PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Anda serius nak jadi kaya? Baca 3 nasihat mentor kewangan bertaraf dunia ini

Apakah resipi utama untuk kita mencapai kekayaan?

Kalau ikut Tok, dah tentu Tok akan cakap ilmu terlebih dulu.

Dengan ilmu yang betul, korang boleh jana duit yang banyak tanpa perlu kecundang berkali-kali.

Dan ilmu yang paling ohsem adalah ilmu yang dah terbukti berkesan, seperti apa yang Robert Kiyosaki kongsikan dalam buku-buku beliau.

Tok tak nak buang banyak masa korang. Jom kita hadamkan perkongsian Tuan Mohd Zulfadhli bin Abd Nasir yang Tok baca dekat blog beliau.

Ramai orang terpaksa jadi kaya sebab amalkan ilmu ini

Assalamualaikum w.b.t.

Dunia pelaburan amat luas dan pelbagai.

Saya nak kongsikan hasil bacaan daripada buku Rich Dad’s Guide To Investing, yang menyatakan bahawa seseorang pelabur perlu memiliki 3 E sebelum mula berniaga, membina bisnes, atau membuat pelaburan.

3 E tersebut adalah:

#1:  Education (Pelajaran)

Apa yang dimaksudkan adalah, selain daripada pelajaran yang formal, kita perlukan satu lagi pelajaran iaitu pelajaran kewangan.

Pelajaran kewangan (financial education) biasanya tak diajar kat sekolah dan universiti, melainkan bagi mereka yang mengambil pengkhususan dalam bidang tersebut.

Istilah-istilah berkaitan kewangan seperti aset, liabiliti, jenis-jenis cukai, jenis-jenis perniagaan, income statement, balance sheet, dan banyak lagi perlu dipelajari dan difahami dengan baik.

Ia penting agar kita tak tersalah faham dalam menentukan dan membezakan antara aset dan liabiliti.

Kemahiran membaca penyata kewangan sesuatu syarikat juga merupakan kemahiran yang perlu dikuasai, kalau kita ingin terlibat dalam pelaburan orang-orang kaya.

Robert Kiyosaki sarankan kita agar berusaha meningkatkan penguasaan dan kefahaman dalam istilah-istilah kewangan, sebab ia amat membantu bisnes dan pelaburan kita kelak.

#2: Experience (Pengalaman)

Pengalaman dalam berniaga amat membantu seseorang untuk berjaya dalam bisnes yang diceburi.

Bekerja terlebih dahulu dengan memilih pekerjaan yang berkaitan dengan bisnes yang akan kita lakukan.

Bekerja bukan kerana wang atau gaji semata-mata, tapi untuk kita pelajari bagaimana bisnes tersebut dijalankan, dan untuk mendapatkan seni kemahiran dalam menjual dan menjalankan bisnes.

Bermula daripada bawah dan bina semangat keusahawan dalam diri.

Disamping bekerja, mulakan bisnes perniagaan secara sambilan (part-time) sehingga berjaya dan stabil.

Ingatlah, kebanyakan bisnes perniagaan yang terkenal dan berjaya pada masa sekarang, adalah pada mulanya dilakukan secara sambilan.

Setelah bersedia dari segi ilmu, kemahiran dan kewangan, kita dah boleh mula fokus kat perniagaan sepenuhnya.

#3: Excess cash (Duit lebihan)

Dalam pelaburan, kita perlu menggunakan duit lebihan dan bukannya duit lebih hasil daripada pendapatan.

Duit lebihan iaitu duit yang kita sanggup mengambil risiko yang jika rugi semuanya, kita masih boleh hidup seperti biasa.

Jangan sesekali gunakan duit simpanan kita untuk melabur. Gunakan duit yang kita sanggup untuk mendapatkan untung atau rugi dengannya.

Elakkan menggunakan duit pinjaman untuk melabur, sekiranya kita masih baru dalam bidang pelaburan.

Ini sebab takde siapa yang dapat meramalkan keadaan pasaran pada hari esok dan apa yang akan terjadi.

Robert Kiyosaki cadangkan dalam buku beliau untuk mula membina bisnes terlebih dulu. Dengan bisnes tu, kita membuat pelaburan seperti membeli aset hartanah dan terlibat dalam saham.

Ia lebih selamat, lebih keuntungan dan ia adalah pelaburan orang-orang kaya. Iaitu dengan membina bisnes (aset), dan membeli lebih banyak aset dengan bisnes tersebut.

Macam biasa. Tok suka sentuh ilmu yang paling basic (asas) dulu.

Ilmu ni, kita boleh anggap macam anak tangga. Lebih elok berdikit-dikit dulu, daki anak tangga satu persatu.

Kalau korang dah berjaya master yang asas, tak mustahil korang lebih cekap menangkap ilmu yang lebih advance. Faham tak apa yang Tok cakap ni?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *