PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 port makan menarik di Sepang 

Anda ada plan nak pergi ke Sepang namun masih tak tahu nak makan kat mana? Kali ni, Tok nak kongsikan 5 tempat makan menarik di Sepang yang korang boleh singgah. 

Bila sebut je pasal Sepang, mesti Litar Antarabangsa Sepang terbayang di minda kita kan? 

Selain daripada itu, ada tempat makan yang menarik yang kita boleh singgah. 

Harga kat tempat makan yang Tok bakal cadangkan ni pun, berpatutan. Sesuai dengan poket marhen macam kita ni. 

Jom baca artikel ni sampai habis. 

Port makan #1: Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh

Port makan 1 Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh

Kalau anda jenis selera masakan kampung macam Tok, korang wajib singgah di Restoren Nasi Padang Minang Batang Kapeh ini. 

Ada pelbagai lauk-pauk dihidangkan. Yang paling disukai ramai adalah ikan bakar. Ikan bakar di restoran ni cukup sedap. Isi ikannya juicy dan segar. Cicah bersama sambal kicap, memang padu rasanya. 

Selain daripada ikan bakar, anda juga boleh cuba menu ayam bakar, siput sedut masak lemak, dan macam – macam lagi. 

Alamat: Jalan besar, Kampung Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 4 petang

Port makan #2: Full La Mak Cafe

Port makan 2 Full La Mak Cafe

Antara menu yang Tok cadangkan anda cuba bila ada di port makan ni adalah Nasi Goreng Bantal, Nasi Ayam Fullamak, dan Mi Racun. 

Anda jangan takut pula dengar nama Mi Racun. Dijamin tak ada racun pun. Rasanya cukup sedap berpatutan dengan harganya. 

Menu yang Tok sebutkan ini adalah antara yang paling kerap orang order di sini. 

Alamat: 21, Jalan Seroja 6, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengah hari – 12 tengah malam, manakala pada Jumaat dibuka 3 petang – 1 pagi

Port makan #3: Razak Patin Tempoyak

Port makan 3 Razak Patin Tempoyak

Patin tempoyak memang tak asing lagi bila berada di Pahang. Nak cari yang sedap asli macam patin tempoyak di Pahang memang cukup susah. 

Tok berani rekemen port makan ni sebab ia setanding dengan patin tempoyak Pahang. Isi ikan patinnya cukup lembut dan segar. Malah, tiada bau hanyir. 

Gulai tempoyaknya pula pedas dan cukup berlemak. Lebih kaw lagi bila dimakan bersama nasi panas dan juga masakan kampung lain. Fuh, tak cukup sepinggan!

Alamat: No. 14, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 6 petang

Port makan #4: Restoran Perantau

Port makan 4 Restoran Perantau

Kalau anda tercari-cari port makan malam, anda boleh singgah di Restoran Perantau ni. Makanan disini berasaskan masakan tempatan, Thai dan juga Barat. 

Antara menu yang boleh dicuba adalah kerabu megi, tomyam, kerang bakar, daging masak merah, ABC dan macam-macam lagi. 

Alamat: 43, Jalan Bunga Raya 2, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 6.30 pagi – 3 pagi

Port makan #5 : Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar Dan Seafood

Port makan 5 Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar Dan Seafood

Bagi yang singgah mencari port makan ikan bakar dan seafood dengan harga yang berpatutan, inilah port yang anda boleh singgah. 

Terdapat pelbagai menu yang berkonsepkan makanan laut yang korang boleh cuba. Harganya pula amat berbaloi. 

Alamat : AVANI Sepang Goldcoast Resort, lot 980 jalan pantai, 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sepang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (5.30 petang – 1 pagi)

Amacam? Dah dapat idea kat port makan mana nak singgah bila anda ada di Sepang nanti? 

Ini baru lima (5) port makan yang Tok senaraikan. Cukuplah dulu lima (5) port makan. Nanti bagi banyak kang tak terpilih pula. 

Kalau anda ada niat nak singgah port makan yang Tok cadangkan ni, pastikan rancang masa terlebih dahulu sebab ada kemungkinan ramai orang. Tak nak lah dah datang jauh-jauh, restoran penuh. Selamat menjamu selera!

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed