PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kaji 12 perkara ini sebelum bayar mana-mana kelas hartanah

Sekarang ni, scammer tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Mereka masuk kelas orang, ambil nota, dan gunakan balik apa yang dia belajar tu untuk buat kelas lain. Bertambah parah, mula position-kan diri dia sebagai ‘sifu.’

Dan akibatnya, ramai la yang serah tengkuk dan rela jadi mangsa.

Golongan macam ni, harus kita tentang habis-habisan. Sebab Tok tak nak korang terkena, korang semua wajib ada ilmu ini.

Hadamkan perkongsian sempoi tapi power Tuan Zaidi Ismail ini.

Apa perkara yang anda wajib kaji?

Bismillah.

Setakat ni, saya dah terima 4 kes tersontot (aliran tunai negatif), kerana terlalu obses dan percaya bulat-bulat sifu hartanah terkenal dengan membeli hartanah yang banyak.

Pesan saya :

#1 : Pastikan diri anda sentiasa terkawal

Jangan obses. Dengar boleh, percaya jangan.

#2 : Kaji dulu kalau nak selamat

Buat kajian sendiri setelah dapat maklumat atau baca perkongsian mereka. Jangan terus percaya bulat-bulat apa yang digebangkan.

#3 : Elak jadi lurus bendul

Curiga, pertikai, dan kerap bertanya. Terutama sekali jika ada tawaran tertentu yang melibatkan jumlah wang yang besar.

Korang jangan senang-senang je bagi duit kat sifu-sifan ini.

#4 : Ada udang di sebalik mee?

Tanya soalan maut seperti :

“Berapa komisyen yang korang dapat sebab reccomend kat aku kelas ini?”

Ada kemungkinan besar sifu-sifan ni dapat imbuhan atas kesengsaraan orang lain. Biarpun pada zahirnya nampak macam nak membantu.

#5 : Beza sifu betul dan sifu ‘kaki sontot’

Kalau ada masalah, tanya balik kat sifu-sifan yang korang ikut tu.

Korang dah bayar kot (termasuk ahlik Urus Insan, Datang jumpa saya semula kalau ada masalah dengan cadangan yang saya berikan semasa sesi 1-on-1).

Lain la kalau sifu tu, korang tak jumpa-jumpa selepas puas mencari. Sah-sah korang dah kena kelepet, atau mungkin dia sudah meninggal dunia.

#6 : Guna 101% keupayaan common sense anda

Cari sifu yang bagi penyelesaian secara holistik dan berkongsi ilmunya (secara menyeluruh. Paling tak pun, dari segi konsep, bukan sekerat-sekerat). Penyelesaian dulu, baru duitnya kemudian.

Sebagai contoh. Misalnya kalau ada sifu yang suruh beli dan ceritakan pelbagai kelebihan beli rumah undercon, cuba korang tanya dia balik :

“Sepanjang bayar insuran berkala (progressive payment) tu, nak bayar pakai duit apa?”

Kalau dia jawab balik guna duit gaji, suruh sifu tu gantung diri dia sendiri dulu.

Ada lagi soalan-soalan yang korang boleh tanya. Contohnya :

“Kalau rumah dah siap, nak uruskan macam mana?”

Kalau dia jawab ‘tunggu rumah siap,’ atau ‘kena bayar dia dulu’ (misalnya), sama jugak. Suruh dia gantung diri dia dulu.

Dan yang paling utama, korang kena check sama ada sifu tu sama-sama melabur (buat atau tak) perkara yang dia sarankan. Gunakan 101% keupayaan common sense korang.

#7 : Suruh orang buat macam-macam. Dia sendiri buat tak?

Tengok dan semak betul-betul.

Sifu-sifan ni sebenarnya buat duit dengan perkara yang dia dikenali buat (sebagai contoh, pelaburan hartanah), atau dia sekadar buat duit dengan program, latihan, kelas, coaching, atau perkara-perkara lain?

Kalau dia sendiri tak buat, kenapa dia tak fokus pada perkara yang dia sarankan tu kalau ia benar-benar menguntungkan?

Atau, dia lebih banyak buat untung dengan jual temberang dekat orang lain?

Yang ni, sila gunakan kepasiti akal masing-masing untuk berfikir.

#8 : Tuntut bukti kukuh setiap masa

Minta bukti. Sebagai contoh, senarai hartanah yang dia laburkan.

Adakah dia melabur guna modal dia sendiri? Kadang-kadang, ada yang mengaku duit dia sendiri. Tapi sebenarnya dia guna duit orang lain.

Jenis macam ni biasanya akan jual diri dan rajin bergambar bersama kereta mewah, celebriti, ustaz, menteri, dan sebagainya. Korang kena ingat, ini bukan bukti yang kukuh dan sahih.

#9 : Fakta atau auta?

Kalau korang nak buat keputusan untuk ikut, ambil bahagian, atau sekadar beli produk atau pakej yang dia tawarkan, pastikan korang buat atas dasar fakta.

Bukan sebab sifu-sifan ini sekadar pandai gebang.

#10 : Anda nak belajar, bukan nak buat amal jariah

Cari sifu-sifan yang korang boleh belajar darinya. Dan bukan hanya sekadar bagi duit untuk masuk satu-satu program dan jadi zombie.

Takkan korang nak jadi lembu, ikut je ke mana tuan dia tarik?

#11 : Pastikan dulu kemampuan kewangan anda

Ukur dan kira kapasiti dan keupayaan kewangan korang , sebelum nak masuk mana-mana program atau kelas anjuran sesiapa, waima PM kesayangan korang sekalipun.

Kira dan terus kira. Dan kalau korang tak yakin dengan nombornya, jangan teruskan.

Tak buat untung, tak apa. Cuma jangan sampai rugi. Formula pelaburan yang pernah digunakan dulu, belum tentu sesuai dengan keadaan hari ini.

#12 : Fikir masak-masak dulu sebelum bayar

Tolong jangan jadi sengal sangat dan main bayar je yuran ribu-riban. Lebih-lebih lagi korang tahu benda tu boleh cara atau buat sendiri.

Jangan jadi pemalas. Belajar dengan membaca, dan rajinkan diri mencari ilmu.

Kalau korang dah banyak sangat duit dan tak tau nak letak kat mana, korang boleh je sedekahkan kat pihak yang lebih memerlukan. Lagi baik daripada korang bayar kat orang, yang kononnya ’sifu’ tu.

Jangan salahkan orang lain, kalau diri sendiri yang mudah percaya 

Saya tak salahkan mana-mana sifu-sifan. Selagi ada peluang, mereka ‘ngap’ je la. Lagipun, bukan dia paksa dengan mengacu pistol dekat kepala pesertanya.

Saya salahkan pesertanya yang senang obses dan terlalu sengal.

Pesanan di atas ditujukan kepada semua bakal peserta, termasuk diri saya sendiri dan semua sifu-sifan dalam semua bidang.

Kepada semua ahli Urus Insan, apa pun cabaran yang datang, kalian boleh WhatsApp, emel, telefon, hadiri sesi 1-on-1 saya, dan sebagainya.

Jangan sebab satu dua cadangan tak dapat dilaksanakan, korang dah give up.

Setakat hari ni, saya belum pernah tolak permintaan ahli Urus Insan (selagi permintaan tu masuk akal). Tapi kalau setakat nak bergambar dengan single pack, saya terpaksa tolak.

Akhir sekali, jangan mudah percaya. Biar pun datangnya daripada penulis ini. Kena ada sikit rasa curiga.

Bukan sebab buruk sangka, tapi sekadar beringat. Kita manusia yang sering alpa.

Wallahualam.

Susah-susah korang cari duit untuk belajar, orang lain pulak senang-senang ambil kesempatan.

Tok tak nak korang jadi ‘pak sanggup’ yang hanya mengikut cakap dan telunjuk orang lain. Masing-masing ada akal. Gunakan, jangan dibiar berkarat.

Elak bagi mereka peluang untuk dominate korang. Korang ada kuasa untuk ubah perkara ini daripada melarat.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *