PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Banyak sangat hutang sampai susah nak buat loan rumah? Baca kisah wanita yang berjaya simpan RM3,000 sebulan selepas buat 4 langkah ini.

Pernah dengar tak keluhan ini…

“Tok, komitmen pinjaman saya banyak sangat sampai bank langsung tak mahu bagi pinjaman untuk beli hartanah.

Boleh Tok tolong bagi cadangan untuk selesaikan masalah ini?”

Masalah di atas adalah masalah normal yang dihadapi oleh majoriti rakyat Malaysia. Masa berhutang, bukan main gembira. Hutang yang diambil pula bukan hutang yang sihat.

Tok akan bagi cadangan berdasarkan apa yang Tok belajar daripada brother Faizul Ridzuan.

69065cea8fbd826d79f73a76dd38f3bb

Tiga hasil yang wanita ini bakal dapat…

Minggu lepas, beliau bagi konsultansi atau khidmat nasihat kepada wanita yang mempunyai masalah komitmen pinjaman yang terlalu tinggi.

Faizul strukturkan semula kewangan beliau, dan antaranya hasilnya adalah: Wanita ini mampu untuk simpan lebih RM3,000 setiap bulan. Padahal sebelum ini langsung tidak mempunyai kemampuan untuk menyimpan langsung.

Apa lagi hasil yang lain?

1) Komitmen bulanan beliau turun kepada RM2,050 daripada RM5,000 sebulan. Penurunan yang agak drastik iaitu sekitar 60%.

2) Kurangkan kadar faedah pinjaman yang beliau ambil daripada 18% setahun kepada 4.5% setahun.

3) Paling menyeronokkan, wanita itu kini mampu untuk membeli beberapa buah hartanah bagi tujuan pelaburan.

Debt_BM

Sebelum ini beliau pernah cuba minta pinjaman untuk membeli rumah bernilai RM600,000, tetapi gagal kerana komitmen bulanannya terlalu tinggi.

4 Langkah yang boleh anda gunakan untuk dapatkan loan rumah… Walaupun banyak hutang.

Apakah tindakan dan strategi magik si Faizul gunakan untuk membantu wanita tadi?

Selepas baca perkongsiannya, Tok tak rasa pun teknik yang dikongsikan itu sebagai magik atau susah sangat mahu buat.

Ia melibatkan asas kewangan yang paling kritikal.

Ini apa yang Faizul suruh wanita itu buat:

1) Habiskan bayar untuk pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.

2) Jika tidak mampu, tukar dengan kadar faedah yang lebih rendah.

3) Dalam kes wanita ini, Faizul suruh dia refinance hartanah yang sedia ada dan gunakan duit itu untuk bayar semua hutang-hutang dan pinjaman yang menyusahkan.

4) Cuba teka hutang-hutang apa? Jawapannya: Kad kredit, pinjaman peribadi dan juga pinjaman kereta.

Adakah sesuai untuk semua orang?

Tok dah cakap, tak ada benda yang magik pun.

Ia berbalik semua pada asas pengurusan kewangan. Lebih-lebih lagi bab emosi yang merupakan benda paling sukar untuk dikawal.

Adakah cara ini sesuai untuk semua orang?

Tok berani cakap “Ya.” Tapi ada beberapa kriteria yang anda perlu faham sebelum buat.

Kriteria-kritera ini nanti Tok cerita dalam artikel akan datang.

Buat masa sekarang, cuba lihat kembali 4 langkah yang Tok bagi. Cuba fikirkan bagaimana ia boleh membantu anda mengurangkan beban hutang sedia ada, supaya potensi untuk membeli hartanah itu sentiasa ada.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *