PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Fresh graduate, baca 30 pesanan padu pelabur hartanah ini

“Dah penat belajar untuk dapatkan diploma atau degree, takkan tak boleh nak layan nafsu walaupun sikit?”

Bukan tak boleh.

Tapi kalau dari mula lagi dah biasakan diri tak menyimpan, takut perangai tu dah terlampau sebati dengan diri bila tiba masa depan.

Lebih baik korang mulakan awal-awal. Lebih mudah nak buat. Lagipun bila habis belajar nanti, duit confirm dah tersedia ada.

Ubah mentaliti sempit tu lepas baca pesanan Tuan Harith Faisal ini. Tok percaya, korang boleh buat!

Mula cari ‘duit tepi’ masa tengah study

1) Pointer kat universiti memang bukan penentu gaji korang berapa. Tapi, kalau pointer bagus, mak bapak korang akan happy gila.

2) Sebelum habis belajar, dah boleh mula cari side income untuk masukkan dalam tabung kahwin atau tabung untuk modal beli rumah.

3) Duit PTPTN, jangan korang habiskan. Saya galakkan masuk UiTM. Sebab yurannya murah. Universiti lain jangan jeles ya.

4) Yang dapat biasiswa pulak, biasanya dapat lebih banyak daripada PTPTN. Jadi, sepatutnya mesti boleh simpan lebih banyak, kan?

5) Masa belajar bukan masa untuk kau bercinta. Buat habis duit PTPTN saja. Yang untung, perempuan. Yang sengkek, korang.

6) Buat dana kecemasan sebelum habis belajar. Katakan gaji fresh graduate RM1,500. Korang kena simpan 6 kali ganda, RM9,000.

7) Sebaiknya simpan kat Tabung Haji dan ASB. Paling kurang, dapat bonus dan dividen tinggi. Korang simpan dalam akaun bank, rugi.

Simpanan, buat bayar hutang dan beli rumah pertama?

8) Mula hantar resume dan cari kerja beberapa bulan sebelum korang habis belajar. Tak payah nak buang duit berjalan ke Krabi atau Korea.

9) Bayar PTPTN, jangan mengelat. Pasal tu kena cari kerja cepat. Sebab korang dah kena bayar lepas 12 bulan pengajian tamat.

10) Untung korang yang buat side income sejak masih belajar, korang boleh buat simpanan cepat. Tak perlu tunggu dapat kerja.

11) Nanti bila dapat kerja, cukup 6 payslip kau kumpul, dah boleh beli rumah pertama. Modal? Kan korang dah kumpul awal-awal tadi.

12) Masa belajar dulu, korang kan dah ada motor seketul yang bapak belikan. Korang pakai tu dulu. Kereta tu, korang tak perlukan dulu.

13) Fokus bina tabung kecemasan, tabung modal rumah, dan tabung kahwin dulu. Beberapa bulan sebelum kahwin, korang angkat la kereta sebijik.

14) Korang jangan lurus bendul sangat. Kalau korang nak kahwin awal-awal pun, boleh je. Tak salah pun. Tapi belanja bulanan jadi tinggi sikit la.

Rezeki banyak masuk lepas kahwin

15) Sebelum kahwin, korang boleh lagi duduk bilik berkongsi. Tapi, selepas dah kahwin, mesti kena sewa satu rumah terus nanti.

16) Sebelum kahwin, tak kisah merempit naik motor saja ke sana sini. Selepas kahwin, paling kurang kena ada kereta sebijik.

17) Sebelum kahwin, korang ada satu kampung saja. Selepas kahwin, korang ada dua kampung. Satu kampung kau, satu kampung bini.

18) Bagus kahwin awal, tapi kena rancang betul betul. Lepas kahwin, rezeki banyak masuk. Perlu usaha, segala kerja korang kena sauk.

19) Abang tak ada apa nak tegur. Yang kat atas tu hanya pesanan saja. “Tegur” bunyi macam bagus sangat. “Pesan” bunyi lebih murni.

20) Abang nak pesan lagi. Si bujang wajib simpan 30% hingga 50% gaji. Zaman sekarang, perlu buat side income walau dah ada gaji hakiki.

21) Jangan malu pakai motor. Orang kutuk, korang tolak ke tepi. Kawan korang pakai kereta, tapi hujung bulan tak happy tengok baki gaji.

Bukan manja. Cuma tak jumpa cara

22) Yang lelaki, beli rumah sebelum kahwin supaya nampak berharta, bijak kewangan. Tak puas beli satu, beli la sampai jadi jutawan.

23) Yang perempuan, beli la rumah sebelum dinikahkan. Supaya rasa lebih selamat dan pastinya lebih terjamin masa depan.

24) Nak beli rumah? Kalau gaji korang RM1,500 dan korang rasa tak cukup, cari la side income yang berpenyata supaya bank pandang.

25) Tak ada cara lain. Nak berjimat, dah jimat habis. Memang kena cari side income. Iya, memang tak senang kalau nak senang.

26) Anak muda bukan manja, tapi tak jumpa cara. Anak muda bukan suka mengeluh, tapi tak tahu jalan mana nak disuluh.

27) Mulakan dengan baca buku urus kewangan dan hartanah. Jangan baca novel fantasi, cintan cintun, sweet nak mati.

28) Mulakan follow rapat Facebook dan page yang selalu cerita pasal kewangan dan hartanah. Semuanya FREE. Nak follow saya pun boleh. Facebook saya ada ciri-ciri tu. Eh!

“Aku rela kena kecam. Asalkan anak muda jadi bijak”

29) Dah banyak yang saya bebelkan kat sini. Sekadar cuma teringin nak tengok anak muda kita jadi bijak, kuat, kaya, dan berdikari.

30) Korang nak ikut pesanan ni, silakan. Korang nak kecam pun, silakan. Abang dah biasa kena kecam dik. Abang rela, asalkan anak muda jadi bijak.

Rasa macam poyo pulak. Haha! – HF

Tok yakin, korang semua dah tahu. Masa bukan kawan baik kita. Yang dah berlalu, tak mungkin dapat kita tebus balik.

Jadi, pergunakan segala usia dengan baik. Supaya masa depan kewangan korang, susah nak tersepit.

Jemput SHARE kat kawan-kawan korang yang tengah study tu. Biar lebih ramai ada kesedaran untuk menyimpan seawal mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *