak jimatkan duit masa musim perayaan, tanpa buatkan korang sesak dan boleh ‘survive’ sampai hujung bulan.

Dan kita semua boleh gunakan tip ini, tak kira apa musim perayaan sekalipun. Yang penting, kita dapat berjimat. Setuju?

#1: Beri sepenuh kasih sayang kat ‘Loyalty Card’ dan kupon diskaun.

Tahniah kat korang yang gunakan kelebihan ini. Mesti banyak duit yang korang dah dapat jimatkan.

Bagi yang belum, inilah masa terbaik untuk kita tebus balik poin yang terkumpul dalam kad Tesco (atau lain-lain supermarket yang korang ada). ‘Loyalty card’ boleh berikan penjimatan hebat kat korang.

Tak cukup itu, korang juga boleh cari dan gunakan kod diskaun digital.

Laman web seperti malayvouchercodes.com sediakan servis ini. Korang boleh dapatkan penjimatan yang menarik daripada Zalora, Agoda, Borders, dan pelbagai lagi vendor.

Sebelum Tok lupa pesan, berikan perhatian kat setiap pengumuman oleh jenama kegemaran korang, setiap kali tiba musim perayaan. Mana tahu ada tawaran yang berikan nilai yang berbaloi kat korang.

#2: Berpada-pada dalam bab penyediaan makanan.

Tok rasa, perkara yang banyak makan duit kita setiap kali musim perayaan, adalah makanan.

Ia yang paling banyak makan duit kita, dan ia juga yang paling banyak kita bazirkan.

Dah jadi kes biasa, ada banyak makanan yang tak habis dan terbuang begitu saja. Ini perkara yang tak elok kita buat.

Kalau korang sediakan makanan ini sendiri, gunakan kalkulator ‘portion’ makanan ini. Supaya kita tak terlebih bajet dan bazirkan makanan secara berlebihan (atau lebih baik, korang tak akan membazir langsung).

Bagi yang gunakan khidmat katering, dapatkan info kedatangan pengunjung ke majlis korang.

Kat sini, kita boleh buat bajet dan bahagikan ‘portion’ makanan untuk setiap orang yang hadir.

Kalau ada lebihan makanan juga, tak salah sedekahkan kat mereka yang datang mengunjung. Lagi bagus daripada makanan itu jadi penghuni tong sampah.

Tip tambahan: Boleh juga kalau nak buat konsep ‘potluck’. Lagi jimat dan lebih mesra.

#3: Setia kat senarai barangan yang nak dibeli.

Kalau tak bersedia awal-awal, korang yang kena bersedia jadi mangsa pusat membeli-belah yang rakus nak sedut duit korang.

Dah banyak kali terjadi. Kalau pergi shopping tanpa senarai, tangan kita mudah meraba dan main angkut saja barang yang kita nampak dan suka.

Akhir nanti, diri sendiri terkejut kat jumlah duit yang dah belanjakan.

Kalau malas sangat nak tulis kat kertas, gunakan aplikasi Note dalam smartphone korang pun boleh.

Kalau tak tulis, kita ada potensi untuk berbelanja secara berlebihan. Dan ini jelas tak elok untuk poket korang.

#4: Buat bajet khas untuk sambut perayaan.

‘Khas’ kat sini tak bermaksud ‘sampai habis duit’ ya. Kalau tak, tak ada function Tok kongsikan semua tip ini.

Maksud Tok, kita boleh pelan dan buat bajet yang ‘win-win’. Maknanya, korang dah ketepikan siap-siap duit untuk perbelanjaan selepas musim perayaan.

Kes yang biasa jadi adalah ramai yang sesak sebab tak buat bajet dengan betul. Ini tak termasuk kes yang dah buat, tapi tak ada disiplin nak ikut bajet.

Kalau dah tetapkan (contohnya) RM1,000, tak kira apa situasi sekalipun, kekal setia dengan nombor ini.

Nak lagi selamat? Kira bajet maksimum ini sekali dengan bajet kecemasan.

Dengan cara ini, korang tak akansenang-senang sentuh bajet lain. Sebab dah sediakan bajet perayaan dan bajet kecemasan awal-awal.

Kalau betul-betul terpaksa, baru gunakan bajet lain (tapi beragak tau).

#5: Bezakan antara ‘keperluan’ dan ‘kemahuan’.

Ini ayat Warren Buffet yang Tok percaya boleh kasi kita sentap:

“Kalau berbelanja untuk beli barang yang anda tak perlukan hari ini, anda perlu menjual barang yang anda perlukan pada masa depan.”

Sentiasa ingat golden rule ini, sebab ia boleh selamatkan korang daripada berlebih-lebih. Jawab soalan simpel ini setiap kali nak buat sesuatu keputusan membeli:

“Adakah kita benar-benar perlukan barang ini, atau ini sekadar dorongan nafsu semata-mata?”

Kalau boleh jawab, korang dah pun menang separuh daripada peperangan ini.

Tok tak nafikan. Kita berpotensi tinggi nak keluarkan duit secara berlebihan masa musim perayaan.

Tapi, tak bermakna kita tak boleh nak elak perkara ni. Semoga tip yang Tok kongsikan ini dapat tolong selamatkan duit korang daripada dibazirkan begitu saja.

Raya, raya juga. Tapi beringat-ingat ya. Batang hidung korang yang terkena nanti. Bukan orang lain.

Photo by katrina.alana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *