PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA
beli-rumah-pertama

Nak beli rumah pertama? Ini 5 syarat wajib yang korang kena lulus dulu

Awal-awal kerja, tak salah kalau nak duduk menyewa. Tapi Tok pasti lambat laun korang akan rasa yang korang kena jugak beli rumah pertama, kan?

Tapi tunggu, duduk dulu. Sebelum nak mula cari rumah, ada beberapa benda yang Tok nak korang tanya diri sendiri dulu. Kalau main langgar je, memang buat naya diri sendiri je nanti.

Antara soalan yang wajib korang jawab adalah :

“Mampu ke aku tanggung komitmen ni setiap bulan, tanpa gagal?”

Kat sini Tok nak korang hadam betul-betul perkongsian simple ni supaya korang lebih bersedia.

#1: Nak beli rumah pertama, tapi takde simpanan?

Ramai yang dah sedia maklum. Rumah bukan satu pembelian yang murah.

Banyak perkara yang kita kena sediakan. Daripada downpayment, hingga ke bayar peguam dan lain-lain lagi kos yang kita kena tanggung.

Paling kurang, kena sediakan dalam 10 hingga ke 15% simpanan daripada harga jualan rumah tu. Insuran semua lagi.

Pendek kata, kalau takde langsung apa-apa simpanan, memang tak lepas nak beli. Tapi tak bermakna impian korang tu dah terkubur ya.

Mulakan simpan duit bermula sekarang. Ada banyak je teknik simpan dan gandakan duit yang boleh kita gunakan. Korang boleh je skrol tip dalam blog ni atau cari kat Internet.

Semua ilmu dah tersedia. Tinggal kita je nak hadam dan mulakan tindakan.

Nota : Nak baca lebih lanjut cara nak simpan duit dengan berkesan? Klik sini sekarang.

beli-rumah-pertama

#2 : Skor kredit anda tak semenggah mana

Skor kredit (CCRIS) yang cun-melecun adalah kunci utama untuk kita lulus loan rumah dengan mudah.

Selagi korang dapat skor “0” je, korang masih ada peluang cerah untuk dapatkan pinjaman. Dan ini part yang paling tricky yang ramai orang kantoi.

Kalau miss bayar hutang sebulan tu, mungkin bank boleh tutup sebelah mata dan approve permohonan korang.

Tapi kalau dah kronik sangat (ada rekod nombor yang lebih besar daripada “1”), memang patut korang risau.

Bank dapat menilai disiplin korang membayar hutang daripada rekod ni. Kalau gagal bagi bukti yang kita ni bukan seorang pembayar hutang yang baik, memang susah bank nak lepaskan loan.

Nota : Nak tahu apa yang bank mahukan, supaya loan rumah dapat lulus dengan mudah? Klik sini sekarang.

#3 : Terlampau banyak hutang kad kredit

Tok yakin korang semua dah tahu dan faham kepentingan DSR untuk dapatkan loan rumah.

Dan peratus maksimum DSR berbeza untuk setiap bank yang ada. Yang ni, korang kena kaji sendiri dan semak dengan pegawai bank sebelum nak apply untuk loan rumah nanti.

Antara yang penting kita kena jaga adalah pastikan credit limit kita tak cecah 70% (limit DSR pun gunakan nombr yang sama ya).

Ini nombor keramat yang korang wajib jaga kalau nak bank luluskan loan.

Selagi tak lupuskan hutang bank yang banyak tu, buat bersabar dulu. Settle-kan segala hutang yang ada dulu, baru fikir nak beli rumah pertama ya.

Nota : Korang nak langsaikan hutang kad kredit? Boleh klik sini dan baca perkongsian ni.

beli-rumah-pertama

#4 : Selalu kantoi bayar hutang pada masanya

Tak baik bersangka buruk kat orang lain. Jadi, Tok bersangka baik kat korang ya.

Tok tahu ramai antara kita ada duit untuk bayar hutang, tapi ramai yang terlupa nak bayar tepat pada waktunya.

Mungkin desakan duniawi makin bertambah kot. Lagi-lagi yang dapat bonus tu. Ya, mohon terasa.

Tak elok ada perangai ni. Kalau suka bayar hutang lambat (atau paling teruk, tak bayar hutang langsung), itu tanda-tanda korang masih lagi tak layak nak beli rumah pertama.

Nanti ada pulak kes bayar ansuran rumah lambat. Lepas tu, salahkan orang lain bila rumah kena tarik dengan bank.

Padahal, diri sendiri yang cari pasal. Siapa suruh?

Nota : Nak settle-kan hutang yang semakin menimbun? Jom baca tip ni sekarang. Klik sini

#5 : Anda masih tak ada kerja yang stabil

Dan tak dapat nak nafikan lagi. Kita juga perlukan aliran pendapatan yang baik sebagai gadai janji kalau nak membeli rumah.

Kalau korang risau pasal pekerjaan sekarang (ada ura-ura syarikat tu nak downsize dan sebagainya), atau pendapatan hanya cukup-cukup makan saja, bermakna korang masih belum layak untuk beli.

Sekarang ni, fokus 100% untuk naikkan pendapatan korang setiap bulan. Berniaga ke, kerja overtime ke, tak kisah. Asalkan sumber rezeki tu halalan toyyiban.

Ingat ya. Matlamat tak pernah menghalalkan cara.

Ansuran rumah adalah yang paling penting kita kena tanggung bila dah beli rumah pertama korang nanti.

Cuba fikirkan, apa yang akan jadi kalau korang tiba-tiba hilang sumber pendapatan ni? Adakah korang masih mampu nak bayar kos bulanan nanti?

Kita wajib fikir dan ambil kira semua perkara yang terlibat. Itu pun kalau korang tak nak susah pada masa depan la.

Tok bukan apa, cuma taknak nanti korang buang karan je nanti bila buat loan, tahu-tahu tak lepas. Lagi teruk kalau loan dah lepas, tapi terciduk pulak nak bayar installment bulan-bulan.

Macam Tok selalu pesan, ukur duit di poket sendiri. Kalau rasa belum mampu, buat cara belum mampu dulu. Tapi dalam masa sama, jangan putus asa untuk tambah income.

Bak kata Metropolitan dulu, jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Tok percaya kalau korang betul nak, korang mesti boleh buat, insyaAllah.

Cakap pasal tambah income, beli rumah ni, Tok nak ajak korang join webinar percuma saudara Faizul Ridzuan ni untuk korang tahu lebih lanjut pasal hartanah.

Bukan tu je, kat sini jugak diorang akan bincang macam mana nak tambah income tau! Korang boleh klik gambar bawah ni untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

beli-rumah-pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *