PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

3 cara elakkan banyak duit melayang kat bil eletrik (yang anda boleh buat segera).

Eletrik adalah sumber tenaga yang penting dalam kehidupan kita. Bermula tahun 2016, rakyat Malaysia akan mula “menikmati” kadar tarif eletrik terbaru.

Ya, kita kat semenanjung akan bayar ekstra 0.73 sen untuk setiap kWh selama 6 bulan tahun ini (Tok dapat maklumat ini kat The Malaysian Insider. Kalau salah, mohon tegur Tok).

Yang pasti, ramai orang panas punggung dan tak senang duduk dengan berita ni. Dengan kenaikan harga barangan, GST, dan macam-macam lagi, dah tentu ini satu perkara yang menambah tekanan kat hidup marhaen.

Atas sebab ini, korang mesti suka kalau Tok hidangkan artikel berbentuk strategi untuk berjimat secara efisyen.

Hari ini adalah hari bertuah korang. Ini ada 5 tip yang Nicole Schreck kongsikan untuk jimatkan penggunaan eletrik, yang korang boleh praktikkan terus lepas habis baca artikel ini.

#1: Buka palam (plug) barangan eletrik yang anda tak gunakan.

Tok teringat satu perkongsian oleh Cikpuan Liyana Syazwani tetang cara berkesan jimatkan bil eletrik tanpa sebarang kos, dan ia mudah untuk kita buat.

Caranya? Cabut plug barangan eleltrik yang korang tak gunakan.

Berikut adalah caj bil eletrik Cikpuan Liyana bermula dari bulan Jun hingga Disember 2015 (boleh rujuk kat gambar bawah ni):

  • Jun = RM205.00,
  • Julai = RM163.41,
  • Ogos = RM126.21,
  • September = (Maaf. Bil bulan ini hilang),
  • Oktober = RM63.64,
  • November = RM84.00,
  • Disember = RM39.89.

(1.1.16) Gambar 1

(Sumber: Siakapkeli.my)

Merujuk kepada gambar atas ni, kita boleh jelas nampak penurunan caj dalam bil beliau (dan bezanya amat ketara!). Dan ini adalah hasil daripada tanggalkan plag sahaja.

Tapi bukan semua plag kena cabut. Barangan eletrik seperti peti ais, thermo pot, ubat nyamuk eletrtik, atau yang seangkatan tak perlu dicabut. Nanti jadi masalah lain pula.

Lebih-lebih lagi kalau kita nak keluar rumah untuk jangka masa yang panjang. Kalau balik kampung, tanggalkan semua plag dan nikmati penjimatan bil eletrik seperti Cikpuan Liyana ini.

Nota Tambahan: Tak percaya? “Screenshot” ini sebagai bahan bukti bonus untuk korang.

(1.1.16) Gambar #2

(Sumber: Siakapkeli.my)

#2: Raikan “penghawa dingin semulajadi” dengan tip ini.

Fakta yang ramai orang tahu: Malaysia adalah negara yang beriklim tropikal. Cuaca panas itu biasa.

Jadi, banyak rumah kat negara ini yang pasang penghawa dingin. Dan ini jadi sebab utama bil eletrik kita boleh naik menggila.

Ada masa kita terpaksa hidupkan alat ini untuk kawal suhu dalam rumah (terutama sekali waktu panas terik). Walaupun kita pasang kejap sahaja, ia boleh beri impak yang tak “best” kat bil eletrik kita.

Kalau tak kena hari, bil kita boleh melonjak tinggi tanpa belas kasihan.

Ada satu cara sejukkan rumah yang tak gunakan tenaga eletrik secara melampau, yang Tok nak kongsikan.

Salah satu punca suhu dalam rumah meningkat adalah pengaliran udara yang tak baik. Untuk elakkan masalah ini, kita boleh buka tingkap rumah luas-luas, dan biarkan angin semulajadi masuk dan berlegar dalam rumah.

Lepas itu, gunakan kipas untuk tarik udara dalam rumah keluar. Letakkan kipas kat tingkap belakang rumah untuk sedut keluar udara panas dalam rumah kita.

Cara ini boleh rendahkan suhu dalam rumah tanpa gunakan banyak tenaga eletrik. Ada tak antara korang yang dah cuba cara ini?

Nota Tambahan: Lagi bagus kalau korang boleh halang cahaya matahari masuk ke dalam rumah. Langsir yang berwarna gelap (hitam atau sebagainya) bagus sebagai penghadang cahaya, dan ia boleh kurangkan rasa panas kat dalam rumah.

#3: Amalkan gaya fikir (mindset) “go green”.

Cuba korang lihat sendiri lampu yang ada dalam rumah korang. Lepas itu, cuba kira. Sikit ke banyak?

Kalau banyak, kaji pula mentol jenis apa yang korang gunakan. Adakah ia mentol yang jimatkan penggunaan eletrik?

Ada banyak mentol mesra alam kat pasaran sekarang, yang boleh kita beli dan guna.

Mentol jenis pendarflour terkenal sebab ia terbukti boleh jimatkan penggunaan tenaga eletrik secara berlebihan. Ia juga lebih tahan lama, dan tak banyak beza daripada segi harga berbanding mentol biasa.

Tukar dan gunakan mentol jenis ini untuk jimatkan caj penggunaan tenaga eletrik, dan kurangkan penggunaan lampu ini selagi boleh. Tok rasa, kita tak guna semua lampu dalam rumah sepanjang masa. Betul tak?

Bila nak ke dapur, baru hidupkan lampu. Bila dah selesai, tutup balik lampu. Sama juga dengan lampu tandas, atau lain-lain kawasan dalam rumah. Hidupkan lampu bila perlu guna sahaja.

Nota Tambahan: Korang boleh cuba cari mentol pendarflour pelbagai warna untuk hidupkan keadaan dalam rumah. Tak salah nak dekorasi rumah sambil berjimat. Bak kata pepatah: Sambil menyelam, minum air.

Dah bersedia nak rendahkan caj eletrik rumah anda?

Okay tak tip yang Tok kongsikan ini?

Kalau Cikpuan Liyana dah buat dan berjaya kurangkan bil eletrik beliau, korang juga boleh buat.

Cabar diri korang buat tip ini dan lihat berapa banyak yang korang dapat jimatkan.

Kalau korang ada tip lain, boleh sahaja kongsikan kat ruangan komen. Boleh pembaca lain belajar dan gunakan tip korang yang terbaik dari ladang tu.

Kalau ada lagi tip seperti ini, Tok akan kongsikan kat sini untuk tatapan korang okay? Selamat beramal ya.

Photo by shoutabyss cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *