5 kelebihan unit rumah co-living yang anda wajib tahu

Antara zaman yang ramai orang rindu adalah zaman belajar. Setuju tak?

Sebab apa rindu? Sebab seronok ada kawan-kawan. Habis belajar ada kawan-kawan nak berborak, main game dan macam-macam lagi aktiviti lain yang anda buat dekat hostel atau rumah sewa.

Bila dah mula kerja, merantau ke negeri orang ni, suasana kat rumah sewa tu tak sama macam di universiti dulu. Kalau dapat menyewa sekali dengan kawan okay lah. Tapi kalau sewa bilik dengan orang yang kita tak kenal, memang jarang bertegur. Balik kerja terus masuk bilik.

Anda rindukan suasana komuniti, rindu aktiviti sosial.

Ini Tok nak bagitahu satu konsep baru yang boleh ubat rindu tu. Namanya co-living.

Secara asasnya fungsi co-living fungsi sama dengan dorm di sekolah asrama. Tapi tidaklah berkongsi bilik atau duduk katil dua tingkat. Ada bilik peribadi untuk menjaga privasi.

Dalam artikel ini Tok senaraikan 5 kelebihan co-living yang anda patut tahu.

1. Boleh tahu siapa housemate

Konsep pemilihan housemate co-living sebenarnya sama sahaja dengan rumah biasa tetapi ada sedikit perbezaan. Kalau rumah biasa, anda tidak boleh memilih housemate dan hanya akan tahu siapa housemate sebaik sahaja masuk menyewa.

Bagi co-living pula, anda memang tak boleh memilih housemate tapi anda diberikan option oleh syarikat pengendali untuk mengetahuai siapa housemate sebelum pindah masuk. Jika housemate anda itu boleh membantu anda membina networking, ia sangat bagus. Mungkin anda nak cari housemate yang dalam bidang sama supaya mudah nak bertukar-tukar idea.

2. Hidup dalam komuniti

Unit co-living ini berfungsi seperti dorm di sekolah berasrama. Bermaksud anda akan berinteraksi dengan lebih kerap bersama housemate. Sebagai contoh di satu co-living ni, mereka ada menyediakan fasiliti seperti gelanggang badminton untuk bersukan bersama. Malah mereka juga menganjurkan coffee break setiap minggu dan anda digalakkan untuk berkongsi juadah masakan untuk tingkatkan interaksi.

Secara tidak langsung, komuniti dapat dibentuk dan anda kenal sesama sendiri. Bukan itu sahaja, pembentukan komuniti ini sangat membantu menjaga kesihatan mental anda. Menurut National Health and Morbidity Survey 2019, hampir sejuta rakyat Malaysia mengalami masalah kemurungan. Tiga per empat daripada jumlah itu adalah berasal daripada golongan berumur pertengahan 20an.

Jadi, interaksi bersama housemate di co-living dapat mengurangkan risiko untuk anda mengalami kemurungan.

3. Kelengkapan rumah

Apa yang menarik tentang co-living ni, anda cuma perlu bawa diri, pakaian dan kelengkapan peribadi sahaja untuk menyewa. Malah anda tidak perlu susah hati tentang kelengkapan rumah kerana semua telah disediakan. Bukan itu sahaja, ada juga co-living yang berikan konsol permainan video dan televisyen untuk keselesaan penyewanya.

Tak perlu fikir nak beli perabot rumah, tak perlu pening kepala nak pindah barang. Bayar dan terus duduk.

4. Servis percuma

Bagi mereka yang terlampau sibuk sampai nak sapu debu dekat bilik pun tak ada masa, eloklah anda menyewa di co-living. Ini kerana co-living menawarkan servis pembersihan percuma. Tambah lebih menarik lagi servis yang diberikan setaraf dengan hotel lima bintang, bahkan tandas pun dibersihkan. Anda tak perlu pening kepala untuk luangkan masa bersihkan bilik. Bilik yang bersih juga akan menaikkan mood anda setiap kali bangun bagi.

Bukan itu sahaja, servis maintenance juga diberikan secara percuma oleh unit co-living. Katakanlah lampu di bilik anda rosak, call sahaja maintenance co-living. Anda tak perlu buang duit dan masa untuk betulkan sendiri kerosakkan tersebut.

5. Bil yang murah

Apabila tinggal di unit co-living, anda tidak perlu risau lagi tentang bayaran bil. Sebagai contoh, mereka memberikan bayaran sebanyak RM50 yang merangkumi kipas, lampu, wifi 100mbps, air, gas memasak dan pengering pakaian dalam satu bil sahaja. Paling best sekali, semua tu unlimited.

Bagi pengunaan aircond pula dikira berdasarkan kadar RM0.50 bagi 1 kWh kira-kira tempoh selama 1.5 jam. Setelah kira-kira dibuat, anda hanya perlu membayar RM50+ bagi bil bulanan. Jadi anda tidak perlu risau risiko bil bulanan naik secara tiba-tiba.

Itulah serba sedikit kelebihan jika anda memilih untuk menyewa di co-living berbanding unit yang lain. Kalau anda merasakan ia sesuai dengan bajet anda, ingin lebih banyak interaksi dan rumah yang agak selesa, bolehlah pilih unit co-living.

Tapi masalahnya dekat mana co-living yang wujud di Lembah Klang ni? Wujud ke co – living yang best macam ni?

Jawapannya mestilah ada. Dalam ebook terbaru Gilahartanah ni kami kongsikan macam mana anda boleh duduk kondo mewah fully furnish berkonsepkan co-living secara percuma selama setahun. Malah kami juga kongsikan tips macam mana nak pilih bilik sewa yang betul.

Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]