PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 tempat menarik di Setiawangsa

Anda seorang food hunter? Sukakan aktiviti lasak? Nak habiskan masa di hujung minggu dengan aktiviti yang menarik? 

Kali ni Tok nak kongsikan tempat – tempat menarik yang anda boleh cuba pergi dan buat aktiviti. Khasnya kali ni adalah bila anda ada di Setiawangsa, semua tempat yang Tok kongsikan ini tak ambil masa yang lama untuk sampai. Hanya perlukan beberapa minit untuk memandu. 

Jadi apa yang tunggu lagi? Jom baca sampai habis. 

Tempat menarik #1 : Bukit Tabur 

Bagi yang jiwa hiking, Bukit Tabur ni memang tidak asing lagi. Dengan kehijauan dan pemandangan yang cantik bila di puncak, ramai yang suka hiking di sini. Namun awas! Disini agak berbahaya untuk beginner. Tambah lagi kalau anda cuba untuk pergi seorang diri. Pastikan anda pergi bersama – sama dengan orang yang dah mahir dengan Bukit Tabur. Anda akan rasai keseronokan hiking di sini. 

HHDvNWe3lFE eqSZM8tBY nIDh gafR0c0LP6d jl S99CUQ8SHOFMvV3GLn43puFu4AX23piZtIvTpjHvEi4CYLlHge3L1UedfyT 1eUr0oZs9LvfZQ4HwNbIMnWO VqCydtcPB

Kalau anda berada di Setiawasangsa ataupun The Valley, anda perlukan 18 minit memandu kereta untuk sampai ke Bukit Tabur. Boleh rancang aktiviti hujung minggu bersama yang tersayang ok?

Bukit Dinding

LbXbU8F97jk8scr zkFQm10jGKo80cMD qsERJN9dFEFr8V1k6r4wk6Zyi8hlGiTCCtixUboDFG

Selain itu juga anda juga boleh luangkan masa di Bukit Dinding. Untuk yang ada di Setiawangsa, sangat dekat untuk anda pergi ke sini. Hanya 14 minit memandu kereta. Di sini sesuai untuk orang yang suka hiking dan juga berbasikal. Pemandangan di sini juga sangat cantik. Nak hilangkan stress anda? Boleh hiking di Bukit Dinding. Tok jamin anda pasti sukakan kehijauan yang anda di sini. 

Tempat #2 : Pasar Malam AU2 Setiawangsa 

QZPx0ofYWThVxC1Q5zQvcAF7ro7wG49FZjAIAuTphfJhmwNucFzb6twrqDJ FqBeamOhmFrAfoLZJTMMuvb bXWo4U98QPHcNlw29WONOzzalHf5aefhvjk9JDNMA2z

Anda suka cari makanan yang best – best? Pasar Malam AU2 Setiawangsa ni adalah salah satu tempat yang anda kena singgah kalau berada di sekitar Setiawangsa. Banyak pilihan makanan dan barang yang anda boleh pilih. Dari The Valley pula anda boleh berjalan kaki je.Hanya 4 minit jalan kaki.  

Harga pula berpatutan. Selamat untuk poket kewangan anda. 

Alamat : Jalan AU 2c, Au 2, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tempat menarik #3 : Fiske Steakhouse

Fiske Steakhouse adalah antara salah satu port makan yang Anda wajib singgah. Selain daripada masakan barat, di sini juga turut menawarkan masakan Melayu. Antara yang patut dicuba adalah asam pedas. Bagi yang sukakan asam pedas, anda boleh cuba sendiri. 

Sumber : Fiske Steakhouse 

Selain tu, boleh cuba chicken chop dan spaghetti bolognese. Korang rasa kepekatan cheese dalam bolognesenya. 

Bagi yang sukakan pemanis mulut, di sini turut menawarkan pelbagai pilihan pemanis mulut. Pelbagai jenis kek yang ada antaranya ialah kek oreo cheese, kek coklat, karamel dan banyak lagi. Yang sukakan kek boleh cuba ok? 

Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (9.00 am – 12.00 am) | Isnin (Tutup)

Untuk yang bakal tinggal di The Valley, anda sangat bertuah kerana jarak untuk ke Fiske Steakhouse ini cuma 900m jika anda memandu kereta. Anda hanya perlukan 2 minit je untuk sampai dan nikmati makanan di sini. Best kan? 

Tempat menarik #4 : AEON AU2 Setiawangsa 

KneSee AE h yfhVODVEnFTrplBxr439mxYDcy2cS J5 k5KEXnP0hCMwhJUAWpqMRqnVr5NdPO82 jclUYpmUZ9lngwylcNJpFpbqijsspaLSkcKTZoVgaVd6Dm0j3V BkGEaiK

Sumber gambar : AEON AU2 Setiawangsa

Anda nak habiskan masa hujung minggu bersama yang tersayang? Boleh singgah ke AEON AU2 Setiawangsa. Di sini ada pelbagai pilihan makanan yang anda boleh cuba seperti Big Apple Donuts, Sushi King, Nandos, Starbucks. Malah, anda juga boleh dapatkan keperluan harian anda contohnya di AEON store, Daiso, Mr DIY. Harga di sini juga berpatutan. Sangat sesuai bagi anda yang inginkan satu tempat yang ada semua benda. Di sini juga panggung wayang yang anda boleh singgah untuk tonton movie yang terbaru dan habiskan bersama yang tersayang.

Bagi yang bakal tinggal di The Valley juga, anda sangat bertuah kerana AEON AU2 Setiawangsa ni hanya 100m daripada The Valley. Boleh singgah bila – bila masa yang anda perlukan. 

Tempat menarik #5 : Setiawangsa Business Centre 

ICxXwt5mZcqSLhxsRegb1iQqLicM9OdjaBDGy40Pdx9SkCPvk1CUtNqR9N66mSFSowGUvw332lgmkjvu5PDdV78UQ94Xurr3JqoPFQ0Z7XEegrCTGeYY bnRO2jaHV7BMcvwuWDu

Sumber gambar : Setiawangsa Business Centre 

Anda terasa rindu nak melepak bersama kawan – kawan anda? Ape tunggu lagi! Jom singgah di Setiawangsa Business Centre. Di sini terdapat kemudahan seperti Kafe & Restoran, pelbagai jenis Bank, Kedai Serbaneka, stesen minyak ,Supermarket, International School dan lain-lain. 

Dari sini juga anda boleh pergi ke The Valley. Hanya perlukan 3 minit pandu kereta. 

Yang sukakan makanan dan aktiviti lasak, boleh cuba pergi tempat – tempat yang Tok bagi ni. Habiskan masa terluang anda dengan aktiviti yang best bersama orang yang tersayang.  

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak anda join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed