Apa anda perlu buat kalau nak langsaikan hutang RM10,000 dalam tempoh 2 tahun?

/, Tips Kewangan/Apa anda perlu buat kalau nak langsaikan hutang RM10,000 dalam tempoh 2 tahun?

Cabaran terbesar orang yang berhutang adalah melangsaikan hutang (tak kira pinjaman kad kredit, pinjaman peribadi, atau segala sepupu-sepapat hutang yang lain) yang terbina sejak sekian lama.

Dengan baki hutang RM10,000 pada kadar faedah 20%, korang terpaksa bayar sekitar RM500 sebulan (ini adalah anggaran kasar saja).

Lebih malang lagi, baki prinsipal hutang tak pula berkurang. Dan ini yang buatkan kita tertekan dalam usaha mencapai matlamat murni ini.

Apa yang boleh korang buat untuk langsaikan hutang terkumpul dalam masa 2 tahun?

Ini dia jalan penyelesaian yang Tok baca kat blog iMoney. Dengan izin Allah S.W.T, lepas baca ni, korang akan lebih jelas nak buat apa.

#1: Utamakan yang paling penting terlebih dulu.

Kalau korang ada beberapa koleksi hutang, adalah satu tindakan rasional untuk bayar hutang yang ada kadar faedah paling tinggi dulu.

Objektif kita adalah nak elakkan terkena negative ammortization (situasi dimana korang terpaksa bayar peningkatan baki pinjaman pokok, sebab gagal membayar jumlah faedah yang wajib dibayar).

Jumlah baki pinjaman akan ditambah kat pinjaman pokok. Dan akibatnya, korang terpaksa bayar hutang 2 kali ganda lebih daripada sepatutnya.

Ingat juga ya. Kalau korang tak bayar langsung, lagi teruk akibatnya. Korang kena kaji apakah kesan dan akibat daripada perlakuan ini.

Sebagai contoh, korang akan kehilangan tempat tinggal kalau tak bayar pinjaman perumahan. Atau tak boleh buat sebarang pinjaman sebab tak bayar balik PTPTN.

Strategi ni sesuai dengan orang yang ada disiplin yang tinggi dalam pengurusan kewangan. Ia akan kurangkan kos dan jadikan korang bebas hutang dengan lebih cepat.

#2: Bayar hutang dengan kadar faedah yang kecil dulu (Teknik Snowball).

Tapi, macam mana pula kalau orang tu takde tahap disiplin yang tinggi dalam menguruskan kewangan?

Untuk kes ini, ada je teknik bola salji (snowball technique) yang akan bantu korang uruskan hutang dengan baik.

Tak cukup sekadar tu saja. Teknik ni juga berikan kesan psikologi yang positif. Korang akan dapat rasa ni bila tengok bil korang semakin berkurang dari masa ke semasa.

Mula-mula, korang buat senarai hutang daripada jumlah hutang yang paling rendah ke paling tinggi (seperti jadual kat bawah ni):

Sebagai contoh, katakan korang memperuntukkan RM500 sebulan untuk bayar balik hutang yang ada.

Bila dah tambah semua pembayaran bulanan (ambil pembayaran yang minimum) tadi, total semua sekali adalah RM386.

Bermaksud, korang akan ada lebihan tunai sebanyak RM114, betul? (RM500 – RM386).

Duit extra ni, korang boleh salurkan dekat hutang yang terendah (kredit A). Daripada bayar minimum RM50, korang boleh bayar RM164 (RM50 + RM114).

Ulang balik proses yang sama, bermula daripada hutang yang kecil hingga ke hutang yang besar.

Teknik ni membantu korang bayar balik baki faedah yang tinggi jauh lebih cepat, berbanding dengan hanya membayar hutang secara rawak.

#3: Buat pembayaran mikro untuk kurangkan hutang (teknik Snowflake).

Teknik ni dirumus untuk membantu kita langsaikan hutang dengan buat pembayaran secara mikro.

Pembayaran ini boleh bermula daripada jumlah yang kecil, dan dari masa ke semasa, akan bertambah sehingga menjadi besar. Hasilnya, kita dapat jimatkan sehingga beribu-ribu Ringgit dalam pembayaran faedah.

Setiap kali korang kumpul dana untuk jelaskan hutang (tak kisah berapa banyak pun), gunakan duit terkumpul ni untuk bayar hutang yang tertunggak.

Sebab apa kita buat macam ni?

Kalau korang tak gunakan duit terkumpul ni untuk bayar hutang, korang lebih ada potensi untuk berbelanja kat perkara yang tak patut. Dan tak payah la korang nak berdalih. Ni adalah sifat standard seorang manusia.

Ramai yang selalu abaikan kuasa pembayaran dalam jumlah yang kecil. Usaha kecil ni, tetap dipandang sebagai sebuah usaha ya. Walaupun tak nampak ketara, ia tetap berikan kesan compounding yang baik.

Untuk selesaikan hutang RM10,000 dalam masa 2 tahun, korang hanya perlu bayar (anggaran) RM14 setiap hari. Not bad, kan?

Baca tip tambahan ini kalau anda serius nak langsaikan hutang.

Untuk melengkapkan 3 kaedah kat atas ni, ada beberapa prinsip kewangan yang korang boleh gunakan, seperti:

#4: Sentiasa gunakan kad kredit dengan bijak.

Bila dah dapat penyata kad kredit dan korang tak mampu nak bayar baki secara penuh, bermakna korang dah berbelanja lebih daripada yang sepatutnya.

Jadi, gunakan kad kredit dengan syarat tak melebihi jumlah penuh yang korang boleh bayar.

Dengan lebih berhati-hati semasa berbelanja (menggunakan kad kredit), korang boleh bayar balik hutang tanpa banyak masalah.

#5: Sikap bertangguh adalah pembunuh utama.

Tok nasihatkan korang buat pembayaran hutang sebelum tarikh grace period yang ditetapkan pihak bank.

Kalau korang selalu bertangguh dalam perkara ni, banyak faedah yang buta-buta je korang bayar. Gunakan alat bantuan seperti buat reminder kat kalendar korang, atau pesan kat pasangan atau kawan-kawan korang untuk ingatkan.

Kalau tak, bertambah lama la korang jadi pak sanggup yang rela hati membayar kadar faedah yang tinggi.

#6: Tak rugi pun bayar lebih.

Setiap kali dapat bonus (atau sebarang dana tambahan yang lain), tingkatkan bayaran hutang korang ya. Cara ni dah tentu dapat settle-kan hutang korang dengan lebih cepat. Common sense je kot.

#7: Pelan langkah kecil (baby steps) dalam usaha langsaikan hutang yang ada.

Korang boleh mulakan dengan pelan pembayaran balik yang rendah sebagai permulaan, dan tingkatkan jumlah ini dari masa ke semasa.

Siapa tahu. Ada rezeki, korang dapat naik pangkat dan gaji jadi semakin tinggi. Gunakan kelebihan ini untuk langsaikan hutang ya. Bukan ubah gaya hidup dan kerapkan jumlah melepak kat kedai kopi hipster.

Sebagai contoh, dengan hanya buat bayaran minimum untuk hutang kad kredit RM20,000 (dengan kadar faedah 17%), ia akan menelan kos RM7,274 (caj faedah keseluruhan).

Dan ini akan menelan masa 6 tahun 4 bulan untuk langsai.

Dengan ada strategi pembayaran hutang yang terancang, korang boleh buat keputusan kewangan yang lebih baik bila berbelanja dan bayar balik duit yang dipinjam. Yang penting, ia realistik untuk dicapai.

#8: Jual pelaburan yang berikan pulangan yang rendah.

Kalau pelaburan korang hanya hasilkan pulangan 5%, tapi kadar faedah hutang korang adalah 10%, adalah satu pilihan yang baik untuk jual pelaburan tu untuk langsaikan hutang yang ada.

#9: Kurangkan jumlah simpanan.

Adalah tak wajar untuk menyimpan duit kat dalam simpanan (yang hanya berikan minimum 3% pulangan faedah), sedangkan hutang korang kena caj faedah sebanyak 17%.

Betul, korang wajib tambah simpanan untuk sebarang situasi yang tak diduga dan waktu-waktu kecemasan.

Tapi kalau terdapat perbezaan yang signifikan antara keuntungan faedah dan faedah yang perlu dibayar, adalah lebih baik korang gunakan simpanan ni untuk selesaikan hutang.

#10: Kaji celah mana yang anda boleh kurangkan perbelanjaan. 

Tok nak ulang balik peraturan emas dalam menguruskan kewangan yang baik.

Yang penting adalah mengawal perbelanjaan supaya tak terlebih daripada bajet yang dah ditetapkan.

Bajet bukan saja untuk mengawal perbelanjaan mengikut pendapatan bulanan kita. Tapi ia juga bertujuan untuk melangsaikan hutang korang dengan lebih teratur dan cepat.

Dengan bajet, korang dapt kenal pasti perbelanjaan yang boleh dikawal, atau tinggalkan perbelanjaan yang tak perlu.

Dalam proses ni, korang juga dapat melatih sikap disiplin dalam diri, dan jadi lebih bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan.

Matlamat utama adalah mengawal kewangan dan tingkatkan aliran tunai setiap masa. Lebih banyak wang lebihan yang korang ada, lebih tinggi jumlah hutang yang perlu korang kurangkan.

Tapi ingat tau. Bayaran hutang bulanan tu, tak boleh lebih 36% daripada pendapatan kasar bulanan korang.

Tok harap perkongsian ni dapat membantu korang langsaikan hutang RM10,000 dalam tempoh 2 tahun.

Segala strategi dalam artikel ni, korang boleh sesuaikan mengikut kapasiti masing-masing. Nak langsaikan hutang lebih RM10,000 pun boleh.

Ini dia kuasa ilmu. Dengan ilmu yang betul, segala masalah boleh selesai. Yang penting, sabar dan bagi komitmen 101%. Tok percaya korang boleh buat!

PS: Korang boleh tambah strategi lain kat ruangkan komen tau. Lagi banyak korang kongsi, lagi bertambah murah rezeki korang. Janji Allah S.W.T kan bersifat pasti? Hehe.

By |2016-08-29T05:26:02+00:00August 29th, 2016|Featured, Tips Kewangan|