PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Rancang bina 4,300 rumah baru untuk penjawat awam dan rakyat Sarawak

Dua projek perumahan yang diterajui Zecon Bhd akan menyediakan lebih daripada 4,300 rumah untuk penjawat awam dan rakyat Sarawak yang layak apabila siap sepenuhnya.

Projek yang dimaksudkan adalah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan PR1MA.

Projek ini mempunyai aggaran RM1.5 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV), jelas Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Beliau berkata, Zecon Bhd telah mementerai perjanjian dengan PRIMA Development Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh PRIMA Corporation Malaysia pada 15 Ogos lalu untuk bersetuju dengan terma-terma, dan menetapkan parameter terperinci untuk cadangan pembangunan 2,331 unit kediaman rumah dan 386.368 meter persegi ruang komersial di sini.

Beliau turut menambah, projek Zecon akan meletakkan syarikat itu dalam kedudukan yang kukuh untuk menyokong kedua-dua usaha Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri bagi menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat yang berkualiti.

Antara projek lain Zecon yang sedang berjalan

Untuk 2 projek hospital kumpulan Zecon – Hospital Petra Jaya di Kuching dan Hospital Pakar Kanak-Kanak di Cheras, Kuala Lumpur, Zainal berkata, kerja-kerja pembinaan masing-masing sudah siap sebanyak 40% dan 8%.

“Hospital Petra Jaya akan mempunyai 300 katil, manakala Hospital Pakar Kanak-Kanak itu pula mempunyai sebanyak 243 katil,” jelas beliau.

Projek hospital pakar ini dijalankan di bawah inisiatif pembiayaan konsesi swasta, akan menyediakan kumpulan itu dengan modal yang signifikan untuk menguruskan operasi jangka panjang dan perkhidmatan penyelenggaraan apabila siap pada 2018, katanya.

Zainal turut menambah, projek semasa kumpulan itu adalah membina hotel bernilai RM200 juta, juga pangsapuri dan pembangunan komersial bagi sebidang tanah di Skudai, Johor.

Zecon sebelum ini telah menandatangani perjanjian sublease dengan Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Bhd untuk membangunkan hartanah itu.

Mengenai pakej kerja untuk Lebuhraya Pan Borneo yang bernilai RM1.46 bilion yang dianugerahkan kepada Zecon pada awal tahun ini, Zainal berkata, kerja-kerja telah dimulakan dan dijadualkan siap pada 2020.

Pakej ini melibatkan 75KM jalan dari bulatan Serian ke persimpangan Pantu di selatan Sarawak.


[Sumber berita asal: Star Property]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *