5 sebab ejen hartanah tak akan hidu bau kejayaan, yang anda tak akan buat (lepas habis baca artikel ini).

Tip kali ini, Tok nak kongsikan khas untuk para ejen hartanah yang hensem.

Sebelum ini, Tok yakin korang selalu baca tip bagaimana nak jadi ejen hartanah yang buat duit bertimbun.

GH Masterclass

Perkongsian kali ini, izinkan Tok kongsi pula sebab-sebab yang boleh buatkan korang gagal sebagai ejen hartanah.

Niat Tok bukan nak patahkan semangat korang. Jauh daripada sudut hati Tok nak buat korang macam itu.

Tok nak kongsi 5 sebab yang ditulis oleh Jared James ini supaya kita semua boleh belajar, dan tak buat perkara ini di masa hadapan. Jom sama-sama kita belajar sekarang.

Sebab #1: Anda sekadar mencuba nasib dalam industri hartanah. 

Ini adalah hakikat. Kalau keluar perkataan “mencuba” daripada mulut (atau sekadar dalam hati) sesiapa sahaja, ia menunjukkan kita tak rela berikan sepenuh komitmen.

Tak perlu terkejut kalau ramai yang akui melibatkan diri dalam bidang hartanah, kerana sekadar melihat kejayaan orang lain dalam bidang ini.

Ramai yang tak tahu. Ejen hartanah yang berjaya hari ini dah banyak habiskan masa untuk:

  • bekerja dengan kuat (ada yang bekerja 7 hari seminggu),
  • laburkan masa untuk mengkaji hartanah yang ada potensi tinggi untuk prospek beli,
  • networking dengan agen lain, pemaju, dan lain-lain syarikat hartanah, atau sebab-sebab yang berkaitan.

Bukan buat kerja sekali, dapat duit bertimbun sekaligus.

Kalau Tok cakap macam ini, korang setuju tak?:

“Ramai orang terlalu fokus kepada result berbanding proses yang diperlukan untuk berjaya.” 

Kalau kita sanggup beri 100% komitmen, tak mustahil kita akan jadi ejen hartanah yang terbaik dari ladang (dan buat duit dengan banyak).

Sebab #2: Anda tak bersedia sepenuhnya. 

Ramai yang berimpian nak jadi ejen hartanah sepenuh masa.

Tapi, ramai juga yang tak bersedia sebelum melangkah masuk ke industri ini secara full-time. 

Jared James kongsikan cerita ini kepada kita semua:

“Semasa saya baru ceburkan diri sebagai agen, saya tak pernah dapat komisyen (yang banyak) untuk tempoh 6 bulan pertama.

Kita akan ambil masa untuk membina hubungan yang baik, mencipta konteks di mata prospek, mencari hartanah yang berpotensi tinggi, dan belajar tentang proses jual beli hartanah.” 

Ayat ini agak pedas. Tapi, kita boleh banyak belajar daripada ayat Jared ini:

“Hartanah bukan bidang yang akan berikan cek (dengan jumlah yang meletup-letup) untuk tempoh 2 minggu selepas bermula.” 

Strategi terbaik adalah dengan bersedia untuk bersusah-payah dahulu.

Kita boleh pastikan duit survival kita cukup untuk tempoh (paling kurang) 6 bulan.

Kalau kita sedang bekerja, kita boleh kumpul duit ini dahulu sebelum nak 100% serius dalam bidang ini sebagai langkah persediaan. Kurangkan perbelanjaan kita juga adalah salah satu strategi yang amat membantu.

Sebab #3: Tak perlu malu untuk dapatkan bantuan (buang ego jauh-jauh). 

Mindset “tak perlukan bantuan orang lain” adalah sebab utama kita susah nak berjaya dalam bidang ini.

Hakikatnya, kita semua perlukan bantuan daripada orang lain. Tak semua perkara kita boleh lakukan seorang diri.

Lebih cepat kita sedar akan perkara ini, lebih mudah untuk kita capai kejayaan dengan lebih cepat.

Mari kita cuba berfikir dengan cara ini:

“Masalah utama kita semua, adalah kita dah tahu cara untuk berjaya. Tapi, itu bukan masalah utama. Masalah sebenar adalah masalah komitmen kita untuk capai matlamat yang kita nak tuju” – Jared James

Korang setuju tak dengan ayat Jared di atas ini?

Ada orang perlukan bantuan mentor untuk berjaya.

Dengan bantuan golongan ini, ia akan buatkan ramai orang lebih mudah nak capai kejayaan.

Selain itu, ia juga bergantung kepada penglibatan kita dalam sesebuah organisasi atau komuniti. Ada banyak kes ejen yang gagal, tak libatkan diri dengan aktiviti sekitar mereka.

Masih ramai yang tak amalkan kaedah ber-networking yang betul. Ini adalah dinding penghalang kita yang sebenar-benarnya.

“Ramai yang lebih selesa buat perkara yang kita sedia tahu nak buat. Tapi tak ramai bersedia nak belajar dan buat perkara yang mereka tak tahu nak buat.” – Jared James

Identiti diri kita sendiri adalah salah satu elemen penting untuk kita berjaya. Ini juga termasuk networking, atau penglibatan kita dengan komuniti sekitar kita.

Kita buat bisnes dengan orang lain. Manusia sesama manusia. Bukan sekadar depan komputer sahaja.

Sebab #4: Anda tak rangka pelan tindakan dengan bersungguh-sungguh. 

Cuba kita bayangkan situasi ini:

“Kita masuk dapur untuk pertama kali. Niat kita nak buat kek lapis (yang kita tak pernah belajar nak buat sebelum ini).”

Rasanya, boleh ke kita nak buat kek itu?

Konsep ini sama untuk mana-mana bisnes yang ada kat muka bumi ini (termasuk sebagai agen hartanah).

Pelan tindakan yang baik amat berkesan bantu kita dalam perkara ini.

Kalau hidup kita ada pelan yang baik, bisnes juga memerlukan perkara yang sama.

Ia sebagai alat bantuan supaya kita tak jauh tersasar daripada matlamat yang kita nak capai.

Pelan adalah sebagai peta yang agar kita jelas dengan setiap tindakan yang kita ambil, untuk capai matlamat yang kita nak tuju. Kalau tak ada peta, boleh jauh tersesat.

Ini adalah strategi yang baik untuk elakkan perkara yang tak baik ini daripada terjadi.

Sebab #5: Anda cepat bosan dan mudah hilang fokus.

Jared akui, kita sedang hidup dalam era yang sangat mudah.

Kita terlampau manja dengan kehadiran teknologi semasa, yang buatkan segala kerja kita bertambah mudah.

Bidang hartanah adalah bidang yang terikat dengan hubungan personal sesama manusia. Telefon bimbit jadi platfom berhubung utama dengan prospek atau pelanggan kita.

Jadi, kita boleh jalankan urusan pasal hartanah dengan telefon bimbit sahaja. Lebih mudah, kan?

Namun, ramai yang kurang sedar akan hal ini.

Ia telah jadikan diri kita biasa untuk berseorangan. Ini adalah sebab utama kita lebih cenderung untuk hilang fokus kepada perkara penting yang perlu kita lakukan.

Cuba lihat perkara ini dalam diri kita:

  • Bila tak periksa atau membalas emel, kita akan buat apa?
  • Lepas kita habis melayan prospek atau pelanggan, kita buat apa?
  • Bila kita tengah tak ada kerja, kita akan buat apa?

Kita boleh kaji balik perkara yang kita lakukan. Kajian ringkas Jared dah membuktikan perkara ini.

Ramai sahaja yang buang banyak masa bermain video games, melayari Internet, berbual dengan kekasih, buka aplikasi smartphone yang baru dimuat turun (sehingga berjam-jam), dan sebagainya.

Strategi yang boleh kita amalkan adalah merangka jadual kerja yang baik.

Kita juga boleh belajar untuk fokuskan energi kita untuk perkara penting yang perlukan perhatian kita, setiap hari.

Jared berikan beberapa tip mudah yang kita semua boleh ikut dan amalkan setiap hari:

  • baca buku untuk kekalkan motivasi bekerja (agar tak bazirkan masa begitu sahaja),
  • cari sistem S.O.P (standard operating procedure) untuk memudahkan kerja kita setiap hari,
  • buat senarai To-Do supaya kerja kita boleh siap dengan lebih mudah dan cepat, dan sebagainya.

Kalau benar-benar ada niat nak capai matlamat yang kita nak, kita akan cepat tersedar kalau kita sedang bazirkan masa begitu sahaja. Setuju?

Tok sentiasa doakan yang terbaik untuk anda semua. 

Dengan izin Allah S.W.T, Tok doakan agar korang tak akan buat apa yang korang dah baca ini pada masa hadapan.

Tok harap ia akan jadikan korang lebih berhati-hati, dan bertindak dengan ilmu agar korang capai matlamat korang dengan lebih cepat.

Korang boleh sentiasa tambah ilmu dan baiki fokus dari masa ke semasa. Tak mustahil korang boleh capai cita-cita murni yang korang dah semat dalam diri itu. Good luck!

Photo by ell brown

5 thoughts on “5 sebab ejen hartanah tak akan hidu bau kejayaan, yang anda tak akan buat (lepas habis baca artikel ini).

  1. tok…saya nak tanya..
    saya baru bekerja dalam badan berkanun.
    saya berminat sangat nak beli rumah di http://www.mudah.my/1stry%20Banting%20Dengkil%20Putrajaya%20Cyber%20Sepang-42251453.htm.
    persoalannya..gaji basic saya rm933.00 tambah elaun..bersih dalam rm1400.00.
    Lepas ke kalau saya nak buat loan rumah. Untuk rumah yang saya minat tu..harga RM260k..agak-agak bulanan berapa komitmen yang saya perlu bayar untuk rumah yang berharga sedemikian ye?
    sekian..maaf tok..saya first time nak jinak2 dengan sektor hartanah ni.

    1. Rm 260,000 bulanan dlm 1,200

      Contoh pengiraan

      Gaji bersih slp tolak epf n sosco 1,800

      Komitment sedia ada dgn bank
      Keta: 500
      Personal loan: 200

      1800-500-200=1100
      1100 x 0.60= 660
      (0.60 adalah fomular biasa yg diguna pakai bank)

      660 tidak boleh lebih utk new komitment
      Dgn kata lain 1,200 sudah melebihi 660.
      Biasanya bank x bagi loan.

Leave a Reply