PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

3 tip tundukkan masalah berbelanja ikut emosi

Kos tol, pengangkutan awam, serta lain-lain semakin meningkat naik. Pendek kata, ramai semakin tertekan sebab kos taraf hidup yang semakin tinggi.

Tapi, ramai yang masih amalkan sikap berbelanja ikut emosi. Dan ini jelas tak baik sebab ia berpotensi buatkan kewangan kita bocor teruk.

Tapi tak apa. Tok tahu korang tengah cari tip dan strategi untuk elakkan diri berbelanja ikut emosi. Tok nak kongsi 3 tip ini khas untuk korang.

Tok baca tip ini kat blog Investopedia hasil nukilan Amy Fontinelle, dan Tok rasa ini antara tip terbaik yang boleh korang amalkan.

Selamat menghadam ilmu bermanfaat ini.

Tip #1: Beri perhatian kat pembelian tidak dirancang

Atau impulse purchases (dalam English).

Pembelian yang tak dirancang adalah tindakan yang berpotensi koyakkan dompet korang.

Amalkan beri tumpuan kat perasaan ‘barang kita masih tak cukup’. Sewaktu kita kat dalam kompleks membeli-belah, atau sekadar beli barangan dapur.

Kalau ada perasaan ini, baik tak usah beli barang itu.

Ambil masa kurang-kurang 24 jam dan fikirkan balik perasaan itu. Dan jawab soalan ini:

1) Adakah barang itu perlu kita beli dan gunakan?

2) Adakah ia berbaloi?

3) Adakah ia akan buat kita lari bajet bulan ini?

Nota Tambahan: Boleh saja rangka soalan lain yang persoalkan setiap keputusan membeli barang itu. Ini boleh bantu korang fikir betul-betul sebelum bertindak buat keputusan membeli.

Atau, korang boleh gunakan strategi ‘nota ringkas’.

Tulis barang-barang yang korang nak beli, dan tumpukan sepenuh fokus kat setiap perkataan yang ada kat nota tu. Boleh juga gunakan aplikasi kat smartphone sebab ia lebih mudah.

Ini buatkan kita jelas dengan setiap barang yang kita akan beli.  Ia jalan yang terbaik untuk elakkan pembelian impuls terjadi, dan tak akan ganggu bajet yang kita dah buat.

Tip #2: Kurang dedahkan diri kat iklan

Agak sukar nak buat tip ini. Setiap hari, kita akan lihat pelbagai jenis iklan daripada segala medium yang ada. Tak kira online atau offline.

Dan yang paling merbahaya, iklan atau barangan yang bermain dalam minda kita. Ini salahs atu faktor yang naikkan nafsu nak belli sesuatu barang.

Kalau tak melayan bayangan dalam minda kita, lebih tinggi potensi untuk kurangkan nafsu membeli.

Kemaskini inbox emel dengan unsubscribe segala emel berkaitan diskaun dan promosi yang dihantar jenama kesayangan korang.

Boleh juga gunakan aplikasi ads blocker. Ini juga boleh membantu.

Beri perhatian kat tawaran kad kredit yang korang dapat. Ramai yang kecundang lepas lihat tawaran seperti ni. Dapat saja surat seperti ini, simpan kat tempat yang tersorok supaya kita terlupa.

Kat radio pula, pasang CD atau MP3. Baik dengar lagu atau podcast kegemaran korang sambil mengelak dengar iklan kat radio.

Tip #3: Latih diri bertanggungjawab dalam bab kewangan

Kalau selalu layan emosi membeli, sampai ke sudah tak akan hilang tabiat itu.

Kita boleh ubah masalah ini dengan mula amalkan sikap bertanggung-jawab kat setiap keputusan membeli.

Orang yang paling rapat dalam hidup kita boleh membantu.

Bagitahu mereka yang kita tengah nak ubah sikap boros dan mula berbelanja dengan lebih cermat. Mereka boleh tegur kalau nampak kita sakan membeli-belah.

Bagus juga kalau korang sediakan satu senarai prioriti kewangan dan letak kat tempat yang korang boleh nampak dan baca (sebagai langkah ingatkan kat diri sendiri).

Tampal kat peti ais, cermin kat bilik air, atau lain-lain tempat yang jelas kat mata korang.

Sticky note juga boleh kita gunakan sebagai nota kecil dalam dompet. Lekatkan nota ini kat duit kertas. Setiap kali keluarkan duit dalam dompet, baca nota ini untuk ingatkan diri sendiri.

Matlamat yang kita nak capai bukanlah nak buat kita tak berbelanja langsung. Selagi pembelian itu masih ada manfaat, ia tak salah untuk kita buat.

Sebenarnya, kita nak sentiasa sedar (conscious) untuks setiap pembelian yang kita lakukan.

Kalau dapat kawal, susah kita nak beli sesuatu barang dan rasa menyesal kemudian hari. Baik lagi menghindar daripada mengubati. Tok doakan korang semua sukses selalu.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *