PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Lelaki ini stress tak dapat jual rumah. Tapi lepas guna 4 strategi ini…

Tengah pening kepala sebab takde orang nak beli rumah korang?

Nak jual rumah bukan satu kerja yang mudah. Bukan macam jual barangan runcit kat kedai. Macam-macam benda yang korang kena kaji dan buat.

Dan yang paling pening, korang kena fikirkan strategi untuk jual rumah tu cepat-cepat.

Buat korang yang pertama kali nak menjual rumah, korang pasti suka baca apa yang Tok kongsikan hari ni.

Tok baca tip ni dekat blog PropertyGuru, dan Tok yakin korang boleh jual rumah tanpa ambil  banyak masa bila gunakan tip-tip power ni.

Strategi #1 : Dapatkan bantuan ejen hartanah yang berpengalaman

Tip ni amat bagus untuk korang yang takde pengalaman menjual rumah sebelum ni.

Kita boleh dapatkan bantuan ejen hartanah yang berpengalaman. Mereka akan bantu kita dari sudut pemasaran dan kerja-kerja lain yang terlibat.

Dan paling best, mereka jugak boleh bantu korang untuk dapatkan tawaran pembelian yang terbaik.

Untuk elakkan sebarang masalah, dapatkan bantuan ejen hartanah yang ada track record yang baik. Dan sebelum apa-apa hal, periksa dulu ejen tu bernaung di agensi yang berdaftar secara sah.

Ini soalan yang biasa ditanya oleh mereka yang nak jual rumah :

“Adakah lebih baik dapatkan bantuan daripada seorang, atau ramai ejen?”

Ia bergantung kepada matlamat kita. Kalau kita nak jual rumah dalam masa yang singkat, boleh je kalau korang nak dapatkan bantuan ramai ejen.

Ini akan bantu korang jual rumah dengan lebih cepat. Cuma kalau gunakan bantuan ramai ejen, susah jugak nak uruskan prospek kalau 2 – 3 ejen bawak bakal pembeli pada hari yang sama.

Lebih-lebih lagi kalau korang jenis yang sibuk dan tak banyak masa. Lebih baik lagi korang lantik ejen hartanah yang bagus, dan bagi mereka exclusive agency.

Strategi #2 : Tarik perhatian prospek dengan harga yang menarik

Langkah pertama yang baik untuk buat perkara ni, adalah dengan dapatkan bantuan penilai hartanah (property valuer).

Mereka adalah key person untuk bantu kita letakkan harga rumah yang terbaik.

Ada macam-macam faktor yang mempengaruhi harga rumah korang, seperti :

  • Status tanah yang korang nak jual tu (sama ada freehold atau leasehold),
  • Kemudahan yang ada di sekitar kawasan rumah (ada LRT, MRT, KTM, atau lain-lain),
  • Keadaan industri di kawasan rumah, atau lain-lain faktor yang terlibat.

Korang jugak boleh periksa harga rumah lain kat kawasan yang sama.

Kat sini, korang boleh dapat buat perbandingan, dan letakkan harga yang baik berdasarkan indikator yang ada, tanpa memudaratkan harga pasaran semasa.

Lebih baik letakkan harga rumah lepas korang dah buat kajian tentang harga pasaran semasa. Melainkan kalau rumah tu dah renovate, dan dalam keadaan tip top.

Tok nasihatkan awal-awal. Elakkan letak harga yang kurang siuman semata-mata nak dapatkan untung lebih. Harga adalah satu perkara yang Tok berani kata, sangat sensitif.

Kalau tak, jangan marah kalau prospek berbelah bagi nak beli dan akhirnya, cancel beli sebab mereka dapat tawaran yang lebih baik daripada korang punya.

Dan kalau korang malas nak buat semua ni, boleh je tanya dan dapatkan bantuan ejen yang korang lantik. Mereka memang biasa berurusan dengan valuer.

Strategi #3 : 4 strategi power untuk anda jual rumah cepat-cepat

Ada 4 perkara yang wajib korang belajar kalau nak menjual sesuatu :

A) Bagi 100% perhatian kat strategi pemasaran 

Korang nak ramai orang tau, yang korang ada rumah yang nak dijual, kan? Macam mana orang ramai nak tau kalau korang tak hebahkan betul-betul.

Kita boleh kaji setiap strategi untuk hebahkan kepada prospek yang berpotensi tentang ini. Ia tak terbatas, asalkan cara yang korang gunakan mengikut tatacara yang baik.

Sebagai contoh, korang boleh gunakan beberapa strategi yang Tok kongsikan kat bawah ni :

  • Letak signboard kat depan rumah yang korang nak jual, supaya prospek boleh terus hubungi korang (atau ejen),
  • Iklankan kat setiap medium yang ada seperti surat khabar, atau kat web hartanah seperti iProperty dan sebagainya,
  • Gunakan Facebook atau media sosial yang lain untuk iklankan rumah yang nak dijual, atau sebagainya.

B) Naikkan nafsu bakal pembeli

Tak ramai yang nak beli rumah yang tak dijaga atau diurus dengan baik. Melainkan, pembeli tu setuju untuk tanggung kos baik pulih lepas beli rumah tu.

Strategi terbaik adalah menjaga rumah yang nak dijual dengan baik, supaya dapat menarik minat prospek.

Ini adalah jalan paling selamat untuk kawal tanggapan (impression) bakal pembeli.

Sebelum letakkan papan tanda (untuk jual rumah), luangkan sedikit masa atau upah orang untuk cat balik rumah kita, dan betulkan segala benda yang dah rosak dalam rumah tu.

Korang jugak boleh periksa seperti atap, dinding dalam rumah, siling, atau palam (plug) eletrik yang dah barai tu.

C) Elak tanggung kos yang tak perlu

Ramai yang buat kesilapan ini.

Tak bermakna kalau korang laburkan kos yang banyak untuk renovation, korang confirm akan dapat pulangan yang sepatutnya (untuk tanggung balik kos yang dah dikeluarkan).

Ini sebab ramai pembeli lebih tertumpu untuk beli rumah terlebih dulu, dan akan buat renovation mengikut idea dan kemampuan mereka sendiri.

Tak ramai yang rela labur duit lebih untuk beli rumah yang dah siap renovate.

Strategi terbaik adalah ubah suai apa yang perlu je. Dan sila bagi perhatian kat kos yang ditanggung. Jangan sekali-kali tanggung kos renovation yang berlebihan, tapi langsung tak naikkan nilai rumah yang korang nak jual.

D) Guna strategi lain selain hard sell

Pendek kata, strategi ni tak berapa sesuai kita gunakan untuk menjual rumah. Ini dah banyak kali terbukti.

Tambahan pulak, strategi ni seperti memaksa prospek untuk membeli daripada kita. Macam la mereka (prospek) takde pilihan lain selain rumah kita tu.

Selain tu jugak, korang akan nampak macam terdesak untuk dapatkan duit. Prospek boleh gunakan elemen ini untuk nego harga yang lebih rendah, berbanding harga yang korang dah tetapkan.

Cara paling mudah adalah, bagi masa kepada prospek untuk nilai dulu rumah kita tu.

Bagi mereka tengok dulu kawasan sekeliling, keadaan rumah, dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Takde siapa yang nak rasa rugi bila dah beli sebiji rumah. Korang pun sama, kan?

Berikan sedikit masa kepada prospek untuk menilai, dan elakkan sebarang elemen paksaan dalam proses ini. Kalau korang, suka ke kena push untuk beli rumah cepat-cepat?

Strategi #4 : Jemput prospek lawat rumah yang anda nak jual

Ada 2 strategi yang boleh kita gunakan. Dan setiap satu strategi ini, ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri :

A) Buat rumah terbuka  (open house) untuk prospek

Dengan cara ini, semua prospek boleh melawat rumah kita dalam satu masa yang sama.

Kita boleh jimat banyak masa dan tenaga berbanding buat lawatan secara personal kepada pembeli yang berpotensi.

Cuma, ia sesuai digunakan kalau rumah kita dijaga dengan rapi dan mampu berikan tanggapan yang baik (untuk satu jangka masa panjang) kat setiap prospek yang datang melawat.

B) Lawatan secara one-on-one

Strategi ni adalah yang paling biasa dan ramai gunakan kat negara ni.

Setiap prospek akan dapat sentuhan personal tentang rumah yang nak dibeli. Dengan syarat korang buat strategi ni dengan baik.

Setiap pelawat akan ada peluang untuk tanya pelbagai soalan sepanjang lawatan mereka, dan ni akan tinggikan peluang untuk korang jual rumah tu.

Walaupun strategi ini berikan banyak kelebihan, ia jugak tak lari daripada kekurangan.

Dan dah tentu strategi ni akan gunakan banyak masa korang (dan juga ejen). Kalau korang mampu uruskan masa secara efektif dan efisyen, takde masalah nak buat semua ni.

Tok tak cakap korang confirm boleh jual rumah cepat-cepat lepas dah gunakan semua strategi ni. Dah tentu semua ni bergantung kat rezeki korang.

Yang penting, korang perlu berusaha untuk mencari ilmu yang boleh jauhkan korang daripada kerugian.

Pesan Tok, sentiasa terus-menerus tambah koleksi ilmu menjual. Tentu ini akan banyak membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *