PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 cara melatih anak tentang pengurusan kewangan

Bab duit ni boleh kata dah jadi perkara wajib dalam kehidupan seharian. Bila kita bayar barangan dekat kedai, keluarkan duit kat ATM atau tengah tengok menu kat kedai makan, anak kita terdedah dengan macam mana duit berfungsi. 

Walaupun kita tak ada lah sampai nak terangkan macam mana saham atau kripto berfungsi dekat anak kita, ada banyak cara yang kita boleh terangkan kepada anak kita tentang pengurusan kewangan. Lama – kelamaan, ilmu ni boleh membantu mereka untuk membuat strategi yang betul dalam uruskan kewangan dan juga membantu mereka menempuh alam dewasa kelak. 

Anda berminat nak ajar anak anda tentang pengurusan kewangan yang betul? Kali ni Tok nak kongsikan 5 cara menguruskan kewangan kepada anak anda. 

Tip #1 : Ajar anak anda tentang duit dan nilai

Sebelum anak anda mula sekolah pun, anda dah boleh main permainan dengan anak anda dan terangkan tentang nilai setiap duit tu. Bila anak anda dah faham tentang duit, anda boleh bermain permainan buka kedai dan tukarkan barang dengan duit. Ajar anak anda untuk beri duit jika mereka inginkan sesuai di kedai anda. Perkenalkan kepada mereka konsep asas perniagaan. 

Anda juga boleh gunakan konsep ini untuk anak anda simpan duit supaya mereka faham kehidupan sebenar. Bila duit yang mereka simpan dah banyak, bawa mereka ke kedai dan beli barang yang mereka inginkan contohnya gula – gula ataupun mainan. 

Tip #2 : Sediakan elaun tetap 

Anda juga boleh tawarkan elaun tetap kepada anak anda. Latih anak anda untuk menghargai duit yang anda beri. Contohnya jika mereka ingin permainan yang mahal harganya. Latih mereka untuk menyimpan dengan meletakkan target membeli permainan tersebut. 

Lama – kelamaan, elaun ni akan mengajar mereka untuk alert dengan berapa yang mereka boleh belanja dan bantu mereka untuk sedar tentang kepentingan simpan dan belanja yang betul.

Tip #3 : Buka akaun simpanan

Banyak bank tawarkan akaun simpanan untuk anak. Anda boleh bawa anak anda ke bank dan buka akaun bersama mereka. Terangkan kepada mereka nilai simpanan dan macam mana mereka boleh kembangkan lagi duit mereka. Terangkan juga kepada konsep compounding kepada mereka supaya mereka boleh faham yang duit mereka boleh beranak dalam jangka masa yang panjang.

Tip #4 : Ajar anak anda untuk membuat perbandingan 

Bila anak makin besar, libatkan mereka bila anda buat perbandingan semasa membeli – belah, terutama sekali bila ianya melibatkan jumlah yang besar. 

Semasa anda berbelanja untuk pembelian harian contohnya bahan makanan, tunjukkan kepada anak anda cara baca tanda harga dan minta mereka kenalpasti yang mana lagi berbaloi untuk dibeli. Ini mengajar mereka untuk jadi pengguna yang bijak. Bukan senang nak dapat duit jadi mestilah bijak berbelanja juga. 

Tip #5 : Jadi role model yang baik untuk pengurusan kewangan

“Anak ibarat kain putih. Yang mencorakkannya adalah ibu bapa.”

Pernah dengar ayat ni? Dalam bab pengurusan kewangan, anak anda ada kemungkinan untuk terikut dengan perangai anda dalam menguruskan kewangan. Kalau anda suka berbelanja dan boros beli itu ini, anak anda bakal jadi sama seperti anda. 

Anda perlulah berhati – hati dengan tindakan anda bila anak anda ada sekali supaya anak anda tak terikut benda yang pelik – pelik. 

Buat bajet, berbelanja dengan betul, dan beritahu kenapa anda buat keputusan untuk beli adalah antara cara yang anda boleh terapkan kepada anak anda. Ilmu pengurusan kewangan yang baik boleh memberi manfaat kepada anak anda, tak kiralah berapa pendapatan mereka nanti. 

Dengan mengajar mereka di usia yang muda, boleh membuatkan mereka bijak kewangan di kemudian hari. 

Kesimpulan

Mulakan langkah mendidik anak anak menjadi bijak dalam menguruskan kewangan bermula daripada sekarang. Anda mungkin takkan nampak perubahan terus. Namun nanti bila anak anda dah besar dan mula faham tentang kewangan, mereka akan berterima kasih kepada anda. 

Apa yang anda buat untuk mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan? Jemput SHARE. Tok nak tahu juga. 

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed