PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

3 teknik gempak langsaikan hutang waktu krisis COVID-19

Masa PM kita umumkan moratorium kepada rakyat jelata, ada satu idea best tercetus dalam kepala Tok ni. 

Bila kita ambil moratorium tu, kita ada lebihan tunai (cash) dalam tangan, betul? 

Ini adalah peluang terbaik untuk korang langsaikan segala hutang yang ada. Setiap masalah yang melanda, akan ada peluang yang mengunjung tiba. 

Korang boleh gunakan teknik yang Tok kongsikan ni, dan tutup segala hutang-piutang yang sekian lama menghantui hidup korang tu. 

Jemput hadamkan tanpa was-was. 

Abi – Contoh lelaki yang bijak sambar peluang

Al kisah, ada seorang hamba Allah ni, namanya Abi. 

Hutang Abi ni, boleh tahan banyak jugak. Tapi lepas dengar PM umumkan moratorium yang akan berlangsung pada 1 April 2020, Abi terfikir satu idea yang bernas. 

“Ini peluang aku untuk tutup semua hutang aku ni!”

Maka, Abi pun tergopoh-gapah cari pen dan kertas, nak merangka pelan tindakan untuk capai hasrat mulia ini. Dia mula kira segala komitmen yang ada dan jumlahkan semua. 

“Tiap-tiap bulan, total aku kena bayar ke bank RM8,000,” katanya. Bermakna, Abi akan dapat save (simpan) sebanyak:

  • RM8,000 X 6 bulan = 
  • RM48,000

Apa 3 teknik langsai hutang yang Abi nak buat?

Dengan menganggap Abi dah siap buat simpanan kecemasan awal-awal, dia dah sediakan RM24,000 sebagai duit untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

P/S: Kalau nak selamat dan tak ganggu kelangsungan hidup korang, pastikan ada paling kurang 3 bulan simpanan kecemasan. Kalau dapat simpan lebih, lagi bagus. 

Berikut adalah teknik yang Abi nak buat: 

Teknik #1: Gunakan kaedah snowball

Kaedah snowball ni bermaksud, korang langsaikan hutang yang paling kecil dulu dan bayar hutang yang lain dalam masa yang sama. 

Tapi, kalau korang guna moratorium tadi, korang dah tak perlu bayar hutang lain dalam tempoh 6 bulan akan datang. Nah, korang dah dapat tangkap, kan? 

Jadi, Abi pun susun hutang dia dari yang jumlah kecil sehingga yang paling besar macam ni: 

  • Personal loan (Pinjaman peribadi) #1: RM10,000,
  • Personal loan (Pinjaman peribadi) #2: RM15,000,  
  • Personal loan (Pinjaman peribadi) #3: RM20,000,
  • Loan kereta #1: RM80,000,
  • Loan kereta #2: RM120,000, 
  • Loan rumah: RM500,000.

Dengan menggunakan peluang yang ada, Abi ambil moratorium untuk tempoh 6 bulan supaya dia tak perlu bayar ansuran bulanan kat bank untuk semua hutang tadi. 

Tadi buat kira-kira, Abi ada RM42,000 selepas 6 bulan. Abi boleh gunakan tunai ni untuk langsaikan hutang A, B dan C. Dah tolak semua hutang, Abi ada lebihan RM3,000 yang boleh ditambah dalam simpanan kecemasan beliau.

Sebab berjaya settle-kan semua hutang ni, anggaran aliran tunai (cash flow) bulanan Abi bertambah jadi RM1,500. 

Dah la berjaya langsaikan 3 hutang sekaligus, siap dapat lebihan tunai RM1,500 sebulan lagi. Kurang sikit pening kepala si Abi. 

Ada satu lagi teknik yang Abi terfikir nak guna… 

Teknik #2: Debt stacking untuk hapuskan hutang

Untuk teknik ini, korang kena susun hutang dengan kadar faedah yang tinggi dulu. 

Kalau dalam kes Abi ni, dia akan susun hutang beliau seperti berikut: 

  • Loan kad kredit: 18%, 
  • Personal loan (Pembiayaan peribadi): 13%,
  • Loan kereta: 5%,
  • Loan rumah: 4.5%. 

Dengan teknik ni, korang kena selesaikan dulu hutang kad kredit tu dan bayar juga hutang yang lain dalam masa yang sama. 

Cara ini akan kurangkan kadar faedah yang korang kena bayar kat bank. Bila dah langsaikan hutang kad kredit tu, korang akan dapat lebihan tunai (cash flow) untuk langsaikan hutang ke-2 pulak. 

Ataupun, Abi boleh gunakan teknik lagi satu…

Teknik #3: Satukan hutang anda dengan debt consolidation

Dalam bahasa senang faham, debt consolidation (atau penyatuan hutang) ni berfungsi sebagai satu bentuk pembiayaan semula hutang (debt refinancing). 

Pendek kata, korang buat loan baru dan gabungkan semua hutang tu dalam satu pinjaman, pada kadar faedah yang dipersetujui dengan pihak bank. 

Dalam kes ini, Abi boleh satukan personal loan, loan kereta dan juga hutang kad kredit yang ada tadi. Paling kurang, boleh langsaikan hutang tu dulu untuk dapatkan lebihan cash. 

Dengan debt consolidation ni, korang lebih mudah menguruskan dan melangsaikan 3 hutang tadi tu. 

Lebih best, korang akan dapat kadar faedah yang lebih cun berbanding kena servis setiap kadar faedah yang berlainan tadi (semua sekali, lebih 30% tu!). Korang kena rajin cari bank yang tawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada jumlah ini.

Peringatan: Kalau nak buat teknik ini, korang kena pastikan skor kredit korang cun-melecun (sebab korang nak buat pinjaman baru kat bank, kan?).

Tujuan utama 3 teknik ni adalah nak mewujudkan lebihan tunai supaya korang dapat langsaikan hutang seterusnya. Kalau loan rumah tu, tak apa. Sebab penyewa yang tolong bayarkan. 

Cuma Tok nak pesan satu perkara – JANGAN TAMBAH HUTANG BARU. Kalau teruskan perangai ni, memang sampai ke sudah korang berhutang. Sampai bila pun takkan habis. 

Apa pun, Tok doakan korang berjaya settle-kan hutang yang ada secepat yang mungkin. Selesai semua hutang, boleh fikir nak melabur lebih banyak lagi. Gitu.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed