Tahu tak? Anda boleh gunakan simpanan KWSP untuk 4 perkara “ini”

Tahu tak? Anda boleh gunakan simpanan KWSP untuk 4 perkara “ini”

51450
4
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Rajin semak penyata tahunan KWSP korang tak?

Mesti banyak wang korang dah simpan kan? Untuk itu, tahniah Tok ucapkan.

Kalau korang dah bekerja dalam tempoh 1 tahun, tak mustahil simpanan EPF korang boleh cecah 4 angka (paling sikit) . Dan ada yang dah dapat menyimpan lebih daripada jumlah ini.

Tapi, apakah yang boleh kita buat dengan wang EPF ini?

Tok ada baca penjelasan tentang perkara ini di loanstreet.com.my, dan ia adalah ilmu yang bagus untuk kita hadam bersama.

#1: Pengeluaran untuk tujuan membeli (atau membina) rumah.

Skim ini membenarkan penyimpan keluarkan wang EPF (Akaun 2) untuk tujuan membeli hartanah.

Berikut adalah jenis hartanah yang layak dibeli dengan EPF:

  1. Rumah banglo,
  2. rumah teres,
  3. rumah bekembar (semi-detached),
  4. apartmen,
  5. kondominium,
  6. studio (apartmen),
  7. service apartment,
  8. townhouse,
  9. SOHO,
  10. atau lot kedai dengan unit kediaman (yang dijual oleh pemaju, individu, atau melalui lelongan awam).

Kita boleh pergi ke mana-mana cawangan KWSP untuk hantar borang KWSP 9C (AHL) (D5) Withdrawal Form, bersama dokumen sokongan lain untuk memohon.

Nota tambahan: Borang dan dokumen ini juga boleh dihantar guna perkhidmatan pos. Tak ada masalah.

Dokumen sokongan yang kita perlu sediakan adalah:

  1. SPA (Sales and Purchase Agreement),
  2. Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (Housing Loan Approval Letter), atau “Loan Facility Agreement”.

Nota tambahan: Abaikan dokumen “Housing Loan Approval Letter” kalau kita beli rumah itu secara tunai.

Dalam kebanyakan kes, kita kena selesaikan kos pendahuluan terlebih dahulu sebelum buat permohonan ini.

Antara contoh kos pendahuluan yang terlibat seperti:

  1. Kos tempahan (booking cost) dan wang pendahuluan untuk rumah,
  2. kos guaman dan duti setem untuk surat SPA (Perjanjian Jual Beli),
  3. dapatkan sekurang-kurangnya surat kelulusan pinjaman perumahan.

Had pengeluaran EPF untuk tujuan ini.

1. Wang daripada EPF (Akaun 2) boleh digunakan untuk membayar beza harga antara harga rumah (berdasarkan harga SPA) dan jumlah pinjaman perumahan, sehingga 10% tambahan ke atas harga rumah.

Jadi, kalau kita berjaya dapatkan 100% pinjaman, jumlah maksimum yang boleh kita keluarkan adalah sebanyak 10% daripada harga rumah yang kita nak beli itu.

2. Jika rumah itu dibeli secara tunai, kita boleh tarik balik harga rumah itu sehingga 110%.

3. Sebarang jumlah pengeluaran tertakluk kepada jumlah wang yang terkumpul dalam akaun EPF (Akaun 2) pemohon (atau “joint account”).

Antara syarat kelayakan untuk pengeluaran EPF.

  • Pengeluaran untuk membeli rumah pertama.
  • Pengeluaran untuk membeli rumah kedua (dengan syarat rumah pertama dijual, atau pelupusan harta telah dibuat).

Korang boleh lihat senarai penuh Terma dan Syarat, serta senarai dokumen sokongan yang perlu kita sediakan dengan klik pautan kat bawah ini:

#2: Pengeluaran untuk kurangkan (atau menebus) baki pinjaman perumahan.

Penyimpan boleh keluarkan wang dalam EPF (Akaun 2) untuk kurangkan, atau menebus baki pinjaman perumahan yang ada (bergantung kepada institusi kewangan yang diluluskan).

Kita boleh buat pengeluaran ini untuk pembelian hartanah melalui individu, pembelian bersama (joint purchases), atau pinjaman perumahan untuk pasangan kita.

Untuk memohon, sediakan:

  1. penyata terkini Baki Pinjaman Perumahan (Housing Loan Balance Statement) yang tak lebih daripada 3 bulan dari tarikh permohonan,
  2. Surat Penebusan Pinjaman (di mana pembiayaan semula telah dilakukan sebelum ini).

Permohonan ini sama seperti yang sebelum ini. Ia boleh dibuat dengan berkunjung ke cawangan KWSP terdekat, dan hantar borang KWSP 9C (AHL) (D5) Withdrawal Form (beserta dokumen sokongan), atau hantar gunakan perkhidmatan pos.

Had pengeluaran EPF untuk tujuan ini.

  • Jumlah yang boleh dikeluarkan bergantung kepada keseluruhan jumlah baki pinjaman yang ada.
  • Sebarang jumlah pengeluaran tertakluk kepada jumlah wang yang terkumpul dalam akaun EPF (Akaun 2) pemohon (atau “joint account”).

Syarat kelayakan untuk pengeluaran EPF.

  • Untuk kurangkan (atau menebus) baki pinjaman untuk hartanah pertama yang dibeli.
  • Untuk kurangkan (atau menebus) baki pinjaman untuk hartanah kedua (dengan syarat, hartanah pertama telah dijual atau dilupuskan).

Nota tambahan: Untuk lihat syarat dan terma yang lengkap dan borang permohonan, sila klik kat sini.

#3: Pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Skim ini pula dilihat sebagai tambahan kepada skim sebelum ini (pengeluaran untuk kurangkan, atau menebus baki pinjaman perumahan).

Kita boleh setkan EPF (Akaun 2) untuk bayar terus kepada pihak bank yang kita buat pinjaman.

Apabila kita dah set seperti ini, ia hanya boleh dibatalkan selepas 1 tahun selepas pengeluaran awal.

Ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Pembatalan Pengeluaran (Withdrawal Cancellation Application Form).

Untuk skim ini, sediakan Penyata Baki Pinjaman Perumahan terkini (yang tak lebih daripada 1 bulan dari tarikh permohonan) semasa membuat permohonan.

Kita boleh ke mana-mana cawangan KWSP dan hantar borang KWSP 9P (AHL) Withdrawal Form bersama dokumen sokongan.

Nota tambahan: Untuk lihat syarat dan terma yang lengkap dan borang permohonan, bleh layari laman web KWSP, atau klik sini.

#4: Untuk dapatkan nilai pinjaman perumahan yang lebih tinggi.

Skim ini pula dapat membantu kita yang nak memohon nilai pinjaman yang lebih tinggi (melebihi syarat kadar pinjaman yang layak kita dapat).

Kita boleh memohon kepada KWSP untuk ketepikan jumlah tertentu daripada EPF (Akaun 2), untuk dimasukkan dalam “Flexible Housing Withdrawal Account”.

Caruman bulanan ke akaun ini dianggap sebagai pendapatan kepada orang yang memohon.

Ini melayakkan kita dapatkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi untuk membeli (atau membina) rumah.

Selain menetapkan jumlah tertentu untuk dipindahkan daripada EPF (Akaun 2) setiap bulan, kita juga boleh memohon untuk pemindahan “initial lump sum” daripada akaun ini.

Apakah yang berlaku kepada wang dalam “Flexible Housing Withdrawal Account” ini?

Wang dalam akaun ini masih tertakluk kepada inidividu (penyimpan) dan ia dalam kawalan KWSP.

Ia tak diberikan kepada pihak bank, dan akan terus mendapat dividen daripada EPF.

Tapi, dana dalam akaun ini tak boleh diakses oleh individu sehingga keadaan khas tertentu dipenuhi terlebih dahulu.

Salah satu contoh adalah kebenaran dan kelulusan daripada pihak bank untuk “mencairkan” wang ini.

Secara tipikalnya, pihak bank akan bersetuju untuk perkara ini apabila “pendapatan sebenar” individu itu ditambah dengan amaun yang dipindahkan ke EPF (Akaun 2) setiap bulan.

Selain itu, permohonan untuk “mencairkan” wang dan hentikan sebarang pemindahan dana pada masa hadapan kepada “Flexible Housing Withdrawal Account” hanya boleh dibuat 1 tahun selepas permohonan.

Bagaimana nak memohon untuk ini?

  1. Beritahu institusi kewangan (yang kita buat pinjaman) tentang “Flexible Housing Withdrawal Account” ini semasa proses permohonan. Kemudian, dapatkan pengesahan daripada institusi kewangan tentang maklumat pinjaman.
  2. Kemukakan permohonan ini melalui institusi kewangan yang kita pilih.
  3. Pengeluaran “Flexible Housing Withdrawal” ini wajib kita gunakan bersama dengan:
  • Pengeluaran EPF untuk membeli (atau membina rumah), ATAU
  • Pengeluaran EPF untuk kurangkan (atau selesaikan) baki pinjaman perumahan.

Nota tambahan: Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web KWSP. Atau klik sini.

Kalau perkongsian Tok ini bermanfaat, korang boleh kongsikan artikel ini kat kawan-kawan yang lain.

Dan kalau korang dah ada pengalaman buat 4 perkara atas ini, Tok galakkan korang untuk kongsikan kat ruangan komen supaya pembaca lain dapat belajar dan buat tanpa rasa takut.

Ilmu yang baik adalah untuk dikongsi bersama-sama. Betul betul?

4 COMMENTS

  1. Saya nak tanya saya ada masalah kewangan gaji sebab ade pinjaman bank dengan hutang dekat along sebanyak rm15xxxk…dengan itu gaji saya tidak mencukupi untuk buat perbelanjaan rumah dengan anak2..saya perlu menanggung 5 orang termasuk saya anak2 saya 3 orang..saya berfikir hendak keluar kan duit accoun kwsp saya untuk setell kan hutang2 along…saya tidak ada cara lain lagi…saya harap pihak tuan2 boleh cari jalan penyelesian untuk saya….saya harap sangat2…

  2. wan nazaruddin.saya pun nak kluar akaun 2 untuk menyelesaikan masalah yg sama di hadapi oleh encik shazuan.mempunyai dua anak.menyara keluarga.hampir rm17xxxxx.

  3. wan nazaruddin kami perlukan bantuan dari pihak anda tolong lah kami.sb byk bank yg kami telah cuba tapi tidak layak masalah gaji.perihatan lah kepada individu yang memerlukan.

  4. Mustahil lah kwsp bg keluarkan atas sebab nak bayar hutang dan sebagainya. Sekali kita menyimpan dlm kwsp mereka menganggap seperti duit mak bapak mereka. Kita pula perlu merayu untuk keluarkan duit sendiri.

LEAVE A REPLY