3 Cerita yang akan buat anda fikir 10 kali untuk duduk rumah banglo.

Ada kelakar, ada yang sadis bila Tok baca perkongsian daripada Jusni Hashim di Facebook.

Orang kita memang ada persepsi, “Mesti kena duduk rumah banglo.“ Paling tidak, “Mesti kena duduk rumah besar.”

GH Masterclass

Paling busuk, “Mesti kena duduk rumah teres.”

Zaman sudah berubah. Baca 3 cerita daripada perkongsian Jusni Hashim ini untuk menyedarkan kita bahawa persepsi itu boleh dibuang jika perlu.

Kisah 1 – Kawan minta tolong jual banglo. Harapan bapanya terkubur.

Kisah pertama, seorang kawan menghubungi beliau untuk bantu jualkan banglo bapanya yang sedang dibina dan hampir siap 65%. Jusni Hashim tanya kenapa kawannya mahu jual kerana orang ramai beriya-iya mahu duduk rumah banglo.

Jawabnya, “Adik beradik aku semua duduk lain-lain. Yang seorang sudah tinggal di luar negara dan bekerja di sana. Adik perempuan aku pula sudah berkahwin dan tinggal dengan suami di Melaka. Yang seorang lagi sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.“

Tujuan bapanya membina banglo pada asalnya supaya mudah untuk kumpul anak beranak. Tapi semuanya membawa diri dan hala tuju masing-masing. Maka tiada guna pun ada banglo sebesar alam. Lebih baik mereka duduk rumah teres walaupun mampu bina banglo.

Kisah 2 – Rumah besar tapi tak pernah bersua muka.

Kisah kedua pula melibatkan seorang rakan yang hanya ada dua adik beradik. Bapa mereka menyewa sebuah rumah banglo besar.

Bila mak dan ayah pergi kerja atau luar negara atas urusan bisnes, kadang-kadang adiknya di tingkat bawah, kakaknya pula di tingkat atas.

Bila adiknya di tingkat atas, kakaknya pula di tingkat bawah. Duduk satu rumah tapi jarang gila bersua muka.

Akhirnya, bapa mereka buat keputusan selepas 2 bulan menyewa banglo tersebut. Katanya, “Jom pindah kondo saja. Tiap-tiap hari boleh bertembung muka.”

Sekarang, mereka sewa sebuah kondominium di Bangsar.

Kisah 3 – Pemuda eksekutif yang bijak buat pilihan sendiri.

Kisah ketiga pula tentang seorang anak muda kelahiran Kuala Lumpur. Gaya seorang eksekutif.

Beliau membelek-belek satu flyers mempromosikan sebuah kondominium di tengah bandar. Keluasan 1,000 kaki persegi. Jusni Hashim pun bertanya, “Kenapa tak beli rumah atas tanah macam teres atau bina banglo?”

Tambahnya lagi, “Mudah sikit saudara mara nak datang atau nak tanam sepokok dua.”

Jawab pemuda itu, “Berapa kali saja pun saudara mara mahu datang ke rumah? Setakat nak bercucuk tanam tu, beli saja buah-buahan kat kedai. Tak payah nak sapu daun pokok jatuh atas tanah.”

Tambahnya lagi, “Malas nak duduk rumah besar-besar. Nanti nak cuci rumah, nak menyapu lagi. Biar rumah kecil asalkan mudah nak jaga. Macam kondominium ini… Dah terurus semuanya. Sampah dah tak perlu risau lagi sebab dah memang dia collect.

Nak mandi swimming pool pun boleh, nak jaga kesihatan pun ada gym. Nak parking pun memang dah tersedia untuk kita. Semuanya lengkap.”

“Rumah besar-besar pun bukan kita pijak kaki 100% di rumah sendiri. Entah-entah 60% saja. Bilik-bilik yang banyak itu pun belum tentu kita masuk. Nanti ada pula ‘benda lain’ yang menumpang.”

Akhir sekali, pemuda itu pun berkata, “Paling penting, duduk kondo ini semua buat hal masing-masing. Kalau duduk rumah atas tanah, nanti balik kerja makcik-makcik yang lepak petang-petang, kumpul ramai-ramai, mengumpat saja kerjanya.”

Jangan beli banglo berdasarkan cakap orang.

Kisah ketiga paling WIN bagi Tok. Sebab pemuda itu boleh bagi alasan malas nak jumpa makcik-makcik yang lepak petang-petang.

Tujuan Tok kongsikan 3 cerita ini supaya anda semua tak terlalu bodoh sombong atau terikut-ikut dengan kata orang lain.

Kalau nak beli rumah duduk sendiri, pilih rumah yang bersesuaian dengan diri atau keperluan keluarga saja.

Kalau beli banglo 5 bilik tapi 2 orang saja duduk, baik kau beli rumah teres. Hidup pun rasa tak terancam sangat setiap malam.

Tapi, kalau impian korang memang nak duduk banglo dan memang korang tak kisah semua apa yang Tok cakap kat atas ni dan memang mampu. Tak ada masalah. By all means, duduklah.

1 thought on “3 Cerita yang akan buat anda fikir 10 kali untuk duduk rumah banglo.

Leave a Reply