4 teknik power tambah duit simpanan ketika COVID19

| |

Tok risau bila dapat tahu ada antara korang terkesan dengan penularan coronavirus ni. Dibuang kerja, gaji kena potong, dan cuti tanpa gaji.

Tok harap segala perkongsian Tok mampu membantu korang sedikit sebanyak di waktu krisis ni. Sekurang-kurangnya korang dapat idea yang boleh buat terus.

Tok akan pastikan Tok bagi yang terbaik untuk korang semua #KitaJagaKita

Kali ni Tok nak kongsikan kenapa dan macam mana nak tambah cash.

Ilmu power ni Tok dapat daripada Tuan Faizul Ridzuan ni. Jemput hadamkan laju-laju.

TSUNAMI IS COMING.

Khas untuk founder SME, dan mereka yang dalam T20, M40, dan B40. Simpan cash, lots of it!

Bulan Februari lalu ( waktu kerajaan lama lagi), kami dah ramalkan yang Malaysia dan dunia bakal ada recession disebabkan pandemik Covid 19. Minggu ni, IMF dah declare kita sedang ada global recession. Bila ada recession, lebih bagus kalau kita ada standby cash sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku.

5 sebab kenapa kena standby cash

1. Standby cash kalau kita hilang pekerjaan atau bisnes kita jatuh.
2. Kita boleh tidur lena sikit kalau tak perlu risau pasal duit untuk keluarga kita makan semua.
3. Bantu orang lain yang jauh lebih susah dari kita. Kalau kita pun sangkut macam mana nak tolong orang lain?
4. Pelaburan – Last recesssion saya buat RM4-5 Juta. Semua krisis besar juga akan bawa banyak peluang besar. Sapa yang dah bersedia, akan ada peluang besar depan mata.
5. Peluang baru untuk mulakan career atau bisnes baru. Modal mungkin nak kena ada ye tak?

4 teknik power untuk tambahkan cash

Teknik #1 : Moratorium bank

Loan moratorium 6 bulan tak perlu bayar. Simpan cash tu tak payah berlagak kaya sekarang nak bayar sebab takut nak kena bayar interest 4%.

Teknik #2 : EPF akaun 2

EPF account 2 – Korang ada 3 cara untuk keluarkan duit dari EPF hari ni. Layan video saya jelaskan panjang panjang macam mana nak buat. Salah satu cara adalah korang boleh bawa keluar maksimum RM500 daripada KWSP setiap bulan untuk pengeluaran i-Lestari KWSP.

Teknik #3 : Refinance hartanah yang ada

Refinance atau remorgage semula property yang ada supaya boleh ada lebihan cash dan dapat loan lebih murah dari loan asal. Buat sebelum gaji kena potong atau kena buang kerja. Bila takde kerja atau gaji kena potong, bank mmg tak mau pandang kita. Buat benda sebelum kita betul betul perlukan duit, sebab waktu kita terdesak memang bank tak mau layan.

Teknik #4 : Buat loan, orang lain bayarkan

Teknik paling power – Pinjam beratus ribu tapi orang lain tolong bayarkan. Saya jelaskan panjang panjang semalam dalam webinar semalam. Pergi tengok sebelum kita delete video mahal ni.

Hari ni kita sibuk gaduh pasal Doraemon, Itik, SME, semua but honestly masalah besar tsunami ni jauh lebih serious. Tapi Tsunami recession yang bakal datang ni real, dan siapa yang bersedia boleh gandakan duit mereka dalam 12 bulan. Yang tak bersedia pasti jatuh terduduk.

Saya sendiri target nak dapat bungalow free dan supercar sebijik this round dalam masa 24 bulan. Last peluang macam ni ada adalah tahun 2009.

Take care and stay strong everyone. Tok doakan korang kuat semasa hadapi waktu getir ni. 

Ps : Korang nak belajar ilmu kewangan dan hartanah secara PERCUMA? Tok nak jemput korang join Group Facebook Tuan Faizul Ridzuan ni. Tak perlu bayar apa-apa.

KLIK SINI ATAU KLIK GAMBAR DI BAWAH

Previous

Cara – cara memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Moratorium automatik khas oleh bank selama 6 bulan bermula 1 April 2020

Next