PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

3 Jenis sumber pengaruh yang menentukan anda kaya atau miskin.

Semasa dalam kandungan, kita tidak akan tahu menahu tentang duit. Malah tidak pernah terfikir pasal duit.

Sebaik sahaja jasad kita muncul di dunia, perlahan-lahan kita diajar tentang duit. Lebih-lebih lagi cara menggunakan duit.

Apa yang Tok ingin tekankan di sini adalah:

“Sejak dari kecil, kita diajar oleh “orang lain” tentang duit. Jika ajaran itu membinasakan, maka hasilnya pun membinasakan. Jika ajaran itu menguntungkan, hasilnya pun menguntungkan.”

Bangsa Tok suka salahkan…

Bangsa Tok selalu salahkan duit. Sedangkan duit itu langsung tidak salah. Ia cuma alat. Yang membezakan salah atau betul adalah cara kita berfikir tentang duit.

Ini apa yang Tok mahu sampaikan, hasil daripada pengalaman Tok menuntut ilmu dengan T. Harv Eker.

Ia berkaitan tentang bagaimana kita diajar untuk berfikir tentang duit. Yang akhirnya memberi kesan pada akaun bank kita pada hari ini.

Terdapat 3 jenis sumber yang mempengaruhi pemikiran kita terhadap duit.

3 Jenis sumber pengaruh yang menentukan anda kaya atau miskin.

Pengaruh pertama yang mengajar kita tentang duit adalah pengaruh verbal.

Pengaruh ini berlaku sejak kita kecil. Apa yang kita dengar tentang duit, itu yang akan masuk ke dalam akal. Kemudian ia bertukar menjadi satu kepercayaan yang kuat dan kekal sehingga besar.

Pengaruh kedua pula adalah model.

Apa yang kita lihat sejak kecil berkaitan dengan duit? Adakah kita nampak duit itu sangat menyusahkan hidup orang lain? Adakah kita nampak duit itu digunakan sebagai alat untuk bersedekah dengan kuantiti yang banyak?

Pengaruh model ini berlandaskan apa yang kita lihat dari persekitaran sekeliling.

Pengaruh ketiga iaitu pengaruh yang terakhir: Kejadian yang spesifik.

Ini pengaruh yang sangat kuat dan senang melekat pada diri sendiri. Ia adalah apa yang kita alami sendiri tentang duit. Dari kecil, dewasa, hingga saat kita hidup pada diri sendiri.

Sumber pengaruh menentukan mentaliti kaya dan miskin anda.

Sebagai seorang penyampai maklumat, Tok percaya ketiga-tiga sumber pengaruh ini sangat penting untuk kita kawal.

Sebagai contoh:

  1. Kalau kita berkawan dengan golongan yang selalu cakap “orang yang banyak duit ini kedekut”, maka kita nampak duit itu adalah punca seseorang jadi kedekut.
  2. Kalau kita berkawan dengan golongan rajin sedekahkan duit kerana duitnya banyak, maka kita akan terpengaruh dengan pemikiran bahawa mempunyai banyak duit mengizinkan untuk kita memberi dengan lebih banyak.

Cara kita berfikir tentang duit juga akan menentukan samada diri kita sesuai atau tidak untuk menceburi pelaburan hartanah.

Sebab itu Tok yang paling ringkas Tok boleh bagi supaya cepat berjaya dalam pelaburan hartanah adalah:

“Kawan dengan pelabur hartanah. Lihat kejayaan mereka. Ikut tindakan yang mereka lakukan.”

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *