Adakah korang rasa susah sangat nak simpan duit?
Masih ada segelintir yang sanggup bayar perkara yang tak sepatutnya setiap bulan, selepas duit gaji selamat berlabuh dalam akaun bank.
Ini antara sebab utama yang buatkan kita susah nak menyimpan.
Cuba kaji berapa banyak yang kita keluarkan setiap bulan untuk tanggung barangan isi rumah kita. Korang pasti akan terkejut bila buat benda ini, sebab korang akan dapati banyak pembaziran berlaku tanpa sedar.
Kali ini, Tok nak kongsikan nukilan Carrie Kirby. Supaya kita boleh kurangkan belanja untuk benda yang tak patut, dan mula menyimpan lebih banyak duit selepas ini.
Tok faham. Ramai antara kita yang kaki bola. Lebih-lebih lagi musim EPL tengah masih lagi fresh.
Tapi, kalau korang melanggan Internet pada masa yang sama, korang tak rasa rugi ke?
Ada banyak platfom di Internet yang boleh digunakan untuk layan perlawanan tim bola sepak kegemaran kita. Hanya perlu gunakan bantuan pakcik Google sahaja. Sekarang, kita juga dah boleh gunakan smartphone untuk tengok perlawanan bola.
Cuba korang kaji perkara ini. Berapa lama korang akan duduk depan tevisyen? Kalau dah kira dan agak-agak berbaloi, boleh teruskan bayar langganan itu. Kalau tak, boleh mula fikir untuk potong langganan yang berikan tekanan kepada duit gaji korang.
Bayangkan. Kita boleh jimat lebih RM150++ sebulan untuk perkara ini. Bagi Tok, jumlah ini bukan sedikit. Duit tetap duit. Lebih-lebih lagi dengan situasi mata wang negara kita yang sedang merosot.
Ada beribu produk pencuci yang ada di pasaran sekarang. Namun, banyak yang hanya sekadar menabur janji manis semata-mata (dan harga pula mahal-mahal belaka).
Ada dua produk dalam dunia yang penuh hype ini, yang dipercayai turun-temurun.
Ia adalah soda penaik (baking soda) dan cuka.
Dua produk ini boleh mencuci hampir segala-galanya. Daripada membersih kaunter di dapur, buatkan jamban dan tandas berkilat, mencuci baju dengan lebih bersih, mencuci pinggan mangkuk, sehingga ke membasuh rambut kita. Boleh Google kalau tak percaya.
Sebab dua produk ini wujud di muka bumi ini, Carrie dah bertahun berhenti membeli produk pencuci yang hype di pasaran. Beliau boleh jimat banyak duit, dan tak mustahil korang juga boleh buat perkara yang sama.
Kalau dah ada duit untuk bayar bil, tak ada sebab lain lagi untuk kita bayar lambat.
Tambahan pula, banyak aplikasi reminder di rata-rata smartphone yang boleh kita gunakan sekarang. Kerja kita dah jadi lebih senang. Kenapa pilih untuk bayar penalti yang sepatutnya kita tak perlu bayar?
Kita juga boleh set untuk bayar secara automatik, sejurus dapat duit gaji untuk elakkan terlupa bayar dan kena penalti.
Kalau terpaksa bayar lambat (kalau ada kes yang tak boleh dielakkan), satu panggilan telefon kepada agen yang berkenaan boleh jadi alat penyelamat.
Jika kita ada track record yang bagus dalam membuat bayaran sebelum ini, tak salah untuk demand kalau agen itu nak berikan penalti kepada kita. Ada kemungkinan yang agen itu tak berani nak kenakan tindakan, sebab kita tergolong dalam senarai pelanggan istimewa mereka.
Kita boleh periksa balik segala langganan yang kita buat, daripada majalah dan surat khabar hingga ke servis online. Tak lupa juga yuran seperti keahlian gym atau yang sama waktu dengannya.
Tak perlu terkejut kalau ada yuran atau langganan yang kita dah jarang (atau tak) gunakan, tetapi kita masih bayar selama bertahun-tahun.
Kalau masih gunakan sesuatu produk atau servis, kita boleh kaji dahulu jika ia boleh digantikan ia secara percuma.
Contoh: Kalau kita masih melanggan buku atau majalah setiap bulan, cuba lihat sama ada kita boleh gantikan ia dengan membaca di perpustakaan atau di Internet.
Langganan dan yuran seperti ini agak menelan belanja yang banyak setiap bulan. Kalau kita boleh dapatkan ia secara percuma, kenapa pilih untuk bayar? Kita boleh jimat dengan banyak dan tambah jumlah dalam simpanan kita.
Walaupun ia nampak tak penting berbanding perkara lain seperti di atas ini, ia tetap menjadi perkara yang gunakan duit.
Perkara ini akan cuba sedut seberapa banyak duit yang ada dalam poket korang secara tak sedar.
Yang tinggal di apartment, korang tak perlu risau pasal perkara ini (korang dah boleh jimat banyak untuk ini). Korang boleh fokus kepada perkara lain untuk jimatkan duit.
Ada beberapa cara yang boleh kita gunakan, seperti:
Ada satu lagi strategi yang boleh selamatkan duit kita. Tinggalkan sahaja keratan rumput yang dipotong di halaman kita. Ini boleh jimatkan kos untuk membaja rumput di halaman rumah kita.
Ada banyak perkara lagi yang boleh kita lihat, kaji dan jimatkan. Perkara pertama adalah kenalpasti dahulu perkara yang bocorkan duit kita. Kemudian, kita boleh letak sepenuh fokus untuk selesaikan masalah ini.
Harapan Tok, korang akan mula berjimat-cermat selepas ini dalam hal berbelanja. Korang susah-susah cari duit. Tok yakin yang korang amat menghargai hasil titik peluh korang itu, betul betul?
Kalau nak tambah dan kongsikan tip personal korang, lagi Tok suka. Berikan peluang kepada jari-jemari korang untuk bermaharajalela di bahagian komen bawah ini. And always remember, you guys are hensem and ohsem!
Photo by Tax Credits