PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

25 Kawasan cadangan pembangunan LRT3. Harga hartanah bakal naik di Lembah Klang?

 

Salah satu indikator yang menjadikan nilai hartanah itu meningkat dari semasa ke semasa, adalah pembangunan infrastruktur yang berlaku di sekelilingnya.

Satu daripadanya? Pengangkutan awam.

Berdasarkan perkongsian maklumat daripada Mak Kum Shi (Editor web EFY), Light Rail Transit (LRT) Line 3 dari Bandar Utama ke Johan Setia’ (LRT3) akan memberi manfaat kepada golongan yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang.

LRT3 adalah projek pengangkutan awam yang melibatkan pembangunan LRT sepanjang 36 kilometer dari Bandar Utama hingga Johan Setia di Klang.

Penduduk yang berada di kawasan Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur akan dapat manfaat daripada kemudahan LRT3 ini.

3 Kawasan utama Lembah Klang untuk pembangunan LRT3.

Laporan DEIA (Detailed Environmental Impact Assesment) LRT 3 kini boleh dilihat di kawasan umum seperti Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Laporan ini memberikan maklumat penting bagi kedua-dua pelabur hartanah dan penduduk kawasan seperti kawasan cadangan pembangunan LRT3.

Secara asasnya, ia akan merangkumi tiga kawasan majlis perbandaran iaitu:

  1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
  2. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
  3. Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pembangunan LRT3 ini juga terbahagi kepada 3 segmen iaitu:

  1. Segmen pertama – Bermula dari stesen One Utama hingga stesen Persada PLUS (Kawasan MBPJ).
  2. Segmen kedua – Stesen Persada PLUS ke stesen Bukit Raja (Kawasan MBSA).
  3. Segmen ketiga – Stesen Bukti Raja ke Johan Setia (Kawasan MPK).

LRT3 mempunyai 25 stesen?

LRT3 dijangka mempunyai 25 stesen dan 4 stesen pertukaran iaitu:

  1. Stesen Bandar Utama digabungkan dengan MRT 1.
  2. Stesen Station 3 digabungkan dengan Kelana Jaya.
  3. Stesen Klang digabungkan dengan KTM Komuter.
  4. Stesen SIRIM digabungkan dengan BRT.

Berikut adalah senarai 25 cadangan tempat pembangunan LRT3 dan jalan raya yang terlibat, berdasarkan laporan DEIA.

No.Nama stesenJalan raya yang terlibat
1.One UtamaPersiaran Bandar Utama
2.Damansara UtamaJalan 5
3.TropicanaJalan Tropicana Selatan 1
4.Lien HoePersiaran Tropicana
5.Dataran PrimaLebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
6.Persada PLUSLebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
7.Station 3Persiaran Kerjaya
8.TemasyaPersiaran Kerjaya
9.GlenmariePersiaran Kerjaya
10.Stadium (Grand Sentral)Persiaran Sukan
11.Persiaran HishamuddinPersiaran Hishamuddin
12.Section 14Persiaran Dato’ Menteri
13.SIRIMLebuhraya Persekutuan
14.UiTMLebuhraya Persekutuan
16.Bukit RajaPersiaran Bestari
17.Kawasan 17Persiaran Bukit Raja
18.Jalan MeruJalan Meru
19.KlangJalan Jambatan Kota
20.Taman SelatanPersiaran Tengku Ampuan Rahimah
21.Sri AndalasJalan Langat
22.Tesco Bukit TinggiJalan Langat
23.AEON Bukit TinggiJalan Langat
24.Bandar BotanikJalan Langat
25.Johan SetiaJalan Langat

Adakah kawasan rumah anda bakal terkena salah satu daripada tempias LRT3 ini?

Sebagai seorang pelabur hartanah, kawasan-kawasan di atas berpotensi membantu menaikkan harga hartanah dalam masa beberapa tahun.

Seperti yang kita sedia tahu, kawasan Lembah Klang sememangnya mempunyai potensi yang pelbagai. Dari kaca mata seorang penduduk, mereka bakal merasai kewujudan satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kesesakan lalu lintas.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *