Home Tip pelaburan hartanah Formula mudah kira kos valuasi untuk beli rumah second hand RM150,000

Formula mudah kira kos valuasi untuk beli rumah second hand RM150,000

3151
1
SHARE
Sumber gambar: iProperty
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ada satu benda yang korang wajib buat sebelum beli rumah second hand.

Sebab rumah second hand memang dah lama terbina, kita wajib buat valuation (valuasi) supaya korang tak terlebih bayar daripada harga yang sepatutnya.

Bank akan bagi loan mengikut harga rumah yang penilai letak. Atau, korang kena top up sendiri baki yang tak cukup tu guna duit sendiri.

Tok yakin. Mesti korang tak nak jadi macam ni, kan?

Kalau jawapan korang tak nak, hadamkan sekarang perkongsian Tuan Kenny Lee Chia Sern ini.

“Betul ke kos ini, kita (pembeli) sendiri yang kena tanggung?”

“Yuran jurunilai? Apa tu? Kena bayar sebelum bank luluskan loan?”

Ini salah satu soalan daripada klien saya sebelum ni.

Biasanya, soalan ni memang ada dalam minda pembeli rumah pertama yang belum ada sebarang pengalaman.

Boleh kata, mereka terkejut dengan kos yang mereka kena tanggung untuk membeli rumah second hand. Biasa la tu.

Saya sendiri pun pernah rasa macam ni masa mula-mula dulu.

Ini memang proses mandatori yang bank dah tetapkan. So nak tak nak, korang kena buat. Kalau tak buat, bank memang takkan lepaskan loan korang.

Semua hartanah yang dah siap dibina dan nak dijual, perlu ada laporan jurunilai (valuation report) yang pihak bank lantik.

Perlantikan ini berlaku selepas korang selesai tandatangan SNP.

Lagi satu, korang tak boleh alihkan tanggungan ini kepada orang lain. Korang sendiri yang kena tanggung bayar kos ini.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Semak 6 perkara penting ini dulu sebelum anda beli rumah second hand.

Skala lengkap kos valuasi mengikut nilai rumah (yang anda wajib tahu)

Korang boleh rujuk maklumat rasmi tentang kos valuasi ni dekat laman web Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH). 

Tengok dekat bahagian No.3 (Fee for Other Capital Valuation / Rating Valuation Services Based on an “Improved Value” Basis).

Skala yuran profesional jurunilai adalah mengikut kiraan dekat bawah ni:

Kira kos valuasi untuk rumah bernilai RM500,000. Sambil mengopi pun, boleh buat

Tuan Kenny sediakan sekali contoh untuk mudahkan pemahaman korang.

Katakan harga rumah yang korang nak beli rumah berharga RM500,000.

Cara kiraan untuk kes ini adalah seperti berikut:

  • Bagi RM100,000 pertama =
    • 0.25% X RM100,000 =
    • RM250
  • Baki seterusnya sehingga RM2 juta =
    • 0.2% X RM400,000 =
    • RM800

Bermakna, yuran profesional yang korang kena bayar adalah:

  • RM250 + RM800 =
  • RM1050

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Siapa kata susah nak cari rumah second hand murah tahun ini?

Macam mana nak kira kalau harga rumah tu lebih rendah daripada RM100,000?

Jangan risau anak muda. Ada lagi contoh ke-2 dekat bawah ni untuk korang baca.

Katakan pulak kali ni, harga rumah yang korang nak beli tu RM250,000:

Kiraan untuk kes ini pulak adalah seperti berikut:

  • Bagi RM100,000 pertama =
    • 0.25% X RM100,000 =
    • RM250
  • Baki seterusnya sehingga RM2 juta =
    • 0.2% X RM150,000 =
    • RM300

Yuran profesional yang korang kena jelaskan untuk beli rumah RM250,000 adalah sebanyak:

  • RM250 + RM300 =
  • RM550

Tok selitkan juga maklumat tambahan untuk mantapkan pemahaman korang.

Kalau korang beli rumah yang berharga bawah daripada RM160,000, korang tetap kena bayar fi minimum RM400 seperti yang telah ditetapkan.

Dan Tok yakin korang dah tau berapa kos valuasi yang kena bayar bila beli rumah RM150,000, kan?

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Ramai gagal beli rumah rumah second hand murah sebab 5 kesilapan ini.

Adakah kiraan ini lengkap?

Ingat tau kawan-kawan.

Kiraan dekat atas ni hanya untuk bayaran yuran profesional SAHAJA. Bermakna, bayaran lain seperti cukai, kos pengangkutan, dan lain-lain belum masuk lagi ya.

Nak lagi senang kerja? Korang boleh muat turun aplikasi Malaysia Valuation Fee (MVS) Calculator dekat Apple App Store.

Kalau guna Android pulak, korang boleh muat turun aplikasi bernama LKC Valuation Fee Calculator dekat Google Play Store.

Silakan SHARE artikel ini dan panjangkan manfaat ini kepada orang lain.

Selain ini adalah arahan mandatori daripada pihak bank, korang juga boleh elakkan diri terbeli rumah yang overpriced.

Sebab tu, penting untuk korang buat valuation.

Lagi satu. Benda ni jugak bergantung dekat bank yang korang buat loan. Tapi apa-apa pun, pastikan ia mengikut guideline yang LPPEH dah tetapkan.

Pertama kali apply loan rumah? Ilmu ini bantu anda lulus dengan mudah

Masalah pemohon baru yang biasa? Mereka tak tau apa dokumen wajib yang perlu disediakan.

Yang ni, kalau tanya 10 orang, confirm 3 orang (atau lebih) akan sangkut.

Tak nak tergolong dalam kategori orang yang gagal tu? Klik link bawah ni sekarang untuk belajar:

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<<

1 COMMENT

  1. Saya beli rumah lelong bernilai rm50,000.00 cara bayaran tunai, soalannya berapa kos guaman, duty stamp dan lain lain kos yang saya perlu bayar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here