PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

11 sebab kenapa bertangguh dalam pelaburan hartanah amat merugikan

Pelaburan hartanah boleh jamin pulangan yang sangat menarik, kalau korang tau cara ‘permainan’ yang betul.

Dan yang paling ketara, pelaburan hartanah ada bentuk fizikal. Tak macam pelaburan lain yang kebanyakannya bersifat intangible (tak boleh disentuh secara fizikal).

Bermakna, korang boleh tengok rumah tu, ukur berapa besar tanah dan keluasan binaan (built-up area) rumah, dan macam-macam lagi.

Pendek kata, korang boleh sentuh alat pelaburan tu. Dan kalau korang serius nak buat duit dengan rumah sewa, pastikan korang pertimbangkan dulu 11 perkara ni.

Baca sekarang perkongsian Billy Stohler yang Tok baca dekat blog WMA Property. Selamat menghadam.

#11: Boleh guna ‘duit orang lain’ untuk melabur dengan hartanah? 

Ini sebab utama dan salah satu punca kenapa ramai orang suka melabur dalam hartanah.

Secara mudahnya, korang boleh guna ‘duit orang lain’ (Other People’s Money – OPM) untuk melabur dalam hartanah. Tapi, korang masih dapat terima 100% manfaat daripada pelaburan yang dibuat.

Tak semua orang ada pegangan tunai yang banyak dalam bank. Tapi dengan pelaburan hartanah, korang boleh pinjam kat bank 70% hingga 95%.

#10: Tak payah bayar ansuran guna duit sendiri?

Rumah pelaburan yang terbaik adalah rumah yang orang lain tolong bayarkan. Bermakna, korang tak payah bayar ansuran bulanan dekat bank guna duit sendiri.

Dengan strategi yang betul, korang boleh cover duit ansuran tu guna duit sewaan yang penyewa bayar kat korang.

Selama mana korang nak buat macam ni, terpulang. Korang juga boleh naikkan sewa mengikut kadar semasa dan jana lebih banyak untung dari situ.

#9: Wajib cari rumah dengan capital appreciation yang ketara?

Hartanah yang korang beli tu, ada potensi untuk dapatkan capital appreciation. Tapi banyak atau tak, itu bergantung kat pelbagai faktor.

Yang kita nak beli, adalah rumah atau hartanah yang berpeluang dapatkan kenaikan nilai yang ketara pada masa akan datang.

Antara contoh terbaik, korang boleh tengok case study Tuan Faizul Ridzuan dalam buku WTF – 23 Properties by 30.

Bayangkan, Tuan Faizul beli rumah dengan harga RM140,000 je pada tahun 2005. Tapi lepas tempoh 5 tahun, kenaikan nilai boleh capai sehingga RM280,000 hingga RM300,000.

Keuntungan yang beliau dapat? RM140,000. Banyak ke, tak? Dan ini hanya makan masa 5 tahun je. Bayangkan kalau dibiarkan lebih lama lagi.

#8: Bina ekuiti, walaupun modal tak banyak?

Walaupun korang takde banyak modal untuk permulaan, korang masih mampu kembangkan ekuiti melalui pelaburan hartanah.

Dan benda ni, tak perlukan korang untuk tambah sebarang modal ekstra. Apa jumlah ansuran yang korang bayar sekarang, itu je yang korang kena bayar sampai habis tempoh pinjaman.

Dah la korang boleh gunakan duit untung sewa untuk cover ansuran bank. Lagi best, korang sendiri dapat nikmati capital appreciation rumah yang korang sewakan tu.

#7: Boleh dapat pengecualian cukai ke?

Setiap perbelanjaan yang melibatkan kos pemilikan (cost of ownership) boleh ditolak untuk kurangkan RPGT (jika korang rancang untuk menjual hartanah tu dalam masa 5 tahun).

Kalau jual dalam masa kurang 5 tahun, korang akan dikenakan cukai.

Bukan lama pun 5 tahun. Setiap kali nak beli hartanah pelaburan, pastikan korang fikirkan sekali faktor ni.

#6:  Hartanah – Alat pelaburan kalis inflasi?

Bila bercakap tentang inflasi, biasanya orang akan ada konotasi negatif.

Ini berita baik untuk seorang pelabur hartanah – korang boleh kawal inflasi semasa yang berlaku.

Kalau kos sara hidup meningkat, korang boleh naikkan kadar sewa untuk melawan inflasi yang berlaku. Pada masa yang sama, capital appreciation untuk hartanah tetap terus sama terus meningkat.

#5: Boleh ke pelaburan hartanah terus-menerus jana pendapatan pasif?

Salah satu masalah kebanyakan pelabur yang dah nak pencen? Mereka nak terus dapatkan pendapatan melalui pelaburan yang dibuat.

Dengan hartanah, perkara ni boleh dicapai. Lepas dah habis bayar loan kat bank, korang dapat rasa 100% kadar keuntungan daripada hartanah yang korang beli tu.

#4: Hartanah sebagai alat dapatkan positive cash flow?

Sehingga korang bayar habis loan rumah yang dibuat, korang masih boleh dapat untung beberapa ratus sepanjang korang sewakan rumah tu.

Untung sikit sangat? Takpe, sebab keuntungan ni korang boleh declare sebagai pendapatan pasif.

Dengan ini, korang boleh tingkatkan kuasa pinjaman untuk beli lebih banyak rumah pelaburan pada masa akan datang.

#3: Satu-satunya pelaburan dengan aset yang kukuh dan selamat

Hartanah dah lama dianggap sebagai antara pelaburan yang selamat. Korang susah nak rugi sebab hartanah susah nak susut nilai.

Bukan tak boleh susut nilai, tapi perkara ni jarang-jarang berlaku. Kalau jadi pun, kerana faktor-faktor tertentu.

Walaupun nilai hartanah ada potensi untuk naik atau turun, ia tetap lebih kukuh kalau nak dibandingkan dengan kelas aset yang lain.

#2: Ada berpeluang untuk refinance dan dapatkan tunai

Hartanah yang korang pegang tu pasti akan meningkat dari segi nilai dari masa ke semasa.

Dan satu lagi berita baik – korang boleh dapatkan tunai dengan refinance rumah tu kalau perlu.

Dengan duit tu, korang boleh langsaikan segala hutang, atau sebagai modla untuk beli lebih banyak rumah.

Refinance benarkan korang untuk menarik keluar ekuiti semasa yang ada, dan gunakan ia untuk dapatkan lebih banyak hartanah pelaburan pada masa depan.

#1: Nak dapatkan kebebasan kewangan (financial freedom)

Ini adalah objektif tahap tinggi yang nak dicapai oleh ramai pelabur hartanah dalam dunia ni.

Korang boleh cuba tanya pelabur hartanah yang korang kenal. Pasti ada yang bagi jawapan macam ni.

Dengan pemilikan hartanah pelaburan untuk jangka masa panjang, korang boleh jana pendapatan yang cukup untuk tanggung segala perbelanjaan sara hidup.

Apa makna semua ni?

Korang dah tak perlu bergantung kepada pekerjaan sebagai sumber pendapatan. Korang juga bebas gunakan masa korang untuk macam-macam perkara. Ikut suka hati korang.

Apa yang korang baca tadi menjelaskan kelebihan yang ada pada seorang pelabur hartanah. Pada Tok, memang banyak kalau nak bandingkan dengan pelaburan yang lain.

Bila dah habis baca ni, korang nak bertangguh lagi ke? Tok yakin korang mesti tak nak punya.

Lagi lama korang tangguh, lagi banyak kerugian yang korang kena tanggung. Dan takde pun orang yang siuman dan berakal dalam dunia ni suka rugi.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *