5 perkara tuan rumah kena tahu untuk usir penyewa bermasalah

Proses nak usir penyewa boleh jadi satu kerja yang berat buat seorang tuan rumah. Lagi-lagi kalau jenis yang senang emosional  dan tak ada ketabahan mental.

Kalau mudah kalah dengan pujuk rayu penyewa, pelaburan korang ada potensi untuk hadapi masalah.

Tok nak kongsikan 5 tip Jeniffer Maughan ini, yang korang boleh gunakan untuk usir penyewa yang degil. Semoga ia membantu.

#1: Buat segera tanpa lengahkan masa

Kalau nak ikutkan, tak ada seorang pun nak hadap perkara ini. Tapi bila dah tak ada pilihan lain, kita terpaksa juga buat. Kalau tak, kita sendiri yang pening kepala nanti.

Ada sesetengah tuan rumah yang amalkan kaedah wait and see (tunggu dan lihat), dan menanam harapan supaya penyewa jelaskan sewa yang tertunggak dan berubah. Dan ini adalah masalah biasa yang pelabur baru buat.

Risau dan takut pasti akan cuba meracun fikiran kita. Tapi yang penting adalah cara kita atasi perasaan ini. Lagi lama kita tangguh, lagi susah nak usir. Elakkan tanam harapan palsu kat dalam minda kita sendiri.

Tuan rumah yang bijak akan jalankan proses pengusiran tanpa menangguh banyak masa. Dah sampai tarikh akhir seperti dalam notis? Terus buat tanpa tunggu lagi.

Biasanya yang amalkan sikap suka bertangguh, mereka adalah golongan yang terpaksa hadapi kerugian. Dah banyak kes macam ini terjadi. Takkan kita nak ulang sekali lagi kan?

#2: Amalkan catit setiap perkara

Tak kira daripada notis pengusiran, hingga perbualan antara penyewa dan tuan rumah, pastikan kita rekod semua benda ini dalam satu nota khas.

Dokumentasi untuk segala perkara ini boleh jadi penyelamat si tuan rumah kemudian hari.

Kalau nak menang argumen dengan penyewa, kita kena ada bukti yang kukuh. Kalau tak ada, proses pengusiran akan jadi lebih sukar nak dibuat. Ini belum kira lagi penyewa yang pandai manipulasi orang (yang cakap tak serupa bikin sebab nak lepaskan tekak sendiri).

Selain notis bertulis, kita boleh gunakan sebarang bentuk komunikasi yang berlaku (antara kita dan penyewa) dalam pelbagai medium yang ada. Ini termasuk emel, mesej (kat WhatsApp dan sebagainya), hingga ke perbualan telefon.

Catit dan buat nota ringkas setiap perbualan yang terjadi, sekali dengan masa dan tarikh ia berlaku. Korang boleh gunakan segala bukti ini kat mahkamah nanti (kalau-kalau terjadi kes yang berat).

#3: Ambil tahu segala langkah dan prosedur mengikut undang-undang

Semua negara ada undang-undang tersendiri. Ini termasuk bab hartanah, dan nak usir penyewa pun, ada undang-undang dan prosedur yang kita kena ikut.

Langkah pertama adalah kenal pasti dan fahamkan setiap isi kandungan perkara ini. Bila faham, lagi senang kita nak buat dan ambil tindakan yang sepatutnya.

Tetapkan satu deadline yang munasabah untuk selesaikan perkara ini secepat mungkin. Lagi cepat kita buat, lagi cepat penyewa degil itu dapat diusir dan bagi masalah kat kita.

#4: Dapatkan bantuan peguam yang ohsem

Jelas lagi nyata, peguam adalah pakar dalam bidang undang-undang. Dengan dapatkan bantuan mereka, lebih senang nak jalankan proses pengusiran penyewa tanpa sebarang (atau sikit) masalah.

Kongsikan segala maklumat terkini secara telus dan terperinci dengan peguam yang uruskan proses ini. Tak ada orang yang suka turun naik mahkamah, dan selagi boleh, orang yang keras hati dan kepala pun akan elak perkara ni daripada berlaku.

Strategi yang terbaik adalah gunakan perundangan untuk menepis golongan seperti ini daripada menjadi raja. Kalau terbukti salah, hukuman mahkamah akan jatuh kat penyewa yang bermasalah ini.

#5: Sabar itu separuh daripada iman

Tok tak cakap pula proses ini senang kita nak buat. Yang terbaik, latih diri untuk terus bersabar hadapi dan uruskan penyewa yang perangai tak semenggah ini.

Setiap tuan rumah sentiasa terdedah untuk bertembung dengan golongan ini, dan ia satu perkara yang diluar kawalan kita. Mula-mula nak menyewa, pijak semut pun tak mati. Dah mula menyewa, buat kita pula sakit hati.

Jadi, ajar diri untuk bertabah dan elakkan buat perkara yang tak patut. Tok faham, sabar korang pun ada hadnya. Tapi, lebih baik korang bermain dalam bab undang-undang. Lagi hensem dan efektif gitu.

Dunia ni, macam-macam perangai ada. Nak tak nak, kita kena hadap juga. Sebab kita tak mampu nak elak semua masalah.

Tapi, tak usah korang risau. Itu sebab korang baca segala ilmu dalam blog ini kan? In Shaa Allah, ia dapat membantu korang uruskan segala masalah dengan cemerlang.

Bagi Tok, masalah yang terjadi akan buatkan kita lebih pandai dan matang. Failure is always the best teacher. Setuju?

1 thought on “5 perkara tuan rumah kena tahu untuk usir penyewa bermasalah

  1. Penyewa kami 7 bulan tak bayar sewa
    Macam² alasan diberikan
    End up suami saya beli rantai besi gajah, sita pagar dan pintu depan
    Malam tu jugak penyewa tu lari keluar 😉

Leave a Reply