PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kesimpulan Pembentangan Bajet 2017

Berikut adalah isi (intipati) daripada ucapan bajet daripada Menteri Kewangan sebentar tadi:

1) Bajet 2017 memperuntukkan RM260.8 bilion, 3.4% lebih tinggi daripada Bajet 2016 sebelum ini.

2) Kerajaan menjangka untuk mencapai 3% defisit fiskal pada tahun 2017.

3) Hanya 2.1 juta pembayar cukai pendapatan daripada 14.6 juta jumlah tenaga kerja negara.

4) Tiada kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk 2017.

5) Ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan persepsi. Kerana tanpa keyakinan, tidak akan ada pelaburan untuk memacu ekonomi.

Untuk menghargai sumbangan penjawat awam, yang berikut telah diumumkan:

1) Untuk memanjangkan tempoh “Fully-Paid Study Leave” dengan biasiswa kepada Kumpulan Sokongan (Support Group), yang pada masa ini terhad kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

2) Cuti kuarantin sehingga 5 hari tanpa rekod untuk penjawat awam yang mempunyai anak yang sakit dan perlu dikuarantinkan.

3) Kemudahan pinjaman komputer yang dilanjutkan bagi pembelian smartphone. Penjawat awam boleh gunakan ini sekali setiap 3 tahun, dan terhad kepada pembelian sebanyak RM5,000.

4) Peningkatan had pinjaman motosikal untuk penjawat awam, daripada RM5,000 kepada RM10,000.

5) Meningkatkan pinjaman perumahan kakitangan awam kepada RM200,000 dan RM750,00, daripada RM120,000 dan RM600,000.

6) Menyiapkan 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Ia akan dijual pada harga RM90,000 hingga RM300,000, iaitu 20% di bawah harga pasaran.

7) Melanjutkan kontrak perkhidmatan dan kontrak bagi pegawai-pegawai perkhidmatan yang tamat pada akhir tahun ini, kepada sekurang-kurangnya untuk tempoh 1 tahun lagi.

8) Bagi menangani isu doktor pakar berhenti daripada kerja di hospital Kerajaan dan kelewatan naik pangkat, Gred 56 diperkenalkan di antara Gred 54 dan JUSA C untuk pakar-pakar perubatan dan pergigian.

9) Untuk melantik kumpulan pertama doktor, doktor gigi, dan ahli farmasi dengan kontrak terbaru sebelum Disember 2016, disebabkan oleh kekangan dalam jawatan tetap.

Dalam erti kata lain, hampir 2,600 daktor tanpa pengalaman “housmanship” dibenarkan bekerja di hospital Kerajaan berdasarkan kontrak.

Bagi kesejahteraan rakyat, Kerajaan terus komited untuk melaksanakan projek-projek mesra rakyat dan program di kawasan bandar dan luar bandar, seperti berikut:

1) Untuk mencerahkan kawasan kampung pada waktu malam, sebanyak 97,000 lampu jalan dan 3,000 lampu LED akan dipasang di persimpangan jalan untuk 7,500 kawasan kampung di seluruh negara.

2) Untuk meningkatkan hubungan jalan antara kampung dan bandar, 616KM jalan raya dan jambatan kampung akan dibina dan dinaik taraf dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

3) Untuk memastikan jalan negeri, sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan kepada semua negeri-negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Malaysian Road Records Information System).

4) Untuk membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah miskin dan usang di kampung-kampung terpencil dan penempatan orang asli dengan peruntukan sebanyak RM350 juta.

5) Untuk meningkatkan bekalan air bersih dengan peruntukan sebanyak RM732 juta, mensasarkan 5,200 rumah dan menaik taraf sistem bekalan air Felda.

Dana bekalan air akan ditubuhkan dengan segera, dengan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk menangani isu bekalan air diseluruh negara.

6) Menyediakan bekalan eletrik di kawasan luar bandar, menyasarkan kira-kira 10,000 buah rumah dengan peruntukan sebanyak RM460 juta.

7) Kerajaan mengambil berat tentang kebajikan kediaman bandar, terutamanya rumah pangsa. Rumah pangsa yang ada sekarang ini kekurangan penyelengaraan dan fungsi lif yang baik:

8) Kerajaan akan melaksanakan projek mesra rakyat dengan peruntukan sebanyak RM800 juta, dengan keutamaan diberikan kepada kontraktor tempatan G1 dan G2.

9) Sebanyak 69 rancangan pengurangan banjir akan diteruskan di seluruh negara, dengan peruntukan sebanyak RM495 juta.

10) Kerajaan akan melaksanakan MyBeautiful New Home, terutamanya bagi kumpulan B40 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.

Pada peringkat awal, sebanyak 5,000 unit akan dibina dengan harga antara RM40,000 hingga RM50,000 seunit. Kerajaan akan membiayai RM20,000, manakala baki akan dibayar secara ansuran oleh setiap pemilik.

11) Sebanyak 9,850 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM134 juta.

12) Sebanyak 11,250 rumah PPR sedang dibina dengan peruntukan sebanyak RM576 juta. Rumah-rumah PPR itu akan dijual pada harga antara RM35,000 dan RM42,000.

Untuk membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya golongan B40, RM275 juta akan diperuntukkan untuk tujuan:

1) Memperluaskan MySuria Prog di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM45 juta. Panel solar akan dipasang di lebih 1,600 buah rumah.

2) Memperluas Program Mobileprenuer oleh Giatmara, dengan peruntukan sebanyak RM30 juta, menyasarkan 3,000 peserta menggunakan motosikal.

3) Pengenalan program usahawan dalam sektor pertanian untuk melahirkan 3,000 usahawan muda dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

4) Menghidupkan semula program eUsahawan dan eRezeki di bawah MDEC, yang terdiri daripada 300,000 peserta dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

5) RM10 bilion diperuntukkan untuk subsidi, yang terdiri daripada subsidi bahan api termasuk untuk gas memasak, tol, pengangkutan awam dan pelbagai insentif lain.

6) Untuk membantu petani, Kerajaan akan memperuntukkan RM1.3 bilion untuk memberi subsidi harga, benih, dan baja termasuk padi bukit.

7) Sebagai insentif kepada pekebun getah kecil-kecilan yang berdaftar, Kerajaan akan memperuntukkan RM250 juta untuk pengeluaran getah.

8) Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Musim Hujan dengan jumlah sebanyak RM250 setiap bulan selama tempoh 3 bulan pada bulan November, Disember, dan Januari.

9) Elaun kos hidup bulanan untuk para nelayan sebanyak RM200, dinaikkan kepada RM300. Ini akan beri manfaat kepada 57,000 nelayan di negara ini.

Bantuan BR1M bagi tahun akan datang, yang akan memberi manfaat kepada 7 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion, dinaikkan seperti berikut:

1) Bagi isi rumah di dalam pengkalan data e-Kasih dengan pendapatan bulanan bawah RM3,000, ia akan ditingkatkan kepada RM1,200, daripada RM1,050 dan RM1,000.

2) Untuk isi rumah yang berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, ia akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM900.

3) Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000, ia akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

4) Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000, yang akan diberikan kepada waris penerima BR1M dan orang yang tergolong dalam kategori warga tua.

5) RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pendidikan TVET. 4 institusi TVET akan dijadikan politeknik, dan 4 lagi kolej vokasional dan 1 lagi akan menjadi sebuah pusat latihan untuk tenaga pengajar TVET.

6) RM220 juta diperuntukkan untuk menaik taraf peralatan pendidikan di institusi TVET, serta RM360 juta untuk Dana Koperasi Pembangunan Kemahiran (Skill Development Fund Corporation).

7) Potongan cukai sebanyak 2 kali untuk diberikan ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat swasta untuk menyediakan Program Latihan Berstruktur untuk pelajar di bawah TVET.

8) RM50 juta diperuntukkan untuk melanjutkan program SL1M oleh GLC kepada 20,000 graduan pada tahun 2017, berbanding dengan 15,000 graduan pada 2016.

Bagi sektor perumahan, yang berikut telah diumumkan untuk meningkatkan pembeli rumah pertama:

1) Menyediakan tanah kosong Kerajaan di lokasi-lokasi strategik untuk GLC dan PR1MA untuk membina lebih daripada 30,000 rumah dengan harga jualan, atau RM150,000 kepada RM300,000.

2) Untuk membina sekitar 10,000 buah rumah di kawasan bandar untuk disewa kepada belia yang layak dengan pekerjaan, tetap termasuk graduan muda yang memasuki pasaran buruh.

3) Untuk membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat, dengan Kerajaan memberi subsidi sehingga RM20,000 seunit. RM200 juta akan diperuntukkan kepada SPNB.

4) Skim baru khas “penambahan” pembiayaan akhir (end financing) untuk program PR1MA, di mana 12,000 unit bernilai RM3 bilion telah ditempah.

5) Pembiayaan akan menjadi lebih mudah untuk pembeli dengan jumlah pinjaman sehingga 90% kepada 100%, dengan kadar penolakan pinjaman akan dikurangkan secara drastik.

Sebagai contoh, pemohon yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000, kini layak untuk meminjam lebih daripada RM187,000, akan dapat pinjaman sebanyak RM295,000.

6) Pengecualian duti setem akan ditingkatkan kepada 100% ke atas instrumen pemindahan dan pinjaman perumahan (instruments of transfer and housing loan instruments), untuk membantu kurangkan kos pemilikan rumah pertama.

Pengecualian ini adalah terhad kepada rumah dengan nilai sehingga RM300,000 untuk pembeli rumah pertama untuk tempoh 1 Jan 2017 ini hingga 31 Disember 2018.

7) Rumah Generasi Ke-2 pembangunan infrastruktur, sejumlah RM200 juta diperuntukkan kepada Felda, RM100 juta untuk Felcra, dan RM100 juta untuk Risda.

8) Pelepasan cukai diperluaskan untuk memasukkan pembelian surat khabar yang dicetak, telefon pintar serta tablet, langganan Internet dan juga yuran keahlian gimnasium.

9) Untuk pembangunan sukan, sejumlah RM1.2 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

10) Sebanyak RM25 juta diperuntukkan untuk program penjagaan kesihatan, serta projek menaik taraf kemudahan hospital di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM536 juta.

11) Kerajaan akan melancarkan satu inisiatif untuk perkhidmatan jalur lebar Ethernet di universiti awam, yang akan dinaikkan kepada maksimum atau 100GB sesaat.

SKMM akan menyediakan RM1 bilion untuk memastikan liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencecah sehingga 20MB sesaat.

12) Untuk menggalakkan pembangunan PKS, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM75 juta untuk melaksanakan program di bawah Pelan Induk PKS. Rebat 2% akan diberikan pada kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam PKS dibawah skim SJPP itu.

Rebat ini adalah terhad kepada jumlah pembiayaan yang terkumpul sebanyak RM1 bilion, dimana ia melibatkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk tempoh 5 tahun.

Insentif yang disediakan dalam bidang pendidikan untuk membantu ibubapa mengurangkan beban persekolahan anak-anak adalah seperti berikut:

1) Menyediakan Program Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap pelajar yang berada dalam kelompok isi rumah yang berpendapatan sehingga RM3,000, yang dijangkakan akan diterima seramai 3.5 juta pelajar.

2) RM1.1 bilion diperuntukkan bagi Program Bantuan Makanan Asrama kepada 365,000 pelajar.

3) RM300 juta bagi Program Bantuan Makanan Tambahan bagi pelajar sekolah rendah.

4) RM1.1 bilion diperuntukkan sebagai bantuan tambahan bagi membayar yuran sekolah, bantuan buku teks dan bantuan geran per kapita.

5) Kerajaan akan menyediakan geran sehingga RM50 bagi simpanan yang terkumpul dalam SSPN-I bagi pelajar darjah satu di sekolah kebangsaan dan setara.

6) Baucar buku akan digantikan dengan kad debit pelajar berjumlah RM250 yang boleh digunakan untuk membeli buku, alat tulis, peralatan komputer dan juga akses internet.

Dalam usaha bagi menggalakkan pembayaran kembali PTPTN, insentif-insentif seperti yang berikut akan diberikan:

1) 15% diskaun jumlah keseluruhan hutang untuk hutang yang dibayar penuh.

2) 10% diskaun jumlah keseluruhan hutang untuk pembayaran sekurangnya 50% daripada jumlah penuh hutang dibuat dalam satu pembayaran.

3) 10% diskaun bagi pembayaran melalui potongan gaji atau secara “direct debit” mengikut jadual pembayaran yang ditentukan.

4) Diskaun berikut akan berkuatkuasa secara efektif bermula Sabtu, 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.

Kerajaan juga komited dalam usaha menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam bagi kawasan luar bandar. Berikut merupakan langkah yang bakal diambil:

1) Bantuan kewangan bagi keluarga miskin, termasuk bantuan am bernilai sehingga RM300 sebulan dan juga bantuan penjagaan kanak-kanak sebanyak RM450 sebulan.

2) Peruntukan sebanyak RM424 juga akan diberikan kepada golongan warga emas dalam bentuk bantuan sebanyak RM 300 sebulan.

3) RM535 juta diperuntukkan bagi golongan kurang upaya termasuk elaun pekerja, elaun latihan dan bantuan kanak-kanak bagi golongan kurang upaya yang tidak mampu bekerja.

4) Perlepasan cukai GST bagi pembelian alat bantuan bagi golongan kurang upaya.

Diantara projek infrastruktur yang diumumkan dalam bajet 2017 adalah seperti berikut:

1) Pembinaan East Coast Rail Line yang dijangkakan akan menelan kos sebanyak RM55 bilion.

2) Mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

3) Sebanyak RM100 bilion diperuntukkan bagi membaikpulih landasan keretapi Pantai Timur di Gua Musang-Tumpat yang musnah akibat banjir.

4) RM20 juta akan diperuntukkan kepada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia untuk memberikan bantuan pinjaman kepada komuniti penjaja.

5) Kerajaan akan memperkembangkan program pra-sekolah ke 50 buah sekolah dengan peruntukkan sebanyak RM10 juta bagi sekolah Tamil.

6) Diantara usaha kerajaan untuk memperkasakan golongan Bumiputera adalah dengan memperuntukkan RM100 juta kepada SME Bank untuk meningkatkan peluang bagi usahawan Bumiputera.

RM300 juta juga akan diberikan kepada Tekun untuk membantu industri kecil dan sederhana melalui skim baharu yang diperkenalkan di bawah nama Temanita.

7) RM1.8 bilion diperuntukkan kepada jabatan pertahanan bagi penyelenggaraan asset dan sejumlah RM322 juta diperuntukkan bagi latihan kendiri di Esscom.

8) Kementerian Perumahan memperuntukkan RM12.8 bilion termasuk sejumlah RM8.7 bilion bagi pihak polis.

9) Untuk memberikan sokongan kepada wanita bekerjaya untuk menyusukan anak mereka, kerajaan memperkenalkan pelepasan cukai sehingga berjumlah RM1,000 bagi pembelian peralatan berkaitan penyusuan.

10) Pelepasan cukai sehingga RM1,000 diperkenalkan kepada pembayar cukai yang menghantar anak mereka yang berumur enam tahun ke bawah ke nurseri dan tadika yang berdaftar.

11) JAKIM menaikkan elaun bulanan 15,000 Iman di seluruh negara daripada RM750 ke RM850. Insentif lain seperti pembayaran RM500 kepada 16,000 orang bilal dan siak yang menguruskan masjid.

Elaun guru KAFA juga dinaikkan daripada RM800 ke RM900 sebulan.

12) RM85 juta diperuntukkan kepada Permata.

13) Penjawat awam akan mendapat bantuan khas RM500 manakala pesara penjawat awam akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.

[Sumber asal: The Star Online]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *