PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

2,200 kakitangan Malindo akan diberhentikan kerja. Apa yang anda boleh buat?

Hati Tok sedih bila baca berita di Astro Awani tentang 2,200 orang yang bekerja di Malindo Airways Sdn Bhd akan diberhentikan pada bulan November ini. Waktu yang sukar macam ni memang ramai yang terkesan. 

Jika korang salah seorang daripada pekerja dalam bidang industri penerbangan yang terkesan dan diberhentikan, ada bantuan yang korang boleh cuba mohon. 

#1 : PERKESO 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersedia membantu kakitangan syarikat-syarikat penerbangan berkenaan dengan faedah-faedah Sistem lnsurans Pekerjaan (SIP) yang sedia ada dan juga bantuan Kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

SIP PERKESO menyediakan perlindungan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan penggantian pendapatan menerusi Elaun Mencari Pekerjaan untuk tempoh 1 hingga 6 bulan. Selain itu, mereka juga akan turut dibantu mendapatkan pekerjaan baharu menerusi Program Penempatan Pekerjaan Semula.

Untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerja-pekerja yang telah kehilangan pekerjaan, PERKESO menyediakan Latihan Vokasional dan Kemahiran bagi mengukuhkan kepakaran dan pengetahuan mereka. Kursus-kursus latihan dan kemahiran dibiayai oleh PERKESO sehingga RM4,000 manakala peserta akan menerima elaun latihan sebanyak RM10 hingga RM20 sehari untuk tempoh maksimum 6 buIan.

PERKESO juga akan menyalurkan bantuan Kerajaan melalui inisiatif PENJANA iaitu Program lnsentif Pengambilan Pekerja menerusi platform MYFutureJobs. Program ini turut menyediakan latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran ( upskilling dan reskilling). Majikan yang menggajikan pekerja melalui program ini, boleh menghantar pekerja-pekerja mereka menjalani kursus latihan secara percuma untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan tugas baru.

Seperti kebiasaannya,  PERKESO mengambil tindakan proaktif dalam menyalurkan bantuan kepada pekerja walaupun mereka belum mengemukakan permohonan faedah kepada PERKESO. Baru-baru ini, PERKESO melaksanakan satu program temuduga terbuka secara maya pada 22 dan 23 Oktober 2020, walaupun pekerja-pekerja terbabit belum mengemukakan lagi borang permohonan untuk faedah SIP.

Matlamat PERKESO adalah untuk memastikan segala bantuan yang ada, boleh disalurkan dengan kadar segera.

Berdasarkan statistik PERKESO, sehingga 28 Oktober 2020 , sebanyak 90,470 kes disahkan kehilangan pekerjaan dilaporkan kepada SIP PERKESO bagi permohonan faedah-faedah SIP. Dalam tempoh yang sama, seramai 33,341 Orang Berinsurans di bawah SIP telah kembali bekerja menerusi program penempatan pekerjaan semula PERKESO dan Portal MYFutureJobs.lni menjadikanjum lah keseluruhan kes berjaya penempatan pekerjaan semula termasuk di bawah Program lnsentif Pengambilan Pekerja PENJANA yang diuruskan oleh PERKESO ialah 102,025 kes bekerja semula.

PERKESO ingin menasihati pekerja-pekerja yang terlibat dalam pemberhentian kerja seperti Skim Pemisahan Sukarela VSS atau MSS dan sebagainya, supaya melayari laman web PERKESO, www .perkeso.gov.my bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung faedah-faedah SIP ataupun PENJANA, dan juga tatacara membuat permohonan. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi nombor careline PERKESO di 1300-22-8000 .

Tok harap dengan perkongsian Tok ni mampu membantu korang. Tok akan update artikel ini jika ada bantuan lain yang korang boleh mohon.

Jangan putus asa.

Tok doakan agar urusan korang dipermudahkan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed