005f214493c789d1 640 money 1

2 perkara mustahak yang anda patut tahu, kalau serius nak berjaya dalam kewangan serta kehidupan.

Pernah rasa tak tahu nak pilih strategi buat duit yang terbaik untuk korang gunakan?

Ada macam-macam alat buat duit. Antaranya Tok kongsikan di bawah ini:

  • ASB,
  • pelaburan hartanah,
  • pelaburan emas,
  • saham,
  • FOREX,
  • perniagaan,
  • Unit Trust,
  • Takaful,
  • FCPO, dan lain-lain lagi.

Semua strategi ini yang Tok sebutkan ini boleh buat duit yang banyak untuk kita semua.

Tapi, cuba tanya soalan ini pula.

Apakah matlamat dalam hidup dan matlamat kewangan korang?

Strategi buat duit yang bagus, takkan menjamin masa depan korang 100%.

Tok suka sekali nak kongsikan pandangan bernas Tuan Zaidi Ismail ini kepada korang.

Semua strategi di atas adalah bagus kalau kita tahu matlamat hidup dan kewangan kita.

Selagi tak tahu matlamat hidup dan kewangan secara jelas, selagi itu kita jadi susah dan pening kepala nak pilih instrumen kewangan yang mana satu.

Alat kewangan adalah perkara terakhir yang perlu kita fikirkan.

Kalau pendapatan RM10,000 sebulan, tapi berbelanja RM10,001 sebulan, semua instrumen kewangan yang Tok sebutkan tadi boleh dihumban ke dalam laut. Ini adalah asas kepada segalanya.

2 perkara utama yang akan tentukan kesihatan kewangan korang, sama ada bakal berakhir dengan baik atau sebaliknya. 

Selalunya, kita akan tertanya-tanya:

  • Nak simpan duit dimana?
  • Nak melabur duit dimana?
  • Nak berniaga apa?

Semua soalan ini adalah perkara terakhir yang boleh kita fikirkan, selepas kita kenalpasti 2 perkara di bawah ini:

2 perkara utama yang jadi penentu kejayaan kehidupan, baik daripada segi keluarga atau kewangan, adalah 2 perkara ini:

  1. Sikap (attitude)
  2. Tabiat (behaviour). 

Ilmu adalah salah satu perkara penting. Namun, ia bukan penentu utama untuk mencapai kejayaan.

Semuanya bermula daripada dalam diri kita sendiri.

Sikap dan tabiat adalah pengaruh terbesar dalam hidup kita.

Dua perkara ini tak bersifat “nature” (azali). Tapi ia bersifat “nurtured” (dididik).

Anda boleh banyak belajar daripada 2 contoh situasi ini. 

Jom kita sama-sama kaji dua situasi berbeza ini:

Situasi #1: 

Macam mana nak menyimpan kalau kita ada sikap boros, dan tak pernah latih diri kita untuk mula menyimpan?

Kalau kita dah:

  1. masuk kelas dan belajar ilmu lipat ASB,
  2. belajar ilmu 7 petala Emas,
  3. menurun ilmu leverage hartanah tahap gaban,
  4. korek ilmu FOREX dalam-dalam,
  5. bekerja selama 20 tahun dalam industri Takaful (dan pernah berguru dengan lebih 100 guru yang terbaik dalam industri),
  6. dah hadiri beratus (atau beribu) seminar,
  7. dan dah baca beratus (atau beribu) buku,

…Tapi, kita tetap ada sikap dan tabiat buruk yang sama?

Pada fikiran logik seorang manusia, dapat tak kita ubah nasib kita dalam kehidupan dan kewangan?

Tak mungkin akan berlaku perubahan, kalau kita masih ada sikap dan perangai di takuk yang lama.

Situasi #2: 

Abu seorang yang buta huruf.

Beliau tak pernah bekerja dalam industri kewangan, bukan seorang kaunselor rumah tangga, dan tak pernah ke sekolah.

Abu juga tak pernah hadirkan diri ke mana-mana seminar, ada tunjuk ajar daripada mana-mana tok guru, atau baca buku berkaitan kewangan dan rumah tangga.

Tapi…

Abu mempunyai sikap rajin, dan tabiat yang bagi untung kepada dirinya. Kalau Abu tak tahu, beliau akan belajar. Lepas belajar, Abu tak rugikan masa. Beliau terus buat apa yang dipelajari serta-merta.

Sebab ini,beliau boleh ada sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia, serta hidup kaya-raya dan semakin bertambah-tambah harta.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan 2 situasi ini?

Kesimpulan 2 situasi berbeza ini adalah sikap dan tabiat.

Korang boleh terus berbalah di media sosial, tegakkan benang basah masing-masing dan teruskan jadi keyboard warrior. 

Orang macam Tuan Zaidi Ismail dan seangkatan dengan beliau, akan terus tambah harta dan mempunyai keluarga yang bahagia.

Pesan Dr. John Demartini (guru Tuan Zaidi Ismail sendiri):

“Wang mengalir dan terkumpul mengikut keutamaan dalam hidup ditentukan oleh sikap dan tabiat.” 

Pesan seorang lagi guru iaitu Zig Ziglar:

“Faktor kejayaan dan kekayaan seorang manusia adalah 20% ilmu dan 80% sikap dan tabiat.” 

Nota Tambahan: 

Orang yang dah biasa dari kecil (sikap dan tabiat) kencing berdiri sukar untuk kencing mencangkung, walaupun dah diberitahu 1001 hikmah dan nasihat (ilmu). 

Adakah korang terasa hati dengan perkongsian Tok kali ini? 

Tok mohon maaf kalau perkongsian kali ini agak kasar bahasa dan bunyinya.

Cuma, Tok harap korang faham apa yang Tok nak sampaikan.

Kalau dah menuntut ilmu sampai ke negeri China pun, tapi sikap dan tabiat tetap sama, takkan berubah juga nasib korang (ini juga termasuk diri Tok sendiri dan juga orang lain yang baca artikel ini).

Kalau tak terasa, mana mungkin kita nak gerakkan tubuh kita dan ambil tindakan yang sepatutnya, kan?

Tok doakan yang terbaik untuk korang semua. In Shaa Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.