Tok cukup suka bertandang kat Facebook Tuan Harith Faisal dan rakan-rakan seperjuangan. Cukup banyak ilmu pelaburan hartanah yang ohsem untuk pelabur baru baca.
Ilmu pelaburan lain pun turut sama dibogelkan kat sini. Tinggal nak hadamkan dan mulakan tindakan saja. Tok harap lebih ramai yang dah mula celikkan mata tentang dunia pelaburan untuk menjamin masa depan.
Bagi yang masih buntu nak dapatkan duit membeli rumah pertama, elok baca perkongsian ini.
Secara asas, kita perlu sediakan 15% daripada harga jualan rumah sebagai modal pendahuluan.
Ini ada satu contoh mudah. Untuk membeli rumah kat pasaran subsale (rumah secondhand) yang berharga RM100,000, kita kena sediakan sekurang-kurangnya RM15,000.
Senang kan? Tak perlu gunakan rumus kalkulus atau sebarang formula matematik yang lain (yang Tok sendiri pun kurang tahu).
Jumlah 15% ini termasuk:
Kita boleh saja tambah lagi 5% kat dalam jumlah ini, sebagai persediaan kalau-kalau rumah itu perlukan pengubahsuaian.
Dan ramai yang kecundang kat sini. Logik untuk kita katakan, tak senang nak kumpul jumlah sebanyak ini. Dah tentu ia bukan satu kerja yang mudah, kan?
Kalau tak ada matlamat yang jelas beserta semangat yang jitu, tiap kali hujung tahun, tabung deposit rumah ada potensi bocor dek penangan YES (Year End Sale). Setuju?
Tapi, tak bermakna matlamat ini mustahil untuk kita capai. Itu sebab korang baca artikel ini sekarang, kan?
Mula-mula, sentiasa tetapkan dalam minda kita perkara ini:
“Misi aku adalah untuk dapatkan RM15,000 sebagai down-payment rumah pertama”.
Okay. Dah selesai tetapkan fokus kita? Jom kita baca 4 cara untuk mencapai matlamat ini sekarang:
Katakan, untuk tempoh 1 bulan, kita mampu menyimpan RM1,000 daripada gaji kita.
Bila buat kira-kira, kita hanya perlu menyimpan selama 15 bulan berturut-turut untuk cukupkan jumlah ini. Bermakna, kita hanya perlu bersabar untuk tempoh 1 tahun 3 bulan saja.
Dan tempoh ini akan makin meningkat kalau kita mampu menyimpan lebih rendah daripada jumlah ini. Katakan, kita hanya boleh simpan RM500 saja setiap bulan. Jadi, ia akan makan masa selama 30 bulan (2 tahun 6 bulan).
Lagi sikit, lagi lama jumlah masa yang kita kena tempuh. Kalau korang, sanggup ke? Kalau boleh, mesti kita nak cepat-cepat capai jumlah RM15,000 itu kan?
Tapi, nak tak nak, kita kena hadap juga sebab masa juga adalah modal utama. Kalau tak sabar, sampai ke sudah kita tak akan dapat kumpul duit nak bayar deposit rumah.
Kita boleh juga gunakan sebarang medium yang ada untuk maksimumkan simpanan, contohnya ASB Financing-i, Tabung Haji, Unit Trust, pelaburan emas, atau lain-lain.
Kalau kita berasal dari keluarga yang kaya-raya, boleh cuba pinjam kat ayah bonda, atau adik-beradik yang banyak duit.
Selagi boleh, elakkan meminjam kat orang luar. Sebab kalau apa-apa perkara buruk terjadi, susah kita nak uruskan. Lagipun, keluarga terdiri daripada orang yang boleh kita percayai.
Ada kelebihan ni? Boleh pinjam RM15,000 kat mereka. Kalau rasa tak nak susahkan mereka dengan minta duit sekaligus, boleh pinjam RM3,000 daripada 5 orang ahli keluarga. At least, tak adalah kita minta pinjam duit sedebuk.
Dan bila dah dapat duit itu balik, terus langsaikan segala hutang. Jadikan perkara ini satu keutamaan berbanding perkara lain ya. Tak elok tangguh hutang lama-lama.
Ya. Ini salah satu cara yang boleh kita gunakan.
Simpanan dalam KWSP Akaun 2 boleh kita keluarkan untuk jelaskan bayaran deposit rumah pertama. Jadi, tak usah bermasam muka. Sebab impian untuk membeli rumah pertama boleh jadi nyata dengan cara ini.
Kita boleh rujuk laman web KWSP untuk dapatkan maklumat lanjut (klik sini). Ingat ya, ini hanya boleh kita buat dengan KWSP Akaun 2 saja.
Nak ikutkan, dalam banyak-banyak cara kat atas, ini adalah cara paling ekstrim yang boleh kita buat.
Tapi, cara ini memang tak digalakkan untuk kita buat. Selagi boleh, elakkan buat hutang atas hutang lain yang kita buat. It is a big NO!
Sebab takut nanti aliran tunai (cashflow) jadi negatif pula. Tak pun, pinjaman peribadi lepas, tapi pinjaman perumahan pula yang sangkut.
Ini cuma sekadar pendapat peribadi saja. Mungkin ia betul, dan ada kemungkinan ia salah.
Paling elok, rajinkan diri buat kira-kira. Baru kita jelas dan tahu sama ada tindakan itu berikan untung kat kita atau sebaliknya.
—
Pesanan ikhlas Tok, elakkan ambil bulat-bulat buah fikiran orang tanpa berfikir dan timbang balik terlebih dulu. Sebab akhirnya, duit korang sendiri yang akan jadi mangsa. Bukan duit orang lain.
Tak salah ringankan mulut bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman. Ada masa, rajinkan diri hadir ke seminar atau kelas supaya kita jelas dan tahu apa yang kita patut buat.
Tak usah kedekut keluarkan modal untuk dapatkan ilmu yang bermanfaat. Korang nak beli rumah yang harga beratus ribu tau. Mana yang korang pilih? Bakal rugi pasal tak bersedia dengan ilmu, atau menuntut dulu baru mulakan tindakan?
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]
Winzton Gunawan says:
saya nak pinjam duit
Junainah binti Abdul Halim says:
Asalamualaikum tok Sy nk beli rumah Sy x cukup rm50k MCM apa perlu Sy buat Sy da cuba simpan sampai rm100 k sahaja.sy nk grab rumah tu cepat risau Org lain ambik