Kantoi buat 4 perkara ini, kewangan anda confirm barai?

Apa tanda-tanda ketara yang kesihatan kewangan korang di tahap yang merbahaya?

Pada pendapat personal Tok, kewangan korang ada masalah kalau masih tak mampu menyimpan (walaupun sikit) setiap bulan.

Kalau dibiarkan masalah ini berterusan, korang akan berhadapan dengan masalah kewangan yang lebih kronik kelak.

Tapi yang pasti, korang mampu berusaha untuk elakkan masalah ini daripada melarat lebih teruk.

Nah, Tok nak korang hadamkan perkongsian ini kalau betul-betul serius nak betulkan kewangan korang. Bagi yang baru nak bermula, ini ilmu yang korang patut ada.

Apa yang perlu dibuat setiap kali gaji masuk?

Tok syorkan korang baca dan fahamkan perkongsian kat blog Duit Kertas ni.

Setiap kali terima gaji hujung bulan, perkara utama yang perlu dibuat adalah bayar semua bil dan hutang yang sedia ada.

Manakala pada hujung bulan pula, duit gaji sudah habis dan terpaksa menanti pula gaji yang baru untuk masuk.

Kalau ada antara kita mengalami situasi diatas, mungkin tiba masanya menyemak semula pengurusan kewangan.

Seseorang yang tak berjaya membuat simpanan setiap bulan menunjukkan tahap kesihatan kewangan yang sedang tenat.

Perkara yang perlu kita tahu adalah simpanan merupakan asas kepada pengurusan kewangan yang baik sebelum libatkan diri dengan pelaburan pula.

Kami ingin kongsikan beberapa faktor dalaman yang perlu korang fikirkan semula tentang masalah untuk menyimpan setiap bulan

#1: Langsung tak tetapkan matlamat simpanan

Sebelum terima gaji, kita perlu tahu ke manakah arah tuju duit yang bakal kita terima.

Contoh:

  • Simpanan = 10%,
  • Perbelanjaan = 50%,
  • Takaful = 5%,
  • Pelaburan = 15%,
  • Hiburan = 10%,
  • Lain-lain = 10%.

Ini adalah contoh bagaimana kita boleh susun matlamat untuk duit gaji yang diterima.

Setiap peratus tersebut boleh diubah mengikut situasi masing-masing. Contohnya, kalau kita sedang berniat untuk beli rumah, mungkin kita boleh tinggikan lagi peratus simpanan untuk deposit rumah.

Apa yang lebih penting adalah mempunyai matlamat dan tujuan penggunaan duit supaya kita takde masalah kebocoran wang.

#2: Lebih sanggup jadi hamba nafsu

Kebanyakan golongan lepasan ijazah mempunyai masalah untuk mengawal nafsu perbelanjaan seperti kereta mahal, melancong, makan di tempat mewah, dan banyak lagi.

Jika kita jenis tak mampu kawal nafsu pada hari ini, sikap ini akan mengundang masalah yang lebih besar pada masa hadapan.

Orang yang berjaya biasanya akan mengorbankan nafsu mereka ketika masih muda, untuk mendapat kesenangan yang lebih besar pada masa hadapan.

Contoh yang lebih mudah adalah apabila kita buat keputusan membeli kereta yang mahal. Ini akan menyukarkan kita untuk beli rumah pada masa depan.

Manakala jika kita beli rumah terlebih dulu, boleh kita sewakan rumah tu dan wujudkan pendapatan pasif. Kita juga takkan ada sebarang masalah untuk membeli kereta selepas itu.

#3: Tak mencari dan belajar ilmu kewangan

Walaupun ada antara kita lepasan ijazah jurusan kewangan atau perniagaan, itu tak menjanjikan kita akan selamat dari masalah kewangan.

Teori yang kita pelajari di dalam kelas tak semuanya sama dan boleh dipraktikkan kat dunia sebenar.

Pada hari ini, ramai golongan profesional telah di tipu melalui skim cepat kaya yang semakin berkembang di Malaysia. Walaupun bekerjaya sebagai seorang doktor, pensyarah atau arkitek, ini tak menjanjikan kita selamat dari ditipu oleh skim tersebut.

Apabila mereka percaya bahawa skim cepat kaya tersebut boleh menjadikan mereka hidup senang, mereka tak akan membuat simpanan.

Selain itu, faktor lain yang menjadikan mereka kurang ilmu pengurusan kewangan, adalah tak mempunyai minat untuk baca buku berkaitan kewangan dan juga tidak mempunyai masa untuk hadir ke seminar kewangan atau pelaburan.

#4: Dah terkena, baru nak mengadah

Bila dah terkena, baru terfikir nak berubah.

Mungkin kita tak nampak apa kepentingan menyimpan pada hari ini, kerana masa depan yang masih belum pasti.

Namun, kita sendiri bertanggungjawab untuk memastikan masa depan lebih cerah tanpa masalah kewangan.

Apabila sudah berumur 40 tahun, mungkin agak terlewat untuk bermula dengan simpanan kerana waktu ini sepatutnya kita sedang menuai hasil pelaburan.

Semakin awal kita mulakan, semakin cepat untuk kita mendapatkan hasil atau keuntungan.

Selain itu, rata-rata yang beli kereta dengan pinjaman sehingga 9 tahun juga akan rasa menyesal apabila mereka terbeban dengan hutang yang tinggi setiap bulan.

Permohonan pinjaman perumahan juga terpaksa ditolak atas faktor komitmen yang terlalu tinggi

Tok harap, korang tak main-main dalam hal menguruskan kewangan dengan baik.

Kalau tersalah urus, buat rugi masa dan tenaga korang je. Padahal, boleh je uruskan dengan baik sebelum tu.

Selagi korang tak mampu menyimpan, elak melibatkan diri dengan mana-mana pelaburan dulu. Semoga korang amalkan nasihat Tok yang simpel ni ya.

98 Shares

Leave a Reply