PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Apa ‘Big Why” anda untuk melabur dalam hartanah?

Sebelum membuat sesuatu perkara, kita kena tetapkan matlamat.

Sama juga dalam pelaburan hartanah. Mesti ada matlamat kenapa korang melabur dalam hartanah.

Kalau tiada matlamat dalam pelaburan hartanah, nanti bila dilanda kesusahan sikit, kita cepat sangat mengalah.

Dalam artikel ni, Tok nak cerita 3 sebab utama kenapa korang mesti melabur dalam pelaburan hartanah:

#1 : Persaraan (Retirement)

retired photo

Rata-rata Tok tanya, ramai yang tak suka dengan pekerjaan mereka.

Kalau pergi kerja pagi Isnin tu macam zombie berjalan pun ada. Takde semangat langsung.

Tapi tak mengapa. Kalau korang mula melabur dalam pelaburan hartanah dengan betul, insyaAllah korang boleh bersara awal.

Tok bagi contoh, katakan dalam tempoh 15 tahun dari hari pertama korang mula kerja, korang mampu beli 10 buah rumah.

Katakan lepas bayar bank, korang ada lebihan pendapatan dari sewa sebanyak RM500 setiap rumah.

10 buah rumah, korang dah ada RM5,000 sebulan.

Kalau korang rasa tak cukup nak bersara guna RM5,000 sebulan, beli lagi 10 buah rumah. Bila ada 20 buah rumah, boleh la bersara dengan pendapatan RM10,000 sebulan.

Tak cukup lagi?

Satu benda yang korang kena faham adalah bila kita sewakan hartanah kita pada orang, orang lain yang bayar pinjaman perumahan kita untuk semua rumah tu.

Jadi, selepas 35 tahun nanti, lepas semua rumah habis bayar, seluruh bahagian dari sewa rumah tu adalah milik kita. Tak payah bayar pada pihak bank lagi.

Bukan tu je dapat. Rumah kita juga akan mengalami kenaikan harga, ini yang orang panggil capital appreciation.

Anggaran kenaikan harga rumah di Malaysia adalah sebanyak 5% setahun, mungkin lebih, mungkin kurang.

Jadi, selepas 20 tahun, harga rumah akan meningkat sebanyak 100% dari harga pembelian.

Apa maksudnya? Kalau korang beli rumah RM100,000, selepas 20 tahun, harga rumah tersebut akan jadi RM200,000.

Yang ini contoh konservatif, dan kenaikan harga ini bergantung mengikut kawasan rumah korang.

Kalau rumah tersebut di kawasan bandar, mungkin setahun kenaikan dia boleh mencecah 10% – 20%. Jadi, harga akan jadi 2 kali ganda dalam tempoh yang lebih singkat.

Rumah adalah aset kita. Bila nilai aset kita bertambah, maka kekayaan kita bertambah.

Kalau tiba-tiba korang rasa nak melancong satu dunia, korang jual sebuah rumah yang dah habis bayar pinjaman bank, dapat cash RM200,000.

Boleh jalan-jalan 7 benua tu.

#2 : Aliran tunai dan duit lebihan untuk korang enjoy!

travel photo

Macam contoh tadi, bila dah ada 10 buah rumah, korang ada potensi dapat RM5,000 sebulan.

Apa yang korang boleh buat dengan RM5,000 sebulan ni?

  1. Korang boleh beli kereta BMW brand new, dan pakai kereta tu PERCUMA. Sebab apa? Sebab penyewa yang bayarkan pinjaman kereta kita.
  2. Korang boleh beli jam mahal yang korang idamkan selama ni. Setiap kali lalu depan butik jam mahal je, ada yang melopong tengok harga jam di balik cermin. Dengan RM5,000 sebulan, korang dah boleh sangat beli jam mahal-mahal tu.
  3. Korang boleh kahwin lagi satu. (AMARAN : Tok hanya beri idea sahaja. Sila “ukur baju di badan sendiri” sebelum bernikah lagi satu), dan macam-macam lagi.

#3 : Pendidikan anak-anak

Sumber gambar The Wisdom Daily

Sumber gambar – The Wisdom Daily

Kalau korang dah kahwin dan ada anak-anak, perkara penting yang korang perlu fikir adalah bagaimana nak membiayai pendidikan anak-anak, terutamanya di kolej dan universiti.

Cuba bayangkan, 15-20 tahun dari sekarang, anak-anak kita dah besar dan nak masuk universiti luar negara.

Dengan pelaburan hartanah, kita mampu hantar anak belajar ke luar negara dan dapakan taraf pendidikan yang berprestij.

Macam contoh di atas, lepas 15-20 tahun, harga rumah anda akan meningkat 2 kali ganda.

Jika anda membeli rumah pada harga RM300,000 pada hari ini, setelah 20 tahun, harga rumah akan meningkat sekitar RM600,000.

Maksudnya, bila anda jual rumah tersebut lepas 20 tahun, anda akan ada keuntungan sebanyak RM300,000 tunai.

Jika ada 3 buah rumah pada harga yang sama, anda akan untung RM900,000.

Dengan keuntungan sebanyak itu, cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di luar negara selama 4-5 tahun, termasuk belanja makan, tempat tinggal, kos pengangkutan kapal terbang dan sebagainya.

Tak perlu lagi korang harapkan biasiswa semata-mata untuk anak korang.

5 – 10 tahun untuk hidup bebas masalah kewangan – O.K ke, K.O?

Kesimpulannya, melabur dalam pelaburan hartanah ni akan memberikan kita kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang.

Korang tak perlu bergantung harap kepada duit KWSP yang tak berapa nak banyak tu bila bersara nanti.

Korang tak perlu bergantung kepada biasiswa kerajaan dan swasta untuk pendidikan anak-anak. Semuanya kita sendiri yang aturkan.

Korang tak perlu lagi risau nak berbelanja untuk perkara yang korang suka, sebab ada lebihan tunai setiap bulan.

Pelaburan hartanah menjamin kebebasan kewangan pada masa hadapan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *